27 October 2012

ada cinta di hati..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera weii!!

pesli, patik nak ucapkan salam edul adha buat semua muslimin juga muslimat seluruh dunia.. semoga kita semua sentiasa di rahmatiNYA,.. aminn ya Rabb.. raya kali ni patik berada d Serendah.. Setinggi insyaALLAH minggu depan.. hahaha

tulusli, ada cinta dalam hati..
walaupun hanya sekali kita bersua, rasa cinta itu tetap ada..
 tak tahu.. perasaan tu datang tanpa dipaksa, hadir tanpa diduga.. 
perginya pasti tak terasa.. 

tulusli, ada cinta dalam hati..
 aku tahu, mustahil untuk kita bersua lagi.. 
namun aku tetap berharap..
 doaku tak pernah putus.. 
sentiasa ada buatmu sayang..

tulusli, ada cinta dalam hati..
walau kita berada di dunia berbeza..
semangatmu tetap ada..
memberi kekuatan pada diri..
memberi keyakinan untuk melangkah lagi..

tulusli, ada cinta dalam hati..
aku menyayangimu setulus hati..
aku mencintaimu seikhlas hati..
tenanglah dikau di sana..
kerana aku pasti akan menyusulmu jua..

tulusli, ada cinta dalam hati..
buatmu abah yang aku kasihi..

esok, 28oktober2012.. genap 10tahun abah pergi.. cepatnya masa berputar.. dah sepuluh tahun rupanya.. semoga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
  
“Jika mati anak Adam, maka putuslah segala amalnya. Kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, doa anak yang soleh, dan ilmu yang bermanfaat.” (Hadis Riwayat Muslim)

23 October 2012

eh, sape yg merajok ni?

Assalamualaikum.. salam sejahtera...


cuti semester dah bermula!! huhayyy!! hepi gilak.. tapi sedih pun ada jugak.. mana taknya, orang semua dah balik.. aku jugak yg stay sorang-2 kat kolej.. tapi insyaAllah esok aku berangkat pulang ke Kehhel.. dan seterusnya pulang ke Perak.. seminggu lepas tu aku balik semula ke Melaka.. huwarghh!! ape cerr ko ulang alik je ni.. tu la nasib bagi 'anak perantau' macam aku.. haha

nak balik Sabah, jabatan lambat nau bagi tiket.. terpaksa la merempat kat negeri orang buat sementara waktu.. nak balik Kedah aku takut.. kang tak pasal-2 punah harapan aku nak balik Sabah.. tapi yg penting sekarang ni adalah aku nak balik!! haha

okey, kembali ke topik asal.. haha.. lawak jugak bila aku ingat balik cerita pasal ni.. kenangan zaman sekolah dulu.. ingat nak merajok ngan KPK.. dia tegur aku tak layan.. dia belikan makanan aku bagi kat member aku.. dia bawak buku aku, aku jalan selaju yg mungkin.. tapi dua hari lepas tu dia dah tak buat dah.. tegur aku pun tak apatah lagi nak beli makanan n bawak buku..

selidik punya selidik punya selidik.. erk!! dia pulak yg merajok ngan aku.. sengal la KPK ni!! nak aje aku belasah dia tapi karang jatuh lak saham aku sebagai KPRSC.. last-2 dia jugak yg pujuk aku balik bila aku buat tak tahu kat dia.. hahaha.. hebat tak aku? tapi tu kenangan masa sekolah dulu.. sekarang? dia dah bahagia dengan miak pilihan dia.. aku hanya mampu doakan kebahagiaan korang.. korang pun doakan la jugak kebahagiaan aku.. hehe

kata bigboss :: zaman sekolah dulu aku antara pelajar wanted sebab comel sangat.. haha.. abaikan!!

22 October 2012

setelah sekian lama..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

walaweii.. dah lama tak update blog ni kan. bertahun dah kot bersara dari dunia blog ni.. tapi ntah macamana malam ni terasa macam nak update pulak.. url pun dah tukar dah.. dah jadik wanzoulkeef dah sekarang.. ringkasan nama aku la tu. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...