31 July 2011

sayangi kereta kamu!!

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

macam biasa la, hari ahad hari tips. hehe.. kali nie along nak bagi tips kereta. well, dah ramai orang yang mampu memiliki kereta sekarang. macam along, along ada dua bijik kereta. tapi kereta RC je la. tak tau? kereta remote control la. budak sabah panggil kereta kawalan. hehe.. hobi bah main kereta RC. sanggup pegi main di tawau. haha.. k la, nie ada beberapa tips kereta yang along dapat dari majalah Dara.com. lets check!

Langkah menjaga enjin kereta. 
  • servis kenderaan mengikut perjalanan. normal 5000km la. takkan setakat 50km dah nak pegi servis. gilo ko apo? haha
  • panaskan enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan. ini bagi mengelakkan berlakunya geseran di dalam enjin.
  • selalu memeriksa air di dalam radiator. dan tangki simpanan semasa enjin kenderaan di dalam keadaan sejuk.
  • periksa keadaan air bateri.

Tip membeli kereta terpakai. 
  • harga kenderaan tersebut.
  • keadaan kereta dalam keadaan yang baik.
  • selamat dipandu.
  • periksa 'body' kenderaan (bukan kereta potong).
  • pastikan enjin dan 'gearbox' dalam keadaan yang baik.
  • periksa 'brake' dan 'suspension'.
  • periksa rekod kenderaan di JPJ.
  • pastikan 'chasis' kenderaan dalam keadaan yang baik.
  • kalau beli kereta sorong terpakai, sila abaikan tip ini.

6 tip menjaga tayar kereta.
  • periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
  • membuat 'aligment' dan 'balancing' setiap 20000km.
  • elakkan brek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
  • pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  • pastikan skru tayar tidak terlalu ketat dan dipasang dengan betul.
  • jangan biarkan tayar lebih muatan.

Tip menjaga warna kereta.
  • letakkan kenderaan di tempat yang berbumbung. elakkan meletak di tempat yang panas.
  • sentiasa mencuci kenderaan apabila berada dalam keadaan yang kotor.
  • 'polish' kenderaan 3bulan sekali.

kata bigboss :: kalau nak beli kereta sorong, abaikan tips nie.
kata bigboss lagi :: lama tak makan sup 'gearbox'. haha

silat untuk bergaduh la..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

tengah layan tv9. nampak orang belatih silat kat dalam tv tu. terkenang daku kepada negeri kedah. haihh. sedih nak dikenang tapi best pun ada. haha.. yang sedihnya bila kitorang kena marah dan yang bestnya bila kitorang berjaya belajar silat. hehe

"hangpa semua nie cucu cicit tok kamis.. hangpa kena reti ilmu silat. tau pasai apa?" soal pakteh along.
"tau.. kot2 ada orang cari pasai senang nak belasah. betoi tak pakteh?" jawab pojie, sepupu along.
"eh, bukan la pojie. kita belajaq silat supaya senang nak buli orang," along pulak menjawab. pukk! kepala along kena katok. adoii.
"hotak hang. hangpa belajaq silat bukan nak suruh gadoh, hangpa belajaq sebab nak pertahankan diri," jawab pakteh along.
"lepas isyak satgi hangpa suma pi rumah ayah cik. belajaq silat dengan dia," arah pakteh.
kitorang blur dah. takkan nak kena belajar silat? kitorang budak lagi kot. (time tu along baru 6tahun, pojie lak 8tahun) ah, lantak la. pi tengok2 sudah. plan macam tu la. sekali lepas isyak tu kitorang kena tunjuk gaya daa. perghh! macam2 stail keluaq. stail itik pulang senja pun ada. haha. along? gaya bebas je. kuikuikui..

malam esoknya memang tak best. kitorang kena buli dengan senior2 silat. sakit belakang oo kena humban. tapi buat2 tak sakit. nak tunjuk hero konon. kena humban lagi sekali. ohh, sakitnya!! terus keluar gelanggang dok tepi ayah cik. dia kata tu baru sikit. "aah, sikit. sikit hari lagi aku balik sabah," kata along. tapi dalam hati je la. hehe

ingatkan nak stop silat dah tapi kata2 toknek. dia kata keturunan tok kamis semua reti silat. uihh, kalau along tak reti silat malu la nanti. sambung la belajar silat. tapi tak habis sebab along balik sabah dah. yang habis sepupu2 along kat sana la. siap kena makan garam. selamat along tak habis. heheh

kata bigboss :: silat bukan untuk bergaduh tapi orang selalu bergaduh sebab silat.

30 July 2011

lagu peberet.. ^_^

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

eheh.. sekarang banyak lagu baru kan? ada yang best dan ada jugak yang tak best. along nak up satu lirik lagu nie. best pada along la. tak tau pulak kalau orang lain kata tak best. mungkin kita tak sejiwa. ecehh. haha.. lagu nie nubhan nyanyi dengan meet uncle hussain.

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
 
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

along suka lagu nie. menarik. lirik pun best. banyak lagi lagu best. tapi nanti2 la along up. hehe.. lagu yang along layan dari dulu sampai sekarang adalah lagu raya. hehe.. lagu Bunkface la. paling best itu band. haha
kata bigboss :: dah lama aku tak ping blog kat fb. hehe

ben ashaari dan blogger..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..


dah lama tak join segmen uncle ben. hari nie along nak join satu segmen dia. kalau korang nak join klik kat sini k. oke, nie gambar terbaekk yang along pernah tangkap.






tu la antara gambar terbaekk yang along ada. kalau nak up semua kompem tak sempat sebab line sangat bagus waktu nie. oke, penerangannya ::

imej 1 :: majlis pernikahan makcik along. cerita lanjut klik sini k.
imej 2 :: tomato gaya street. hehe

kata bigboss :: terbaekk la sangat kan.. haha

29 July 2011

cerita bola?? malas ah..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, along memang malas nak cerita pasal bola. sebab?? along tak suka cerita pasal bola nie dekat alam maya. tak feel dowh. kalau face-to-face baru syokk. mau bertumbuk dekat situ jugak tu. hehe.. dah ada pengalaman dah. along gaduh dengan kawan along sebab bola. tapi bukan along yang start, dia yang start dulu. dia tumbuk along sebab along kata team dia team cap ayam. tak percaya? korang cari la team tuttt dengan sardin ayam brand. haha

oke, bukan pasal tu sebenarnya along nak up. bukan jugak nak cerita pasal caci maki penyokong indon kat page FAM. tapi along nak cakap pasal semangat HARIMAU MALAYA. along bangga jadi rakyat MALAYSIA. walaupun kalah dengan singapore, skuad kita kalah dengan bermaruah. sebab totally player kita adalah anak tempatan. tak macam singapore. amek player import. yeah! satu advantage di situ.

penyokong HARIMAU MALAYA (rakyat malaysia la) memang terbaekk. semangat tengok korang dekat stadium malam tadi. jeless? mesti la. sebab along tak dapat pegi. tapi tengok dari rumah pun best jugak. kalau along ada kat stadium kompem along kena tahan. sebab masuk padang belasah player 'lemah lembut' singapore. bengang oo tengok. kena rempuh sikit sakitnya mengalahkan kena rempuh lori balak. nak2 lagi si pendek tu. ishh!!

