19 July 2011

jawapan :: siapakah diri anda yang sebenar??

 assalamualaikum dan salam satu malaysia..


haihh.. macamana along boleh lupa nak up jawapan kuiz psiko yang nie?? mintak maap bebanyak la noh. along busy siket. huehuehue.. oke2, tanpa melengahkan masa....... along bagi jawapan kat korang. jeng jeng jeng...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
*********************************************************
analisis ::

orang yang jawab A ::
anda seorang yang menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. anda mempunyai azam dan cita2. anda tidak ingin bergantung kepada orang lain. anda tidak takut akan kesusahan dan kekalahan. anda mempunyai kecekalan dan tidak mudah putus asa. disebabkan sikap anda ini, anda amat dipercayai. orang lain amat yakin dan tidak ragu2 dengan personaliti anda.
orang yang jawab B ::
anda seorang yang membuat sesuatu mengikut perasaan dan citarasa sendiri. anda mempunyai banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. anda dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. anda melakukan kerja ataupun tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab.

orang yang jawab C ::
anda seorang yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. anda juga mudah berputus asa dan kecewa. anda sering membuat kerja setengah jalan disebabkan halangan dan masalah yang timbul. jangan terlalu memaksa diri sendiri untuk berkawan dengan semua orang. anda kena pandai memilih kawan yang mampu membimbing anda ke jalan yang betul.

orang yang jawab D ::
anda seorang yang pesimistik. terlalu banyak kebimbangan dan kerisauan anda. walaupun anda seorang yang berazam tinggi, anda takut untuk mara ke depan keran memikirkan risiko yang bakal berlaku. disebabkan itu, anda tidak dapat menunjukkan bakat yang ada pada diri sendiri.
orang yang jawab E ::
anda seorang yang sering berubah2 dan tidak tetap pendirian. anda sering mengubah sesuatu rancangan yang telah ditetapkan. apabila anda mempunyai semangat barulah sesuatu kerja itu dilakukan dengan baik dan begitu juga sebaliknya. anda tidak berapa matang dan sukar berdikari. anda sering berharap dan bergantung kepada orang lain dalam apa jua keadaan.

orang yang jawab F ::
orang yang paling bijak sebab F takda dalam jawapan. haha

**************************************************************
haa, tu la jawapan kepada kuiz psiko hari tu. belek2 la ye. along pun tak tau betul ke tak. main bedal je. haha

kata bigboss :: next kuiz psiko is "kenali si dia melalui warna".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...