02 July 2011

jalan 1murid 1sukan..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  seperti yang korang semua sedia maklum, hari nie adalah hari wajib bagi pelajar sekolah untuk menyertai Larian 1Murid 1Sukan. wajib ye bagi setiap pelajar termasuklah along. bangun awal tapi mata stim gilerr. mana taknya, semalam tido pukul 1pagi. bangun pukul 5pagi. iron tudung lepas tu pegi mandi apa semua. tengah nak pakai tudung along dengar bunyi bas lalu depan rumah. tak layan sangat la sebab baru pukul 5.45pagi. pegi rumah epa pukul 5.55pagi tapi dia dah jalan. call dia tapi dorang dah sampai kat MPOB. ayoo, ketinggalan bas sudah. terpaksa ikut maklong. nasib baik ada ateh.

  sampai kat sekolah terus jumpa epa. cari member tapi tak jumpa. call erra. hallamak! budak nie masih kat rumah. stay dengan epa je la. sebelum larian bermula, kena dengar ucapan dulu. adehh. boring siot. dah tu buat regangan pulak. bila dah sampai turn nak lari, erra pun datang. geng suda marii!! nak lari? sorry la ye. kitorang lebih suka berjalan sambil menikmati keindahan alam. indah ke kat situ?? dari awal sampai akhir kitorang berjalan je. malas nak lari. nanti kaki sakit. yang jalan nie pun dah senak. urat2 betis semua macam nak putus. tu la padahnya bila dah lama tak ektip sukan.

  sampai kat sekolah terus gi beli air. rehat2 kejap lepas tu dapat arahan soh gi padang. dah la matahari terik, dok kat tengah padang pulak. adoiila. settle penyampaian hadiah, along terus keluar. gi jumpa epa ngan maklong. nak balik tapi ateh tak sampai lagi. tunggu je la. bila dah sampai rumah along terus mandi. rimas je rasa. haha.. 

  sepanjang perjalanan tadi along macam biasa la. dok ambik gambar ja. tapi guna handphone only. sebab camera lupa bawak. bukan lupa tapi sengaja. segan la nak bawa gi sekolah. kang ada yang kata along nie belagak pulak. cukup la camera tu along guna untuk aktiviti luar sekolah. dan untuk memberi kepuasan pada diri along. asseyy. haha..


kata bigboss :: orang suruh lari bukan suruh jalan.. per daaa. :p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...