K.Rajagobal. sapa tak kenal sila keluar dari malaysia k. hehe.. jurulatih skuad HARIMAU MALAYA. orang mana? orang MALAYSIA. kita ada import jurulatih? mana ada. semua anak tempatan maa. advantage lagi di situ. haha.. player import? jurulatih import? baik buang laut la rakyat kalau macam tu. apa guna anak tempatan kalau harumkan nama negara guna 'anak pungut'. kan?

tapi along tetap terima kekalahan malaysia. mungkin kita masih belum cukup kuat untuk ke fifa. perlu banyak latihan dan kuatkan mentaliti diri. tapi tetap bangga sebab takda player import. hehe.. MALAYSIA kuat kan? sebab player singapore yang totally singapore 'lembut'. haha

oke, malas nak debat pasal bola. macam along cakap tadi la, face-to-face lagi best. walaupun MALAYSIA tak layak ke peringkat seterusnya, MALAYSIA tetap the best team sebab totally anak tempatan.


kata bigboss :: i love HARIMAU MALAYA.. jersey aku bertambah lagi. ada orang bagi. haha

28 July 2011

ahlan wa sahlan

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hehe.. entry kali nie along cuma nak up lirik lagu je. bagi menyambut kedatangan ramadhan yang mulia. then along akan up entry pasal pengalaman puasa along. zaman kecik2 dulu la. hehe.. oke, along up dua lirik. satu lagu Rabbani dan satu lagi lagu Manbai featuring Raihan.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga
 
 
 
Harapan Ramadhan 
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
 
kata bigboss :: isnin nie takda cuti umum ka? haha

27 July 2011

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, tak banyak yang along nak up malam nie. tapi along nak share satu lirik lagu nie. mendalam maknanya buat along. lets check!!

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerna ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidup kurasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walau peritnya setengah mati

Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ibu ayah adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku rempuh hari mendatang
Kepada ku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama mnusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salah kulakukan meruntuhkan nama
Kerna perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah mati ku hidup semula

hurmm.. nie je yang along nak share. :)

kata bigboss :: makcik along cakap dulu arwah abah along suka nyanyi lagu nie. along paham kenapa..

dah dapat..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

baru berpeluang nak update blog. pagi tadi notebook nie masuk kedai sebab along install photoshop. almaklum la, payment dah dapat. alhamdulillah ada rezeki. payment tadi dibayar secara direct oleh customer. dapat la sikit. hehe.. bayar kat kedai install tu rm15, so baki dengan along rm175. nak buat apa ek? simpan dalam ASB je. konon la. akaun ASB pun takda. haha.. simpan dalam bank je. dah masuk pun. hehe

followers ke-100 pun dah dapat hadiahnya. hadiah apa? mana boleh bagitau. kalau nak tau kena la jadi followers bertuah. yang keberapa? along cari yang genap je. 44, 88, 100. 200 insyaALLAH. dan yang paling utama adalah followers yang ke-484. memang akan dapat hadiah spesel la. hehe

photoshop pun dah dapat. sekarang tengah usha2 setting kat situ. along masih blur lagi. taktau nak guna macamana. hoho.. jakunnya saya nie. oke, serius along tak reti guna photoshop. haha.. tunggu dak azlan online. along nak tanya dia. hoho

header. masih tak dapat idea. tunggu la petang karang. kot2 la idea lalu kat minda nie. boleh tahan dia sat. hehe.. tapi kena mahirkan diri dengan photoshop dulu la. lepas nie nak beli printer pulak. supaya senang nak print-out gambar. haha.. tapi bukan hari nie la. tunggu along balik dari PLKN. berapa hari ja lagi nak pegi kan?? masuk kem 17september keluar kem 2disember. oihh, lama gila dalam kem. 

oh ye, kat kafe hospital nie kan, pelik oo. pagi tadi along beli 100plus harga dia rm1.50. taksat pulak along beli dah naik ke rm1.60. hoihh, gilo ko apo?? ingat senang along nak dapatkan 10sen nie?? susah oke. haha.. dah la kafe takda wi-fi. nie nasib baik along ada bawak broadband. kalau tak?? haa

kata bigboss :: photoSHOP nie ada macam SHOPping complex tak?? haha

26 July 2011

dah tukar..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, blog along kini dah bertukar warna. tiada lagi warna kelabu yang gelap itu. kini warna biru yang CERIA!! tapi header along tak tukar lagi la. takda idea nak edit. tapi insyaALLAH esok along tukar. tunggu ye semua. blog baru... ailaikk. hehe.. shoutbox pun along dah tukar. cuma colour dia tak berapa nak contra dengan blog. tapi oke la kot. tunggu line oke baru la along nak perkemaskan lagi blog nie. sekarang line tak elok sangat. hope korang suka dengan blog baru along nie. :)

kata bigboss :: dua-dua blog kaler biru. haha

dalam operasi..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, blog along sekarang nie berada dalam keadaan yang kurang stabil. masih dalam proses penambahbaikan.
jadi sekiranya ada sebarang masalah, mohon dimaafkan la ye. peace!!

kata bigboss :: tadi pegi klinik. doktor manyak encemm oo. 0_o

25 July 2011

jawapan :: kenali si dia melalui warna

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, along up jawapan untuk kuiz psiko semalam. tapi along tak ping entry nie k. along nak cepat. nak rehat sebab along tak sehat. oke, jom terjah.

1. ungu :: dia seorang yang kuat memburu kejayaan. pemikirannya lebih banyak positif. jadi jangan terlalu curiga bila berjauhan. mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegagalan.

2. biru :: dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. terlalu mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.

3. merah :: dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. jangan cabar emosinya, nanti dia berani buat sesuatu yang tak terduga.

4. hijau :: dia seorang yang tenang dan tak banyak kerenah. dia juga seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda.

5. kuning :: dia seorang yang ceria. dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi.

6. hitam :: dia seorang yang amat protokol tetapi emosional dan mudah menangis. dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.

