31 July 2011

silat untuk bergaduh la..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

tengah layan tv9. nampak orang belatih silat kat dalam tv tu. terkenang daku kepada negeri kedah. haihh. sedih nak dikenang tapi best pun ada. haha.. yang sedihnya bila kitorang kena marah dan yang bestnya bila kitorang berjaya belajar silat. hehe

"hangpa semua nie cucu cicit tok kamis.. hangpa kena reti ilmu silat. tau pasai apa?" soal pakteh along.
"tau.. kot2 ada orang cari pasai senang nak belasah. betoi tak pakteh?" jawab pojie, sepupu along.
"eh, bukan la pojie. kita belajaq silat supaya senang nak buli orang," along pulak menjawab. pukk! kepala along kena katok. adoii.
"hotak hang. hangpa belajaq silat bukan nak suruh gadoh, hangpa belajaq sebab nak pertahankan diri," jawab pakteh along.
"lepas isyak satgi hangpa suma pi rumah ayah cik. belajaq silat dengan dia," arah pakteh.
kitorang blur dah. takkan nak kena belajar silat? kitorang budak lagi kot. (time tu along baru 6tahun, pojie lak 8tahun) ah, lantak la. pi tengok2 sudah. plan macam tu la. sekali lepas isyak tu kitorang kena tunjuk gaya daa. perghh! macam2 stail keluaq. stail itik pulang senja pun ada. haha. along? gaya bebas je. kuikuikui..

malam esoknya memang tak best. kitorang kena buli dengan senior2 silat. sakit belakang oo kena humban. tapi buat2 tak sakit. nak tunjuk hero konon. kena humban lagi sekali. ohh, sakitnya!! terus keluar gelanggang dok tepi ayah cik. dia kata tu baru sikit. "aah, sikit. sikit hari lagi aku balik sabah," kata along. tapi dalam hati je la. hehe

ingatkan nak stop silat dah tapi kata2 toknek. dia kata keturunan tok kamis semua reti silat. uihh, kalau along tak reti silat malu la nanti. sambung la belajar silat. tapi tak habis sebab along balik sabah dah. yang habis sepupu2 along kat sana la. siap kena makan garam. selamat along tak habis. heheh

kata bigboss :: silat bukan untuk bergaduh tapi orang selalu bergaduh sebab silat.

2 comments:

missainaashaari said...

silat ni ilmu keturunan..family aina pun macam tu, tapi sampai cucu dh xturunkan...

along_ayyan said...

along dah lepas dari cicit kot. sebab tok kamis tu ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah arwah tok wan along. ke lebih lagi? along pun tak pasti. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...