18 July 2011

semangat raya dah mari dah..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hee.. semangat sungguh along nak beraya. puasa pun dak lagi dah nak raya. gilo ko apo? haha.. dari minggu lepas lagi bilik along nie berkumandang dengan lagu2 raya. jiran along siap jerit dekat along kata along sengal. siott jek. haha.. orang tengah semangat nie jangan dihalang. hoho 

tiap kali raya tiba, along mesti nangis. haha.. tak tau kenapa sayu je rasa hati. ingat dekat arwah abah kot... tapi sedihnya kejap je. dah dapat cucuh pelita hepi balik. malam tujuh likur memang along tunggu. tak dan nak jamah kuih apa. dah turun pi cucuh pelita. tok wan ajak pi terawih pun takmau pi dah. yo la, dah dapat mercun dengan bunga api kan?? haha

kalau dulu tiap kali raya arwah wan selalu belikan along kabad untuk buh dalam meriam. dulu along main meriam buluh. tapi lepas kes meriam tu pecah, along tak main dah. tukar ke meriam batang paip. bukan paip pvc tapi paip besi. bunyi memang kebabommmm la. takdak sapa berani lawan meriam along. kira yang terbaekk dalam kampung la. haha 

lepas arwah wan meninggal, along dah tak main meriam dah. tok marah. tok kata "along, hang tu pompuan. jangan dok nakai sangat. cer jadi ladies sket.." haha.. tapi sorry la. along kan memang macam nie. sukakan cabaran. tak dapat main meriam takpa, along ada mercun. stok baekk punya dari member. beli mercun bola tu. mahal dowh. tapi semangat nak main kan. beli ja la. ratus jugak kot duit along habis tiap kali raya.

kenangan pahit? takda kot. dah jadi manis bila di ingat balik. time kening dengan bulu mata along terbakar. salah meriam tu la. along cucuh tapi tak mau meletup. along tiup tiba2 api menyambar. perghhh!! beraya tanpa kening dan bulu mata. lagi time jari along terbakar. gila sangat amik serbuk bunga api tu buh dekat kertas. bila along bakar asap berkepul2. tengok jari dah hitam. pedih jangan cakap la. haha

malam raya along n geng memang suka ronda kampung. meriah tengok. dan kitorang selalu amik pelita. hehe.. bukan amik la, sorokkan je. alaa, dalam kawasan rumah tuan rumah jugak pon. bukan jauh mana. tiga tahun yang lepas, berturut2 ye. along memang sakan beli bunga api dengan mercun. along ada beli bunga api yang meletup banyak kali tu. yang orang cina selalu main tu. haha.. beratus jugak la habis. 

adehh.. andai dapat ku undurkan putara dunia~~ lalala.. banyak lagi kisah sebenarnya. tapi nanti je la kita bukak kitab ye. 

kata bigboss :: satu hari di hari raya..

3 comments:

Anonymous said...

aku x sangke plak yg ko ni nakal along.sbb bile dah besar ni ko ala2 innocent sengal gitu.tp mase kecikk..yg ado!perangai nakal tahap dewadewi.hehe..peace!!

p/s:ak saje komen sbg cik ainon.tp ak letak name gak k.


-fakhrul-

Zik said...

kepantasan masa berlalu.... cepat betul , dah kembali bulan ramadhan... sob2x

along_ayyan said...

fakhrul :: zaman kanak2 tu harus dinikmati dengan sebaiknya. jadi nakal sikit tak salah kot. hehe

zik :: tu la. tak sedar kan. nie dah nak masuk syawal pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...