7. coklat :: dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.
8. putih :: dia seorang yang amanah. jangan menyakiti hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.

oke, dah settle. korang usha la ek. tataa n assalamualaikum..

kata bigboss :: demam datang lagi. =.="

dah nasib...

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hari isnin.. macam biasa la, semua lemau dok dalam kelas. tak puas cuti kot. haha..along pagi tadi memang agak malas nak sekolah tapi memandangkan hari cuti lebih banyak dari hari sekolah... haihh, kena la pegi jugak. masa pertama tadi subjek BM. kena denda sebab tak hantar kerja. adusss.. ketuk ketampi doploh kali. perghh! gigil jugak la lutut. dah kena denda tu masih buleh sengih lagi. cikgu bengang sendiri kot. haha

tamat masa BM, subjek Pengajian Am pulak. kena jawab 8 soalan. tapi kena dengar betul2 jawapan sebab cikgu baca dari powerpoint dia. alhamdulillah betul semua. lepas tu cikgu buat ujian bulan jun. ada 30 soalan. betul 21 soalan ja. boleh la kot sebab along memang tak tau apa2. nasib baik cikgu benarkan bincang. erkk, ujian lagi ke macam tu? haha.. lepas tu cikgu semak buku. ada kerja tak siap. kena telinga gajah sebesar-besar kertas. haihh.. rosak buku along. ape rr??

time rehat macam biasa la. pegi beli lekor then lepak kat teratak. dah habis time naik balik ke kelas. first time rasa penat naik tangga ke tingkat tiga sebab kaki sakit. haha.. masa Pengajian Am lagi. haishh.. tak habis2. pukul 11.30, subjek MUET. oke, boring. lepas tu cikgu panggil. mintak surat sebab ketidakhadiran. oke, ada alasan?? no need. along tak hadir bersebab oke. yang seminggu tu sebab along jaga makcik along yang sakit. yang selebihnya along jaga tok along.

itu bukan alasan tapi itu kenyataan. kan dekat rumah nie along tinggal berdua dengan tok. jadi kalau tok demam along kena la jaga. takkan nak biar kot? kang tak pasal2 along yang kena marah. konon tak jaga tok la, tu la ,nie la, apa2 la.. sekarang nie along pulak demam. entah virus dari mana pulak datang kat along. tekak sakit oo. nak minum pun perit je rasa. kalau malam nie masih sakit lagi kompem esok along pegi klinik. 

lagipun esok hari selasa. ada perhimpunan mingguan. along adalah pelajar yang paling malas datang. dah berapa minggu along sekolah, baru dua kali along join perhimpunan mingguan. haha.. dah la esok ada perlantikan pengawas. haishh.. malas betol la. sebok nak ada perlantikan bagai. kalau nama along tersenarai takpa gak la. hoho

kata bigboss :: tak berharap pun ada jawatan sebab aku sendiri langgar undang2 sekolah. :P

ben ashaari tanya berani ke kritik blog aku??

assalamualaikum dan salam satu malaysia..





meh la. sapa berani nak kritik blog along meh datang sini. kritik kat ruang komen tu. sapa2 yang puji siap la. along report kat uncle ben. haa, siap la korang. so korang kena la kritik kaw2 punya. jangan simpati sama gua. hehe

kata bigboss :: kritik je, puji takmo oke.
kata bigboss lagi :: kalau nak join sila klik sini oke. tutup pukul 10 karang.

24 July 2011

kenali si dia melalui warna..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, seperti yang dijanjikan.... hari nie along akan up satu lagi kuiz psiko. dan kali nie berkaitan dengan warna dan si dia. suka la korang. haha.. oke, lets check the question.

soalan :: anda dan si dia memasuki sebuah kedai cenderahati untuk membeli sepasang cawan. warna yang menarik perhatian pasangan anda adalah......

1. ungu
2. biru
3. merah
4. hijau
5. kuning
6. hitam
7. coklat
8. putih

oke, korang pandai2 la ye. try la tanya si dia. atau korang gunakan 'kimia' korang untuk cari warna yang jadi pilihan. jawapan?? esok balik sekolah along bagi k. so sabar la sikit. hehe

kata bigboss :: followers ke 88 masih menyepi.. ke kira hangus je hadiah tu? 

23 July 2011

i got it..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, along dah jumpa followers bertuah itu. waa, dalam bulan nie ada dua orang oo. tapi yang ke 44 hari tu tak datang tuntut hadiah. dia takut kot. ye la, 44 kan angka mati. tapi tak bagi along. haha.. sekarang along dah jumpa followers yang ke 88.
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
*******************************************************************

oke cik pip, sila tuntut hadiah anda ye. contact along dekat facebook. hadiah akan diberi serta-merta. bergantung kepada keadaan angin jugak la. hehe

kata bigboss :: lepas nie dah takda followers bertuah. kena tunggu beberapa bulan lagi. :)
kata bigboss lagi :: entry nie takkan di "ping".

kenangan silam aku dan mereka.. (edisi AM Gangster)

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

 haha.. lawak pulak bila along ingat balik time along jadi budak jahat. masih lagi dekat kedah. area alor mengkudu, kampung tettt. tak boleh cakap. kang budak yang kena tu mark along, tak pasal2 merana hidup. tapi benda nie dah lama la. time along umur 7tahun tak salah.

nak dijadikan cerita, pagi tu along dengan geng along pegi la tangkap ikan dekat sawah. dapat beberapa ekor haruan. banyak tu tak banyak la. boleh buat gulai makan sampai malam. haha.. lepas tu kitorang pegi mandi sungai. ikan yang kitorang dapat tu kitorang simpan kat pondok dekat sawah.

dalam pukul 12tengah hari gitu, kitorang pun keluar la dari sungai. plan nak balik rumah suruh maklang masak gulai. pegi la kitorang nie ke pondok. tapi tengok ikan dah takda. kompem ada orang curi. kompem! kitorang pun round kampung la. kot2 la jumpa sapa yang curi ikan kitorang tu.

yess! jumpa. empat orang budak bangang yang memang suka cari pasal dengan kitorang. ini sudah lebih. dulu setakat kacau2 port kitorang. nie dah mencuri. puihh! otai kitorang si pojie sound la budak2 tu. sekali dorang hentak otai kitorang. waa, lawan tokey nampak.

along memang dah hot dah. cuma dak atul la asik tahan. bibir pojie dah bedarah. along pun apa lagi, makin hot la. along pun tak tau macamana along belasah dorang. tapi dua orang dah mak ayah dorang bawak gi klinik sebab luka terok sangat. along? steady je bro. cuma pipi lebam la. plus tangan luka sebab kena rembat dengan kayu.

malam tu jugak mak ayah budak tu datang rumah along. tapi time tu along takda. tengah belatih silat. sekali balik rumah kena marah daa. mujur pojie ada. tak la kena marah sangat. laa nie kalau dorang "jajal" macam dulu jugak kompem along bagi jurus "otromen makan durian". 

hehe. konon la. along dah jadi gadis melayu terakhir la. dah tak samseng dah. gua sudah cuci tangan bro. gua bukan takut mati tapi gua taknak mati. opps! terlebih sudah. haha

kata bigboss :: AM is equal to Alor Mengkudu.

ben ashaari cari blogger kreatif..aku umpama!

assalamualaikum dan salam satu malaysia..



oke, segmen uncle ben kali nie ialah AKU UMPAMA...

