16 July 2011

kenangan silam aku dan mereka.. (edisi seram 2)

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, entry nie adalah sambungan bagi entry yang nie. entry yang sebelum nie along cerita pasal malam pertama. dan kali nie along nak cerita pasal malam kedua. malam terakhir la senang cakap sebab camping sekolah along memang tiga hari dua malam je. haha

oke, lets start. heheh.. petang tu kitorang ada buat persembahan. temanya adalah bebas. jadi ada satu group nie buat drama pasal anak derhaka yang kaki mabuk. memang penuh pengajaran drama dorang tu. oke, tak seram lagi kan? lepas solat isyak, kitorang berkumpul dekat tengah padang. 
berkumpul ramai2 dan kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan. kitorang kena berjalan keliling sekolah dengan bertaut jari kelingking dengan orang depan dan orang belakang. kalau terlepas, bermakna kitorang akan sesat. sepanjang berjalan tu, kitorang tak dibenarkan mengeluarkan sebarang bunyi dan cahaya. 

perghh!! seram siott. macam2 bunyi ada. budak nangis, suara orang kesakitan, bunyi tong sampah kena seret dan yang paling best ialah bunyi cakaran dekat dinding. mata along nie memang jenis yang suka pandang2. dapat la tengok 'benda2' tu. ada yang tengah duduk bawah tangga. tu budak yang menangis tu la. ada yang sekadar berjalan2 mengintai kitorang. yang tu lembaga hitam. rasanya orang punya.

sampai dekat tapak, kitorang dah dibenarkan masuk tido. tapi along tak tido. nak jadi sentri lagi. tiba2 kecoh bila ada budak histeria. along terpaksa ulang alik dari blok b ke blok c untuk pastikan keadaan semua selamat. ecehh. haha.. time tu memang seram sebab ada 'benda' ikut along. tapi along tak kisah sangat.

first budak tu memang histeria sebab dia dah tak sedar apa yang berlaku. along tampar dia pun dia tak rasa apa2. bila dah oke tu, kitorang yang jadi sentri nie nak keluar la. tapi dia buat2 histeria pulak. huh! MP la tu. along pun apa lagi, try la tarik seluar dia. tapi dia halang. then joe pun cakap "sudah la tu dek, jangan menipu." kitorang pun keluar la.

along pun pegi la cuci muka dekat kolah. tapi mintak joe dengan geng temankan. along takutt. hehe.. pukul 1.00pagi. kena pegi meronda. joe, along n geng group satu. kitorang pun pegi la meronda. time kitorang lalu dekat pagar sekolah, along nampak sorang pegawai tentera beruniform lengkap siap dengan senapang. tapi takda kepala. leher dia berdarah. seram siutt sebab dia macam bejalan ke arah kitorang. tapi tak. hehe

sampai dekat tepi padang tu, along n geng nampak sorang pakcik yang pakai baju hujan hitam. ala2 pembunuh upahan gitu. dia dok perati kitorang. joe kata jangan tengok benda tu sebab takut dia ikut. kitorang pun terus la jalan. sampai tapak, along dengar pulak suara2 yang sama dengan suara kitorang petang tadi. sebijik oke, bukan dua bijik. suara kitorang nyanyi, suara kitorang sembang. lengkap semua sekali.

along pun pegi la khemah kitorang. bukan apa, nak amek milo 3in1 tu. sejuk oo malam tu. sejuk yang luar biasa. pastu along nampak lembaga hitam yang selalu along nampak tu. dia duk depan khemah member along. along nak join tapi takut. jadi along biarkan la. 

pukul 4.30pagi, along n geng kena kejutkan budak camping. wallawwehh.. best siot. kitorang nampak 'benda' terbang2. first kitorang nampak dekat tiang bendera. second lak dekat khemah urusetia. 'benda' tu nak balik rumah kot. ye la, kan dah dekat subuh. kang tak pasal2 tebako dia dekat situ.

pukul 9.00pagi, kitorang dah boleh balik. along tumpang jiran along je. hehe.. oke, setel satu bab. bab kedua pulak cerita pasal along join upacara buang saka time dekat kedah. tapi next time la along cerita k. ingat pesan along, sebelum tido nanti jangan lupa jenguk ke luar tingkap. lepas tu jenguk jugak bawah katil. kot2 la adaaaaa....

kata bigboss :: malam yang paling banyak kisah.

1 comment:

Hans said...

walawehhhhhhh
seram betul aku baca
dah skrg pukul 2 pagi
adessss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...