10 July 2011

ceritaku di bulan ramadhan..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..


banyak kenangan along masa bulan ramadhan. tapi kali nie nak cerita pasal kenakalan pulak. tahun 1999 dulu (umur along 7tahun kot) along balik kampung kat kedah. berpuasa la dekat sana. macam2 hal yang jadik.

along dulu memang nakal. paklang bawak balik mercun dari siam. time orang sembahyang terawih kitorang pegi main mercun. kawan along cabar along suruh baling mercun tu kat dalam masjid. along nie kan pantang di cabar. along pun baling la. jatuh dekat tepi makcik2. tak pasal2 dua-tiga orang makcik punya solat TERbatal sebab dorang melatah.

time orang nak balik pulak kitorang selalu sorok selipar orang kampung. pernah sekali kitorang TERsorok selipar tok ketua. kesian dekat dia sebab terpaksa berkaki ayam bila balik rumah. tok imam pulak terkejut sebab kitorang letupkan mercun cina dekat pagar rumah dia.

kitorang dulu selalu jugak ponteng puasa. petang2 gitu kitorang pegi lepak dekat sungai. bakar2 ikan haruan. sambil minum sirap oren. hoho.. bila teringat balik rasa lucu pulak. rasa bangang pun ada. hehe

kata bigboss :: nak join? klik sini oke.

7 comments:

mawar puteh said...

mercun apa nie?
mercun pop ka..? hehehe

fiq. said...

wahaha, siyes bukan tahap nakal, tapi jahat!
tak baik doe buat makcik2 tu...

siap wat bbq lagi tu plak

aimie amalina said...

peh..siap makan ikan haruan...heheh..tawu dek tok ketua..haru..kiki..=p



http://aimieamalinaazman.blogspot.com/2011/07/cerita-ku-di-bulan-ramadhan.html

s u a r a h e a R t y said...

http://suarahatisipujaanhati.blogspot.com/2011/07/blogger-list-cerita-bulan-ramadhan.html

selamat menjalani ibadah puasa :)

PeRmAtA bIrU said...

hahhahah..nakalnya... kesian tok ketua.. macam drama plak...hehhe..nice:)

along_wanie said...

mawar puteh :: mercun pop tu untuk ahdek2 je. kitorang main mercun mancis. taktau la kalau lain tempat lain nama. hehe

fiq :: dah kena cabar. kang tak buat kena cop penakut pulak. hehe.. time bbq tu memang best. balik rumah buat muka lapar pulak tu. hoho

aimie amalina :: sampai sekarang tok ketua tak jumpa selipar dea. hehe

suarahearty :: selamat juga. :)

permata biru :: tok ketua pun selalu buli kitorang. huhu.. tu la kisah budak kampung. hoho

Mieya Atiera said...

eee.. sifat kenakalan itu telah menyerlahkan lagi kecomelan empunya belog ini..

http://budakshumort.blogspot.com/2011/07/cerita-ku-di-bulan-ramadhan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...