KETERANGAN :: along umpama kura-kura sebab along nie pemalu. macam kura-kura jugak la. suka sorok kepala. dalam sesetengah hal, along memang slow. macam kura-kura jugak. tapi along tak mudah mengalah. cuba korang terbalikkan kura-kura tu. dia tetap berusaha untuk bangunkan dirinya. macam along la. cengkerang kura-kura nie keras. tapi along pulak keras kepala. umpama kan? haha..

kata bigboss :: nak join? klik sini oke.
assalamualaikum dan salam satu malaysia..

sebenarnya entry nie along nak up semalam tapi tak sempat. jadi along up hari nie la. boleh kan? sapa kata tak boleh? nampak bonzer gua dekat pintu besar tu? blah!! haha.. gurau je. takda benda nak buat pagi2 nie. bukak la laptop kan. 

online la fb sekejap. saja nak tengok kalau2 ada orang add kan? cehh. along pun login la. ada tiga orang add. erk! tiga je? ape2 la. lepas tu ada budak tegur along kat chatbox tu. dia tanya kalau along selesa dekat sekolah. along pun layan ja la. fb je kot.. lepas tu dia mintak phone number.

hamboihh! senang2 je nak mintak kan? ingat along nie kaunter pernyataan ke? ke kaunter pertanyaan? ape2 la. serta merta along offline dan online kan fb member along. budak tu buat benda yang sama jugak. eh bangang ke ape budak tu?

bikin wa panassss oo. sikit hari lagi makan kaki kot. jangan main2. nie along la. sapa pun tak kenaii. haha.. tapi jangan try cari pasal dengan along. kang silat yang dah lama terkubur nie boleh bangkit balik. haa. time tu jangan nak mintak maap la. 

kata bigboss :: dah lama tak belasah orang.

21 July 2011

kerana mimpi itu.. aku jadi teringin sangat....

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

gila la mimpi tu. memang gila. rasa macam betul2 jadi oo. sampaikan bangun tido tadi along terus mencari2. teringin sangat. sangat teringin. haihh! bahaya nie. memang kena dapatkan jugak nie. kalau tak mau mimpi tiap2 malam oo. lagi bahaya kan? nak tau apa along mimpi malam tadi. jeng jeng jeng..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
****************************************************

ihsan - mr.google

Nikon D3X nie memang jadi idaman la. siott je masuk dalam mimpi along. huh!! bangun pagi je along terus pegi tengok atas meja tulis along. aikk, nie Nikon D5100. bukan D3X. takkan tertukar dengan siapa2. along pegi cari tok tanya mana kamera along. tok kata "hang mamai kot along. kan hang yang kata tak mampu nak beli. beli yang tu ja. tetukaq pasai apa pulak.."

baru laa along sedar yang nikon D3X tu cuma mimpi. haihh! nie yang tak best nie. sekarang along dah teringin kat D3X tu. ada sesapa nak belikan along tak? along tak mampu nak beli. harga mahal oo. harga dea lagi 12hengget nak jejak ke 30ribu. tu body aje. tak masuk lagi lens apa semua. perghh!! baik along beli kereta. ada jugak hasil.

dapat lancer nie pun oke gak. kompem tebeliak mata dak amiey. haha

kata bigboss :: tengah intai2 canon eos600d.

penat la weii..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

minggu nie rekod baru tercipta di mana along datang tak datang datang tak datang ke sekolah. paham ? tak paham? isnin along ke sekolah, selasa tak pegi, rabu along pegi, hari nie tak pegi. haha.. ada sebab oke.

hari rabu, macam biasa la. ada kokurikulum. along pun stay la sebab tak pernah datang. pestaim oo. haha.. pukul tiga kokum selesai. along dengan sorang member along keluar la. pegi tunggu bas dekat simpang luar sekolah. dapat bas terus turun ke LD. sampai LD bas nak balik ke rumah pulak takdak. member along dah balik dah. kawasan dia senang sket nak dapat bas. 

tunggu punya tunggu satu bas pun takdak. so along pegi beli air. sebab nak syiling untuk buat panggilan pulau. pegi la cari publicphone. hampeh, yang dekat2 semua rosak. tepaksa cari yang jauh2. dah jumpa along terus call tok. gitau la yang along balik lewat sebab takda bas. 

sampai pukul 5.30 bas masih jugak takdak. along memang dah plan dah kalau sampai pukul 6.00 pun bas takdak along akan pegi rumah paklong. suruh abang adam hantar balik. sekali pukul 5.45 tu epa datang panggil along. lerr, maklong suruh depa amik along ka? susah2 je. haha

pegi segama kejap hantar wife along. bukan along yang nie. tapi along anak maklong. paham? lepas tu singgah ke fajar kejap. along tak turun la. dok dalam kereta je. letih bro. sampai rumah pukul 8malam. huihh. gila la. along keluar rumah pukul 6pagi oo. memang menyiksa betol la.

kata bigboss :: esok sekolah. yahoo!

ben ashaari cari blogger jer..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..


nampak gambar tu? gambar uncle ben kan?? oke, along join lagi segmen beliau. untuk kali yang ke?????????????? kelima kot. along pun tak ingat sangat. sebenarnya along masih baru lagi dalam dunia blog nie. masuk dalam blogspot pada januari2011 dan bergerak aktif pada jun2011. setakat nie along cuma ada 68 orang followers. blog along nie sebenarnya lebih kepada suka2. menceritakan tentang perjalanan harian along. tapi ada jugak tips, kuiz, maklumat. emm, blog along nie dalam operasi pengubahsuaian. masih mencari template yang sesuai. dan masih mengDesign header yang baru. tu je la kot yang along nak gitau. 

kata bigboss :: nak cari kaler ape ek? pink?? ohh no!!

