23 July 2011

kenangan silam aku dan mereka.. (edisi AM Gangster)

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

 haha.. lawak pulak bila along ingat balik time along jadi budak jahat. masih lagi dekat kedah. area alor mengkudu, kampung tettt. tak boleh cakap. kang budak yang kena tu mark along, tak pasal2 merana hidup. tapi benda nie dah lama la. time along umur 7tahun tak salah.

nak dijadikan cerita, pagi tu along dengan geng along pegi la tangkap ikan dekat sawah. dapat beberapa ekor haruan. banyak tu tak banyak la. boleh buat gulai makan sampai malam. haha.. lepas tu kitorang pegi mandi sungai. ikan yang kitorang dapat tu kitorang simpan kat pondok dekat sawah.

dalam pukul 12tengah hari gitu, kitorang pun keluar la dari sungai. plan nak balik rumah suruh maklang masak gulai. pegi la kitorang nie ke pondok. tapi tengok ikan dah takda. kompem ada orang curi. kompem! kitorang pun round kampung la. kot2 la jumpa sapa yang curi ikan kitorang tu.

yess! jumpa. empat orang budak bangang yang memang suka cari pasal dengan kitorang. ini sudah lebih. dulu setakat kacau2 port kitorang. nie dah mencuri. puihh! otai kitorang si pojie sound la budak2 tu. sekali dorang hentak otai kitorang. waa, lawan tokey nampak.

along memang dah hot dah. cuma dak atul la asik tahan. bibir pojie dah bedarah. along pun apa lagi, makin hot la. along pun tak tau macamana along belasah dorang. tapi dua orang dah mak ayah dorang bawak gi klinik sebab luka terok sangat. along? steady je bro. cuma pipi lebam la. plus tangan luka sebab kena rembat dengan kayu.

malam tu jugak mak ayah budak tu datang rumah along. tapi time tu along takda. tengah belatih silat. sekali balik rumah kena marah daa. mujur pojie ada. tak la kena marah sangat. laa nie kalau dorang "jajal" macam dulu jugak kompem along bagi jurus "otromen makan durian". 

hehe. konon la. along dah jadi gadis melayu terakhir la. dah tak samseng dah. gua sudah cuci tangan bro. gua bukan takut mati tapi gua taknak mati. opps! terlebih sudah. haha

kata bigboss :: AM is equal to Alor Mengkudu.

2 comments:

amiey said...

hahaha...time tu ak mmg dah xtau nk wtpa dah...pasai tu la ak lri blk...tp ang mmg hero la...brani blasah org...kira ko ni Malik la..lwn ngan shark...hahaha

along_ayyan said...

banyak la ngko. balik umah aku kena tibai gak dengan tok njang. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...