29 March 2011

karnival pendidikan MARA.


    Pagi tadi aku bangun awal. Nak berjalan punya pasal. Hahaha.. Lepas tu si Siti Nurul Suaida mesej. Mengasi bangun tidur kunun. Aku lagi awal buss. Hahaha.. Bermesej jap dengan dia pastu pegi mandi. Pestaim mandi awal. Keluar ja dari bilik air terus dapat arahan. “Along, pegi buang sampah!” Bah, pegi la buang sampah lepas pakai baju apa semua. Time mau bersiap mak aku cakap dia mau ikut. Menunggu la lagi si anak nie. Ya la bah, dapat save duit. Hee.. Tup2 dia cakap nda jadi la pulak. Adehh, waste my time aje. Bah, bejalan la menunggu bas di Maimunah. Pastu sampai si Siti. Dapat bas terus la turun terminal wawasan. Jalan kaki pegi CP. Duduk2 cuci mata jap then gerak pi Suria Sabah. Karnival Pendidikan MARA. Asal aku nak balik LD je ada karnival pendidikan. Tengok la hari tu. Karnival Pengajian Tinggi Negara, dorang buat 26-27feb. Kan ke 27 tu aku balik LD. Kali nie pulak 29-30mac. Aku balik LD 31mac. Saja la tu nak bagi banyak barang aku balik LD. Hahaha.. Sampai ja di sana terus la meronda kumpul maklumat. Hobi tu oii. Hahaha.. Tersinggah di booth i-system kolej. Panjang beno ceramah akak tu bagi. Tapi aku kureng minat la perubatan2 nie. Hee.. Pastu jumpa kawan2 Siti. Si Sasha ngan si Ninank. Naa, begylakk la nie. Superduperpowerpuffgurl. Hahaha.. Pastu ronda la di karnival dengan dorang. Tejumpa dengan kakak dari ACMS. Dia tanya kalau ada isi borang time KPTN. Opkos la ada. Time tu semua IPT aku singgah. Then dia tanya kalau ada dapat mesej dari dorang. Aku pun dengan yakin la kata ada. Sebab baru aja pagi tadi ACMS mesej. Dia pun cakap la yang aku dapat tawaran dari dorang. Dia suruh la isi borang pendaftaran. Dah siap isi baru aku perasan yang tu kos perubatan. Aku amek diploma farmasi. Hahaha.. Nanti sapa2 yang nak ubat boleh la datang jumpa aku. Kalau korang yakin la sebab aku tak yakin yang aku boleh hafal nama ubat2 tu. Hahaha.. Ronda2 lagi. Singgah di booth Kolej Universiti Islam Melaka. Tetiba rasa macam berminat nak study kat sini. Amek diploma. Tapi tak sure lagi la. Hehe.. Lepas tu pegi ATIC. Siti mau daftar di sana. Dengar penerangan lagi di situ. Ada la jugak aku isi. Tapi isi je, tak berapa minat dengan kos yang di tawarkan. Keluar dari ATIC, salam2 then jalan pi CP. Siti beli reload. Then naik tingkat 2 beli popcorn ngan love fruit. Dah jadi kegilaan aku love fruit nie. Siti, kalau kat LD nanti aku ketagih siap la ngko. Hahaha.. Pegi wawasan, naik bas, balik. Sampai Maimunah call mak aku. Tak boleh balik, hujan. Mak sampai, hantar Siti pegi rumah dia. Balik singgah jap dekat gerai beli sayap ayam. Sampai rumah terus mandi. Kepala sakit kena hujan.
  Oke la, dah kepala sakit so aku nak tidur. Pagi esok nak jalan jap before mak aku pegi kursus. Wokey la, check-check checkout dulu. Wassalam :)

p/s :: tiket tak beli lagi. adehh..

28 March 2011

kau memaksa aku dipaksa..


    Perghh!! Agak tak boleh blah tajuk post kali nie. Main paksa2 gitu. Hahaha.. Tapi serius la, aku memang tekanan bila di desak macam nie. Tak tahan wei. Ya la, siapa yang suka dipaksa kan?? Kita pun ada jugak keinginan sendiri. Hei, kita baru kenal yer. Jumpa pun tak dah nak pandai2 paksa aku. Kan aku dah cakap aku fikir dulu. Lagipun parents aku belum tentu akan setuju kalau aku bagitahu. Yang kau pun bawak2 la bersabar. Tak ke mana jugak tu kalau memang dah ditetapkan olehNYA. Sehari sampai dua-tiga kali call. Asyik tanya benda yang sama. Boring la wei. Kalau kau mesej pun benda yang sama jugak kau akan tanya. Adehh, kang aku tolak kang padan muka kau.. Korang jangan salah faham yer. Aku sebenarnya tengah geram dengan seseorang dari sebuah kolej nie. Dia asyik call suruh mendaftar kat kolej dia. Aku bukan la tak mau, tapi tunggu dulu la. Kot2 ada tawaran dari IPG ke, UPSI ke.. Tercapai jugak la nanti cita2 aku nak jadi pendidik. Kalau pun tak ada tawaran dari dorang, aku tengok la tawaran lain. Universiti ke, poli ke.. Oke jugak tu. Kalau dah tak ada pilihan...mungkin aku akan pergi kolej kau tu. Hahaha.. Aku betul kan? Aku ada hak untuk buat pilihan. :)