20 July 2011

wordless wednesday.. #1

assalamualaikum dan salam satu malaysia..









waa.. manyakk tired wo. esok along cerita k. mau bobok nih.

kata bigboss :: tengok MTQ dulu. 

19 July 2011

jawapan :: siapakah diri anda yang sebenar??

 assalamualaikum dan salam satu malaysia..


haihh.. macamana along boleh lupa nak up jawapan kuiz psiko yang nie?? mintak maap bebanyak la noh. along busy siket. huehuehue.. oke2, tanpa melengahkan masa....... along bagi jawapan kat korang. jeng jeng jeng...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
*********************************************************
analisis ::

orang yang jawab A ::
anda seorang yang menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. anda mempunyai azam dan cita2. anda tidak ingin bergantung kepada orang lain. anda tidak takut akan kesusahan dan kekalahan. anda mempunyai kecekalan dan tidak mudah putus asa. disebabkan sikap anda ini, anda amat dipercayai. orang lain amat yakin dan tidak ragu2 dengan personaliti anda.
orang yang jawab B ::
anda seorang yang membuat sesuatu mengikut perasaan dan citarasa sendiri. anda mempunyai banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. anda dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. anda melakukan kerja ataupun tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab.

orang yang jawab C ::
anda seorang yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. anda juga mudah berputus asa dan kecewa. anda sering membuat kerja setengah jalan disebabkan halangan dan masalah yang timbul. jangan terlalu memaksa diri sendiri untuk berkawan dengan semua orang. anda kena pandai memilih kawan yang mampu membimbing anda ke jalan yang betul.

orang yang jawab D ::
anda seorang yang pesimistik. terlalu banyak kebimbangan dan kerisauan anda. walaupun anda seorang yang berazam tinggi, anda takut untuk mara ke depan keran memikirkan risiko yang bakal berlaku. disebabkan itu, anda tidak dapat menunjukkan bakat yang ada pada diri sendiri.
orang yang jawab E ::
anda seorang yang sering berubah2 dan tidak tetap pendirian. anda sering mengubah sesuatu rancangan yang telah ditetapkan. apabila anda mempunyai semangat barulah sesuatu kerja itu dilakukan dengan baik dan begitu juga sebaliknya. anda tidak berapa matang dan sukar berdikari. anda sering berharap dan bergantung kepada orang lain dalam apa jua keadaan.

orang yang jawab F ::
orang yang paling bijak sebab F takda dalam jawapan. haha

**************************************************************
haa, tu la jawapan kepada kuiz psiko hari tu. belek2 la ye. along pun tak tau betul ke tak. main bedal je. haha

kata bigboss :: next kuiz psiko is "kenali si dia melalui warna".

18 July 2011

semangat raya dah mari dah..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hee.. semangat sungguh along nak beraya. puasa pun dak lagi dah nak raya. gilo ko apo? haha.. dari minggu lepas lagi bilik along nie berkumandang dengan lagu2 raya. jiran along siap jerit dekat along kata along sengal. siott jek. haha.. orang tengah semangat nie jangan dihalang. hoho 

tiap kali raya tiba, along mesti nangis. haha.. tak tau kenapa sayu je rasa hati. ingat dekat arwah abah kot... tapi sedihnya kejap je. dah dapat cucuh pelita hepi balik. malam tujuh likur memang along tunggu. tak dan nak jamah kuih apa. dah turun pi cucuh pelita. tok wan ajak pi terawih pun takmau pi dah. yo la, dah dapat mercun dengan bunga api kan?? haha

kalau dulu tiap kali raya arwah wan selalu belikan along kabad untuk buh dalam meriam. dulu along main meriam buluh. tapi lepas kes meriam tu pecah, along tak main dah. tukar ke meriam batang paip. bukan paip pvc tapi paip besi. bunyi memang kebabommmm la. takdak sapa berani lawan meriam along. kira yang terbaekk dalam kampung la. haha 

lepas arwah wan meninggal, along dah tak main meriam dah. tok marah. tok kata "along, hang tu pompuan. jangan dok nakai sangat. cer jadi ladies sket.." haha.. tapi sorry la. along kan memang macam nie. sukakan cabaran. tak dapat main meriam takpa, along ada mercun. stok baekk punya dari member. beli mercun bola tu. mahal dowh. tapi semangat nak main kan. beli ja la. ratus jugak kot duit along habis tiap kali raya.

kenangan pahit? takda kot. dah jadi manis bila di ingat balik. time kening dengan bulu mata along terbakar. salah meriam tu la. along cucuh tapi tak mau meletup. along tiup tiba2 api menyambar. perghhh!! beraya tanpa kening dan bulu mata. lagi time jari along terbakar. gila sangat amik serbuk bunga api tu buh dekat kertas. bila along bakar asap berkepul2. tengok jari dah hitam. pedih jangan cakap la. haha

malam raya along n geng memang suka ronda kampung. meriah tengok. dan kitorang selalu amik pelita. hehe.. bukan amik la, sorokkan je. alaa, dalam kawasan rumah tuan rumah jugak pon. bukan jauh mana. tiga tahun yang lepas, berturut2 ye. along memang sakan beli bunga api dengan mercun. along ada beli bunga api yang meletup banyak kali tu. yang orang cina selalu main tu. haha.. beratus jugak la habis. 

adehh.. andai dapat ku undurkan putara dunia~~ lalala.. banyak lagi kisah sebenarnya. tapi nanti je la kita bukak kitab ye. 

kata bigboss :: satu hari di hari raya..

17 July 2011

siapakah diri anda yang sebenar??

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

along puas. puas sangat2 sebab dapat rehat kat rumah hari nie. syiokk oii. dari pagi sampai ke petang along membuta. haha.. takda keja kot. bangun2 je terus pegi mandi then solat zohor. lepas tu along online facebook. k, stop di situ.
hari nie hari ahad kan? tapi ahad kali nie takda tips. hehe.. along nak bagi kuiz kuis kat korang. alaa, satu soalan je pun. tak banyak. k, lets start. 

soalan :: Sepasang kekasih sedang duduk di dalam kereta kabel. Ketika berada di tengah2 udara, wanita tersebut telah bercakap kuat2 dengan teman lelakinya. Pada pendapat korang, apakah yang telah dikatakan oleh wanita tersebut?

