05 July 2011

hari-hari sekolah..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  haishh.. hari-hari sekolah, sekolah hari-hari. penat tauu.. nak rehat pun tak cukup masa. bagi cuti setakat dua hari. apalah sangat kan?? cer bagi cuti seminggu. baru la syokkk.. 

  tu la benda yang along selalu pikir masa sekolah dulu. asik nak cuti ja. sekolah dua hari cutinya lima hari. macamana tuh?? haha.. along dulu memang malas nak gi sekolah. lagi-lagi bila ada keja sekolah yang tak siap. mula la bagi alasan. sakit perut la, sakit kepala la. macam-macam sakit keluar. 

  sekarang nie baru la along sedar betapa syoknya zaman sekolah dulu. boleh lepak dengan member2. boleh sakat cikgu2. boleh ponteng kelas, boleh masuk keluar sesuka hati. almaklum la, sekolah tu kan along yang punya. haha.. perasan je.

  tapi sekarang dah tak boleh macam tu. sekarang sekolah dah lain. dah tak sama macam sekolah dulu. sekarang nie nak keluar kelas pon segan. kecuali waktu rehat. baru la muka inesen nie terpacul kat kantin. inesen la sangat. haha.. nak sakat cikgu pon segan sebab cikgu2 ramai yang along tak kenal. cikgu kelas sendiri pon along tak berapa nak ingat. ramai sangat. 

  tapi lepas nie along nak try kenal cikgu2 along. jadi tak la malu macam hari tu. kes along salah orang. adoilaa.. nak cari cikgu ana tapi terjumpa cikgu annie. haha.. malu siott. tapi nasib la along nie terrer bab cover2.. takde la malu sangat. haha


kata bigboss :: perut meragam tika aku semangat nak pegi sekolah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...