25 July 2011

dah nasib...

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hari isnin.. macam biasa la, semua lemau dok dalam kelas. tak puas cuti kot. haha..along pagi tadi memang agak malas nak sekolah tapi memandangkan hari cuti lebih banyak dari hari sekolah... haihh, kena la pegi jugak. masa pertama tadi subjek BM. kena denda sebab tak hantar kerja. adusss.. ketuk ketampi doploh kali. perghh! gigil jugak la lutut. dah kena denda tu masih buleh sengih lagi. cikgu bengang sendiri kot. haha

tamat masa BM, subjek Pengajian Am pulak. kena jawab 8 soalan. tapi kena dengar betul2 jawapan sebab cikgu baca dari powerpoint dia. alhamdulillah betul semua. lepas tu cikgu buat ujian bulan jun. ada 30 soalan. betul 21 soalan ja. boleh la kot sebab along memang tak tau apa2. nasib baik cikgu benarkan bincang. erkk, ujian lagi ke macam tu? haha.. lepas tu cikgu semak buku. ada kerja tak siap. kena telinga gajah sebesar-besar kertas. haihh.. rosak buku along. ape rr??

time rehat macam biasa la. pegi beli lekor then lepak kat teratak. dah habis time naik balik ke kelas. first time rasa penat naik tangga ke tingkat tiga sebab kaki sakit. haha.. masa Pengajian Am lagi. haishh.. tak habis2. pukul 11.30, subjek MUET. oke, boring. lepas tu cikgu panggil. mintak surat sebab ketidakhadiran. oke, ada alasan?? no need. along tak hadir bersebab oke. yang seminggu tu sebab along jaga makcik along yang sakit. yang selebihnya along jaga tok along.

itu bukan alasan tapi itu kenyataan. kan dekat rumah nie along tinggal berdua dengan tok. jadi kalau tok demam along kena la jaga. takkan nak biar kot? kang tak pasal2 along yang kena marah. konon tak jaga tok la, tu la ,nie la, apa2 la.. sekarang nie along pulak demam. entah virus dari mana pulak datang kat along. tekak sakit oo. nak minum pun perit je rasa. kalau malam nie masih sakit lagi kompem esok along pegi klinik. 

lagipun esok hari selasa. ada perhimpunan mingguan. along adalah pelajar yang paling malas datang. dah berapa minggu along sekolah, baru dua kali along join perhimpunan mingguan. haha.. dah la esok ada perlantikan pengawas. haishh.. malas betol la. sebok nak ada perlantikan bagai. kalau nama along tersenarai takpa gak la. hoho

kata bigboss :: tak berharap pun ada jawatan sebab aku sendiri langgar undang2 sekolah. :P

2 comments:

cik pip said...

dulu time sekolah pun pip malas gak ..hehe

wanie jiejul said...

sama la dengan. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...