A. Malam nie kita akan bermalam di hotel yang berwarna putih itu!
B. Wah!! Tengok! Tasik itu sangat cantik!
C. Ahhhh! Saya takut! Cepat selamatkan saya!
D. Alamak!! Kenapa tiba2 kereta kabel nie bergerak perlahan? Apa yang berlaku?
E. Saya sangat lapar!

haa, along besarkan lagi soalan dan jawapan tu. sampai mata along dah kabur. haha.. sila tinggalkan jawapan kat ruangan komen k. esok along bagi jawapan. along nak tidur dah nie. esok nak bangun sahur. hehe

kata bigboss :: layan Stanza Cinta dulu. baru boleh tido. haha  

16 July 2011

kenangan silam aku dan mereka.. (edisi seram 2)

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, entry nie adalah sambungan bagi entry yang nie. entry yang sebelum nie along cerita pasal malam pertama. dan kali nie along nak cerita pasal malam kedua. malam terakhir la senang cakap sebab camping sekolah along memang tiga hari dua malam je. haha

oke, lets start. heheh.. petang tu kitorang ada buat persembahan. temanya adalah bebas. jadi ada satu group nie buat drama pasal anak derhaka yang kaki mabuk. memang penuh pengajaran drama dorang tu. oke, tak seram lagi kan? lepas solat isyak, kitorang berkumpul dekat tengah padang. 
berkumpul ramai2 dan kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan. kitorang kena berjalan keliling sekolah dengan bertaut jari kelingking dengan orang depan dan orang belakang. kalau terlepas, bermakna kitorang akan sesat. sepanjang berjalan tu, kitorang tak dibenarkan mengeluarkan sebarang bunyi dan cahaya. 

perghh!! seram siott. macam2 bunyi ada. budak nangis, suara orang kesakitan, bunyi tong sampah kena seret dan yang paling best ialah bunyi cakaran dekat dinding. mata along nie memang jenis yang suka pandang2. dapat la tengok 'benda2' tu. ada yang tengah duduk bawah tangga. tu budak yang menangis tu la. ada yang sekadar berjalan2 mengintai kitorang. yang tu lembaga hitam. rasanya orang punya.

sampai dekat tapak, kitorang dah dibenarkan masuk tido. tapi along tak tido. nak jadi sentri lagi. tiba2 kecoh bila ada budak histeria. along terpaksa ulang alik dari blok b ke blok c untuk pastikan keadaan semua selamat. ecehh. haha.. time tu memang seram sebab ada 'benda' ikut along. tapi along tak kisah sangat.

first budak tu memang histeria sebab dia dah tak sedar apa yang berlaku. along tampar dia pun dia tak rasa apa2. bila dah oke tu, kitorang yang jadi sentri nie nak keluar la. tapi dia buat2 histeria pulak. huh! MP la tu. along pun apa lagi, try la tarik seluar dia. tapi dia halang. then joe pun cakap "sudah la tu dek, jangan menipu." kitorang pun keluar la.

along pun pegi la cuci muka dekat kolah. tapi mintak joe dengan geng temankan. along takutt. hehe.. pukul 1.00pagi. kena pegi meronda. joe, along n geng group satu. kitorang pun pegi la meronda. time kitorang lalu dekat pagar sekolah, along nampak sorang pegawai tentera beruniform lengkap siap dengan senapang. tapi takda kepala. leher dia berdarah. seram siutt sebab dia macam bejalan ke arah kitorang. tapi tak. hehe

sampai dekat tepi padang tu, along n geng nampak sorang pakcik yang pakai baju hujan hitam. ala2 pembunuh upahan gitu. dia dok perati kitorang. joe kata jangan tengok benda tu sebab takut dia ikut. kitorang pun terus la jalan. sampai tapak, along dengar pulak suara2 yang sama dengan suara kitorang petang tadi. sebijik oke, bukan dua bijik. suara kitorang nyanyi, suara kitorang sembang. lengkap semua sekali.

along pun pegi la khemah kitorang. bukan apa, nak amek milo 3in1 tu. sejuk oo malam tu. sejuk yang luar biasa. pastu along nampak lembaga hitam yang selalu along nampak tu. dia duk depan khemah member along. along nak join tapi takut. jadi along biarkan la. 

pukul 4.30pagi, along n geng kena kejutkan budak camping. wallawwehh.. best siot. kitorang nampak 'benda' terbang2. first kitorang nampak dekat tiang bendera. second lak dekat khemah urusetia. 'benda' tu nak balik rumah kot. ye la, kan dah dekat subuh. kang tak pasal2 tebako dia dekat situ.

pukul 9.00pagi, kitorang dah boleh balik. along tumpang jiran along je. hehe.. oke, setel satu bab. bab kedua pulak cerita pasal along join upacara buang saka time dekat kedah. tapi next time la along cerita k. ingat pesan along, sebelum tido nanti jangan lupa jenguk ke luar tingkap. lepas tu jenguk jugak bawah katil. kot2 la adaaaaa....

kata bigboss :: malam yang paling banyak kisah.

esok hari ahad.. aku nak merepek..

 assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hee. korang semua tau kan esok hari ahad. dah lama along tunggu hari ahad nie. sebab along nak rehat puas2 dekat rumah. dah berapa kali ahad along tak dapat rehat sebab ada urusan kuih seri muka. hehe.. tapi macam nak keluar pulak esok. dah lama tak pegi jalan2 kan. huhu

tapi malas pulak nak jalan. sebab lepas nie along dah takda cuti dah. kena pegi sekolah. no more ponteng2. hehe.. sebab tinggal berapa minggu lagi along dapat sekolah. tolak sabtu ahad cuti raya apa semua ada la dalam 40hari lagi. hehe.. along nekad dah nie.

along nekad nak amek PLKN tahun nie jugak. sebab along dah ada plan along sendiri. kalau along tangguh maknanya along rosakkan plan along tu. lantak la kan? janji along hepi. haha.. along memang dah plan dah nie. next year along direct study. tak main2 dah. tahun nie je along nak enjoy2. hoho 

kalau along pegi PLKN tahun nie maknanya along akan berada di kem bermula dari 17september2011 hingga 2disember2011. tak lama pun. tapi blog nie la kesian. takda sapa nak update. huhu.. 4disember2011 insyaALLAH along nak balik KL jap. cuti2 malaysia la katakan. nak balik penang kalau sempat. pasal ada pesta. hoho

lepas tu balik sabah dah nak study pulak. jadi time cuti tu la nak rest kan minda setelah berbulan2 dok dalam kem. tahun 2012 along akan struggle untuk STPM pulak. lepas STPM baru la along nak amek lesen. sepatutnya awal tahun tu lagi along amek tapi kemalasan begitu sebati dalam diri. haha
tak sabar nak pegi PLKN. rindu nak berkawad. hehe.. nanti kena la bawak bio-zip banyak2. kalau nak bawak notebook nie boleh tak? bawak camera? hoho

kata bigboss :: kami wira-wirawati negara!! go Khidmat Negara go!