    Oh ya, aku sebenarnya nak sekeh2 kepala sorang budak nie. Betul2 buat aku tekezut tadi. Nak tau apa ceritanya?? Camnie haa.. petang tadi dalam pukul dua gitu abang amiey mesej aku. Dia suruh call. Ada hal penting katanya. Aku pun call la. Haa, nie perbualan kiteorang tadi.

aku :: Assalamualaikum. Pehal bang?
amiey :: Waalaikumussalam. Dek, abang ada benda nak tanya nie. Jawab jujur tau.
aku :: (aishh, pehal pulak nie??) insyaALLAH saya jawab jujur. Apa dia?
amiey :: Jujur tau?
aku :: Ya bah, jujur. Kenapa?
amiey :: Bagi abang resepi air masak kicap. (dengan nada serius pulak tu. Huh!)
aku :: Hah? (agak terkezut. Aku salah dengar ke?)
amiey :: Resepi air masak kicap. Cepat la. Nak masak nie. (masih la serius)
aku :: Kau oke ka nie bang? Mana ada air masak kicap. (tenang lagi. Kunun la)
amiey :: Takde eh? Ingatkan ada. (gelak macho walaupun hancho)
aku :: Sengalllllllllll.. (hanya itu yang mampu aku katakan)
amiey :: Aku sengal sikit jer. Ko tu sengal banyak dek. Mental!!
aku :: Ko tu bapakk sengal, bapakk mental, bapakk senget. (gelak puas hati)
amiey :: Ek? Ohh. (lagi menunjukkan kesengalannya)
aku :: Dah la. Aku busy. Blah dulu. Assalamualaikum.
amiey :: Wokey boss. Waalaikumussalam.
    Terkono den. Kurang garam sungguh dak fahmi nie. Nasib baik la aku hormat kau. Sebab kau orang tua. Hahaha..
    Wokey la, aku check-check checkout dulu. Wassalam 

p/s :: dalam kesibukan, masih sempat menghitung hari. Esok ,lusa.. Khamis balik LD. Huhayy!!

27 March 2011

i miss you =.="


Ehem2, miss kat saper tu? Tettttt!! hahaha. I miss my sahabat la. Dah lama tak jumpa. Dekat empat bulan tak lepak sama2. Memang rindu gylaa la kan?? Tapi takpa, tak lama lagi jumpa la tu. Aku kan dah nak balik Lahad Datu. Yeehaa!! Lahad Datu, here I come!! Tak sabar nak pegi sekolah. Eh, sekolah lagi ker?? Tak la, aku pegi ambil result SPM jer. Agak ketinggalan kan aku nie? Orang semua dah ambil, yang aku baru nak ambil. Hahaha.. Tapi bukan aku sorang jer yang tak ambil lagi. Member baekk aku c Ciedun pun sama. So, kiteorang dah plan baekk punyer nak pegi ambil 1april2011 nanti. Kenapa 1april? Sebab hari jumaat. Hahaha. Tak la, sebab aku balik Lahad Datu 31mac2011. Macam biasa la, flight 1.20pm. Sepatutnya aku balik 29mac2011 tapi 30mac tu mak aku ada kursus, tak jadi la aku balik. Esok bersamaan dengan hari isnin, aku tak ke mana2. Dok rumah jer nonton tv. Lusa bersamaan dengan hari selasa, aku plan nak turun KK. Kira last day aku turun la. Sebab hari rabu tu memang teramat sangat pasti la aku tak dapat ke mana2. Then hari khamis, aku balik Lahad Datu. Jumaat pulak pegi ambil result. Perghh!! Teratur jugak plan aku nie yer. Hahaha.. Balik dari sekolah nanti macam biasa la, pegi bandar lagi. Bandar ker Lahad Datu tu? Bandar kot. Hahaha.. Lepak dekat tepi laut sat sambil tangkap gambar. Memang syok la kan sebab tu memang hobi aku dengan Ciedun. Tiap2 minggu lepak tepi laut sambil makan roti a-one minum 100plus. Tu aku la, Ciedun minum soya jer. Dia tak pandai minum minuman isotonik. Hahaha..

