11 July 2011

tip beraya di rumah sahabat..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

along saja bagi tips pasal raya. kan tak lama lagi umat islam akan berpuasa. lepas tu kompem la raya kan. kalau dah raya mesti nak pegi zoo kan? eh, pegi rumah keluarga dan sahabat handai. dan ada yang pegi open-house wakil rakyat. nie along nak bagi tip nie. korang amalkan la ye. baik untuk kesihatan jugak.

mintak izin dulu
- sebelum korang berkunjung ke rumah dia mintak la izin dulu. korang call la dia. kalau malas nak bercakap korang sms je. kalau prepaid takde korang guna la alternatif lain. macam burung merpati. haha
jangan bawa rombongan
- mentang-mentang la open-house korang pakat bawak satu kampung la. baekk punya ajak. cer korang bayangkan kalau makanan yang di sediakan tuan rumah tak cukup. sebab kerabat korang ramai sangat. tak ke haru??
bertemu tuan rumah
- seeloknya korang pegi la jumpa tuan rumah. salam dengan seluruh ahli keluarga dia. kot2 la tercalon jadi menantu. kan ke elok tu??
jaga penampilan
- pakai la pakaian yang sesuai. kan hari raya, so baik korang pakai baju kurung. sopan sikit kan. jangan pulak pakai pakaian yang spisis tak cukup kain. masalah pulak nanti.
jangan gelojoh
- makan dengan sopan oke. walaupun korang dah kebulur, sopan la sikit. jangan jadi bahan umpatan orang lain.
menjaga masa
- jangan la dok lama sangat kat majlis orang. cukup la setengah jam hingga sejam. 
tips nie di datangkan khas dari majalah Dara.Com.

kata bigboss :: yeay, puasa. dalam hati (yeay, raya..)

2 comments:

nini said...

awalnya bagi tips...pose pun lom abis ganti...erk...=p

Cik Bell said...

Dulu masa kecik2..main terjah,
"Assalamualaikumm!! kami datang nak raya"
Lepas tu makan kuih2 sikit,then bla..motif : nak duit raya je..hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...