adat berkasih..

assalamualaikum dan salam satu malaysia.. 

oke, entry nie berunsur jiwang sedikit. konon la. haha.. sebenarnya tadi along dengar lagu nana achik. best pulak lagu2 duet dorang nie. yang along dengar tadi lagu Mainan Cinta, Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Resipi Berkasih, Adat Berkasih. best jugak la. hehe

oke, along pun pernah jugak berkasih. sampai sekarang kitorang masih berkasih-kasihan. along sayang sangat kat keluarga along. hehe.. along sayang semua. terutama sekali anak buah-buahan along iaitu si Ziqa dan si Zikry. nanti along upload gambar dorang k. sekarang tak boleh sebab broadband dah lebih had. hoho

adat berkasih.. remaja sekarang dah tak pentingkan adab dah kan? yang penting dorang seronok je. kapel2 pun dah boleh pegang tangan. dah bertunang boleh pulak peluk pinggang. bila ditegur mula la nak melenting. sedangkan mereka yang salah.

oke, nie along copypaste dari facebook abang along. alaa, si budak amiey tu la. yang kaki sebok tu.

pasangan bercinta masa kini..

by Muhammad Fahmi on Sunday, May 1, 2011 at 5:37pm
korg perasan x dgn psgn bcnta la ni.kemain lg kn.nk lintas jln main pgg2 tgn.tu bru kapel tu.blm lg tunang.bla dah upgrade g tunang lg la dasyat.dah blh peluk pinggang.ish3..ape korg ingt tunang ni lesen utk bt sume tu ke?ak taw,rmai muslim skrg jd gtu.xtaw la korg dpt mne ajaran tu.korg xtaw ke batas2 pgaulan antra lelaki ngan pompuan?x blaja msa skola dlu?ke korg ponteng kelas pndidikan islam?..ak bkn ape,just nk mengingatkan ssama insan.sbb rmai sgt psgn bcnta yg ak tgk dah melanggar batas2 pgaulan.korg tu bkn muhrim wei.klau dah gatal sgt nikah je la.dpt gak kurangkan dosa.

Peringatan bt dri sndri n saudara ssma islam.

along setuju sangat dengan apa yang dak amiey cakap tu. mungkin ada yang tak tau couple tu haram. cuba korang baca kat blog cik gadis nie. ada faham apa yang cuba disampaikan? kalau ikatan 'couple' korang tu sah di sisi syarak, maka tak haram la. tapi kalau tak sah maka dah jadi dosa. 

kata bigboss :: aku bengang tengok belangkas tu dok raba2 depan mata aku.

kenapa aku berblog??

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hurmm.. kenapa along berblog ek? tak nak kena cop ketinggalan zaman? nak jadi retis? nak jadi glemer? oke, semua salah. along ada sebab kenapa along berblog. dan sebab2 tu adalah munasabah bagi along. tak tau la pulak kalau munasarawak bagi orang lain. 

along adalah seorang yang sangat suka menulis. sejak kecik lagi along memang suka menulis. bila dah masuk sekolah menengah, along mula tulis diari. tapi sejak along ada notebook n broadband nie, along mula beralih angin. along jadikan blog nie sebagai diari along. 

tak pernah pun terlintas kat fikiran along nie nak jadi glemerr ke, nak jadi retis ke. along berblog sekadar minat. sebab tu la blog along nie takda iklan apa semua. nuffnang pun along tak join. sebab minat along hanya untuk blog.

jadi kalau ada yang nak kata along nie bajet retis la, gila glemer la.. lantak kat korang. along tak kisah. kang makin dilayan makin menjadi-jadi pulak. yang along tau, along akan terus berblog. haha.. padan ngan muka ko yang dengki tu. hoho 

p/s : ada orang mesej kat fb kata along bajet apa semua.


kata bigboss :: ade haku kesah? tak kesah le kat.

15 July 2011

mata ohh mata..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..


mata kiri along nie bermasalah la. dah la tak boleh pakai lens, gatal pulak tu. macam ada something dalam mata along nie. tapi bila along check kat cermin takda apa pun. nak check kat hospital along takut. sekarang kat dalam kelas along memang susah. susah nak baca apa yang tertulis dekat white-board. along kat luar memang tak pakai kaca mata. kat rumah je along pakai. 

kata bigboss :: nak check ke tak ye?? takyah la kot.

kerana ular itu..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

huwarghhh!! ngantoknye mata along nie. tapi baru kejap tadi segar bugar sebab along dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tak di undang. nak tau sapa? k la, along pun malas nak berteka-teki. kehadiran seekor anak ular. ular tedung kot. along pun tak pasti sebab along tak nampak ular tu. tapi tok kejutkan along suruh cari ular tu. 

tok along nie memang takut dengan binatang2 macam tu. dengan ulat gonggok pun dia takut. nie lagi ular. tak tidoq malam satgi kot. haha.. along nie bukan spisis yang takut dengan binatang macam tu. cuma along segan dengan beberapa jenis binatang. antaranya adalah kucing, cicak dan lipas. memang elegik la.

kalau ular2 dengan ulat2 nie along tak segan sangat. dah biasa dah. budak kampung kan. setakat ulat gonggok besar tu, along siap buat gelang lagi dekat tangan. dulu masa dekat kedah along ada bela sekor ular. orang sana panggil ular katam tebu. (along taktau eja) along bela dalam akuarium tapi toksu along dah bagi mati sebab ular tu bisa katanya. 

along tak puas hati bila toksu bunuh ular tu. along pegi lagi cari. dapat anak ular sawa. tapi besar sangat. so along bagi la dengan sorang pakcik punjab kat situ. baru2 nie along pegi Gaya Street. along ada begambar dengan ular sawa. nak tengok? nah..

 gambar buruk sebab kamera handphone jak. hoho

ular tu ular betul k. ada dua ekor tapi yang satu lagi tu kecik. sebab tu along tak mau begambar dengan dia. tak mencabar. hehe.. time nie along memang tak tahan nak gelak sebab ada sorang mamat tu. muka memang macho habis tapi menjerit time along cium ular nie. hadoilaa.. cancel along nak ayat. haha

kata bigboss :: rindu nak pegi Gaya Street.

