11 July 2011

kenangan silam aku dan mereka.. (edisi seram)

assalamualaikum dan salam satu malaysia.. 

malam2 macam nie teringat pulak peristiwa time camping dulu. along kalau camping memang suka jadi sentry. best wo dapat jaga malam. lagi best kalau kena dengan geng yang memang sempoi. nak dijadikan cerita, malam pertama tu along jadi sentry dengan sorang geng along dan empat orang senior along. lupa nak cakap, nie time camping tahunan tahun 2007 kat sekolah along.

kitorang duduk la dekat tangga blok B. sambil makan2 megi mentah, angin bertiup sempoi2 bahasa. ehh, sepoi2 bahasa. kitorang steady ja la walaupun tulang sum2 dah beku tahap ais atlantis. lepas tu boleh pulak along terpandang ahkak ponti dok berayun atas buaian dekat depan blok B tu. hadoii, meremang jugak la bulu hidung nie. tapi tak cakap lagi dekat geng. senyap dulu.

pukul 1pagi kitorang kena buat rondaan. jadi bagi2 group la. satu group ada tiga orang. semua sekali dua group. cehh, tak banyak pun. kitorang group kedua so tak payah meronda waktu nie. time group satu balik ke tapak, along nampak ada benda dok mengikut kat belakang amoyy. amoyy nie salah sorang dari geng sentry. along pun bagitau la kat geng along. dia pun nampak benda tu tapi lead kitorang si joe tak nampak pulak. oke, senyap. mungkin salah pandang.. tapi kat belakang amoyy ada kesan cakar. haa.. nak kata apa tu??

pukul 3pagi, turn along pulak pegi meronda. time tu memang best. seram siutt. along n group along nampak lembaga hitam dok pandang kitorang. dia dok celah pokok kat depan kantin. sampai kat blok D pulak kitorang dengar suara budak menangis. sayu je bunyi. adoii, nak lari tapi kaki nie macam tak boleh gerak. slow je jalan. haha.. sampai dekat khemah guru, cikgu Jehan cakap dia nampak 'benda' tu paut kaki kitorang. adoiyaii. nak aje along hentak. 

pukul 5pagi kena kejutkan budak camping. reramai solat subuh. ada makhluk tengok kitorang solat. bukan tak khusyuk tapi along lewat masuk dalam saf. jadi along nampak la 'dia' berdiri kat tepi tingkap surau tu. aiseymenn. muka inesen gitu. siang tu kitorang sembang dengan pakcik sekuriti. dia pun cerita la dekat kitorang. dia bagitau yang 'mata' along dah terbuka. dah lama sebenarnya tapi along rahsiakan.

kisah malam kedua along akan sambung nanti yer. nak tido dah nie. kang lewat pulak nak pegi sekolah. jangan seram sangat ye para pembaca. cer korang tengok kat luar tingkap tu. lepas tu tengok kat bawah katil. ade tak dengar bunyi tapak kaki?? haha

kata bigboss :: takde la seram sangat. tapi 'dorang' tu banyak..

2 comments:

Jacy Angel_95 said...

eehh..! seram gila .! takut pla nk pg tid0..! :P

diya said...

pehhh brani lah along .
kalau sy yg nampak ? time ahkak ponti tu lagi dah pengsan! atau pure2 pengsan ! XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...