14 July 2011

pelik laa..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, dulu along ada cerita pasal camping kan? kalau tak tau sila klik sini oke. along nak sambung cerita along nie. meh semua pakat duduk rapat2. lelaki dok belah kiri, pompuan dok belah kanan. tengah2 biar kosong k. haha.. oke, malam kedua kan... along kan.. along.. along tak mau la cerita malam nie. seram seyh. malam nie kan malam jumaat. haha

dulu kan.. dulu la, masa along tingkatan dua dulu. along selalu tak datang sekolah kalau hari jumaat. boleh kata tiap2 minggu la. sebabnya along selalu cedera bila hari khamis tiba. jatuh motor la, jatuh tangga la, jatuh hati la. eh, jatuh hati tu takda kena mengena dalam kes nie ye. sebenarnya along pelik jugak. sebab along cedera masa hari khamis ja. hari2 lain takda pulak nak luka ka apa.
tapi tak lama la benda tu jadi. cukup empat kali along cedera, benda tu pun stop. ada sorang pakcik cakap kat along mungkin along kena tolak atau kena langgar oleh orang2 yang dah meninggal. kira macam roh la. pakcik tu cakap petang hari khamis sampai petang hari jumaat roh2 akan datang untuk jenguk ahli keluarga mereka. tapi along tak tau betul ka tak sebab tak tanya lagi dengan ustaz n ustazah.

along ingat lagi kecederaan-kecederaan yang along pernah alami. 
1. tangan luka kena parang. sampai sekarang ada parut. haha
2. jatuh motor sampai lutut along sedikit tak centre. 
3. jatuh pokok rambutan. tangan terkehel.
4. jatuh motor sampai geraham pun senget. bibir pecah wo. ceksii gitu. haha
semua masih ada kesan dan yang paling ketara kes kedua dan keempat. haha

kata bigboss :: apasal ayat aku skema sangat nie??

along dating dengan doktor..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hehe.. along update blog lagi. hari nie along tak pegi sekolah sebab pegi dating dengan incik doktor. pagi tadi dah siap2 dah nak pegi sekolah. tiba2 dapat call dari incik doktor.

"wanie, jangan lupa. pukul 9pagi nie kita ada date.." kata incik doktor.
"tapi saya nak pegi sekolah..." along jawab.
"sekolah tu nanti2 pun boleh. yang penting hari nie ada dating dengan saya.." kata incik doktor lagi.

sila jangan percaya akan dialog tersebut. haha.. sebenarnya hari nie along ada appointment dengan doktor. macam2 dia tanya kat along. last2 kantoi along tak makan ubat. huh! kan dah kena marah. tapi ye la kan.. sapa yang suka makan ubat. dah la pahit, tak sedap pulak tu.

next week takda date dengan incik doktor. tapi 28julai nanti ada date lagi. haihh.. malas mau pigi woo..

kata bigboss :: nak mandi lautt..

13 July 2011

"along lukis spongebob cikgu.."

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

dah dua hari along sekolah. boleh masuk book of record nie sebab kalau ikut perkiraan along hari along ke sekolah setakat nie berjumlah 8hari. dan hari along tak ke sekolah berjumlah 5hari. haha.. hebatnya along! huh.. pagi2 lagi tok dah call along. sebab semalam dorang tidur rumah pak ngah. along sorang ja kat rumah kampung nie. along memang belagak gila time tok call pagi tadi. along kata awal lagi along dah bangun. padahalllllllllll.. along bangun sebab dengar handphone bunyik la. bising je lagu More tu. haihh..

hari nie along tak ketinggalan bas. along tak sakit kepala dan sakit perut. hehe.. tadi along dah masuk kelas PP aka pengajian perniagaan. ada empat masa dan dua orang guru. dua masa pertama oke tapi dua masa selepas tu along dah start mengantok. haha.. nasib baik tempat along paling belakang tadi. jadi cikgu tak nampak sangat along menguap. haha.. balik ke kelas. subjek pengajian am. along tak ingat belajar apa tadi. hehe
lepas rehat subjek MUET. kena speak in english. nasib baik tak broken. haha.. dah ada task. task one is a individual presentation and the second task is a group discussion. cehh.. nak speaking konon. pirahhh!! haha.. lepas MUET subjek BM. memang pebret along time SPM dulu. haha.. time kelas BM tadi along memang tak masyukk. mata stim dowh. apa lagi.. along lukis la spongebob yang ada kat pencil-case along tu. budak STPM pc spongebob. haha.. 

tengah khusyuk melukis cikgu lalu kat tepi pulak. huihh.. bahaya nie. mujur along pantas mengcover. kalau tak kantoi laa.. haha.. tapi lukisan along hancur. tangan keras macam kena simen. hoho
kata bigboss :: masalah betimpa-timpa. sebab tu takda mood dalam kelas. =.="

12 July 2011

yeay.. followers yang ke 44!!

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

alhamdulillah.. dah jumpa followers yang ke 44. jeng jeng jeng... siapakah insan bertuah itu?? haa, nie header blog insan bertuah itu.

nelly the strange.. sila hubungi along dekat sini oke. ada hadiah menanti anda. :)

kata bigboss :: tunggu yang ke 88 pulak. hehe 

sekadar luahan hati..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, entry kali nie lebih kurang ja dengan entry yang nie.masih berceritakan tentang orang yang sama tapi dalam situasi yang agak berbeza. kali nie along bengang dengan dorang sebab dorang dah melampau. melampau yang amat sangat.

nak tau kenapa along kata begitu? sebab dorang sekarang dah pandai bawak geng. baru kejap tadi along nampak kejadian tersebut. mengisahkan tentang seorang bapa bersama dengan dua orang anaknya yang memberikan wang seringgit kepada seorang kanak2 peminta sedekah. lepas ja dapat duit budak tu terus lesap. tak sampai seminit budak tu datang balik. bukan berseorangan tapi dengan kaum kerabat beliau. 

pakcik tu dah kalut sebab semua pakat dok tarik baju pakcik tu. sorang anak dia dah menangis. mungkin tak selesa bila dikerumuni oleh kaum2 yang agak selekeh itu. bukan nak menghina tapi itu hakikat. dengan berkaki ayam, hingus kering masih melekat dekat hidung. fuhh.. cubaan besar bagi sesiapa yang berdepan dengan mereka ketika sedang menjamu selera.

along tak paham la. kenapa pihak berkuasa masih membiarkan perkara ini. sedangkan dah ramai yang komen. tapi along dapat tau satu benda di mana berlaku kes penjualan identity card atau lebih dikenali dengan nama MyCard. dekat rumah along ada beberapa buah buku yang telah membongkar semua rahsia nie. along tak beli buku tu sebab buku tu pakcik along yang tulis. dan dia adalah......... tak payah along bagitau. hehe

kata bigboss :: aku bukan penulis blog politik. ini sekadar luahan rasa anak remaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...