1st Edition ft Aizat ~ Perpisahan Ini
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mesti ramai yang dah tau lagu nie kan?? Aku suka gylaa lagu nie. Memang layan la orang cakap. Aku dedicate lagu nie buat semua member2 sekolah aku, cikgu2 aku, dan yang paling utama adalah untuk siblings aku iaitu budak2 Rakan Lepak Sebaya. Siblings kiteorang ada 9orang aje.
1. yantz_rls
2. amieza_rls
3. qia_rls
4. umie_rls
5. suaida_rls
6. myra_rls
7. zue_rls
8. ayyan_rls
9. ciedun_rls
Rinduu korang sangat2 wei. Ntah bila la kita semua dapat berkumpul macam dulu..
p/s :: andai dapat ku undurkan putaran dunia..

14 March 2011

abang R ohh abang R..

  abang R?? siapa abang R? pentingkah abang R? kenapa dengan abang R? persoalan yang bermain di minda. hahaha. kalau korang nak taw, abang R nie adalah abang yang mak aku nak kenenkan dengan aku. tapi tak menjadi sebab aku masih tak berminat untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan siapa2. hee.. abang R nie tak penting sangat bagi aku. tapi penting bagi mak aku. sebab abang R nie keja sama2 dengan mak aku. dia la yang jadi teman borak mak aku. oke, kenapa dengan abang R? buat yang tak kuat semangat, jangan baca yer. aku bagi amaran awal nie.. tadi abang R kemalangan. dekat dengan tempat kerja dia. abang R menunggang motosikal. berlanggar dengan avanza. sadis wei kejadian tu. kalau korang ada kat tempat kejadian sure korang tumbang. muka abang R melekat dekat cermin avanza tu. rambut abang R pun ada jugak dekat situ. lepas di hantar ke hospital, keadaan abang R memang teruk la. muka dan leher dia banyak kaca. telinga dia terpaksa di jahit sebab putus. tangan kiri dia patah. paha kanan dan kiri pun kena jahit. aku nak jenguk dia tapi takut mak aku tak bagi. apa yang aku mampu ialah doakan kesejahteraan dan keselamatan dia. aku kesian dekat family dia. baru ja tengah hari tadi dia bank-in duit kat mak dia. dan 2april nie dia nak balik kampung. tup2 kemalangan pulak. malang memang tak berbau kan?? pesanan khidmat masyarakat :: berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang tersayang.

p/s :: abang R tak pakai helmet ke time tu??

13 March 2011

kenapa orang yahudi tak minum coke.

 Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?  Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.



9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.

please stop drinking and buying coke.


  info nie aku dapat dari abang fadzli. thanks abang sebab email info nie. sangat berguna. :)

12 March 2011

d3100, d90. d7000..

   pertama sekali, mintak maaf banyak2 yer. aku tak dapat up pasal kenangan2 lalu dan sinopsis Cinta Fotografi. maaf sangat2. lagi satu, kepada member2 yang mesej kat nombor maxis dan digi tu, maaf sebab tak reply. bukan tak ada kredit, cuma agak malas untuk memegang telefon. maaf yer. mood aku memang agak tak menentu pada waktu nie. banyak sangat benda yang aku fikirkan. sekali lagi maaf yer. oh ya, pasal entri kali nie. korang tau kan apa benda tu? tu semua Nikon DSLR. yang aku idamkan selama nie. jom layann!!


  pagi tadi aku dengan family aku pegi kompleks karamunsing. plannya temankan mak aku cari baju. tapi aku ada agenda aku yang tersendiri. apakah?? huehuehue. on bluetooth, then searching. hahaha. jangan pikir bukan2 yer. aku pegi survey harga2 barang yang aku kehendaki. jeng3. hahaha. nie la senarai barang yang aku pegi survey tadi.
1. nikon d7000
2. nikon d90
3. nikon d3100
4. sony PSP



nikon d7000 - rm4988 (body+lens+beg+memory card 16gb+apa ntah tu) aku rasa berpatutan jugak harga dia. tapi tunggu aku dah ada kerja tetap la baru aku beli. sekarang nie masih lagi tunggu hasil penanaman anggur. hehehe. 




nikon d90 - rm3888 (body+lens+beg+memory card 16gb+apa ntah tu) wow! harga yang menarik .insyaALLAH kalau ada rezeki nanti aku rembat yang nie. mesti cun kan? hehehe. apa2 pun, aku memang nak jugak. :)




nikon d3100 - rm2188 (body+lens+beg+memory card 8gb+apa ntah tu) yang nie insyaALLAH akan aku rembat pada bulan jun nanti. nak beli yang mahal2 aku tak mampu. dapat nie pun kira oke la. budak baru belajar kan?? :)




sony psp - rm688 (seperti di atas) ada promosi. aku ingatkan nak rembat nie tadi. tapi dompet dengan mak aku. lupakan aje la. walhal aku dah save cukup2 untuk nie(takda la cukup2. ada la lebih sikit :P) aku memang gila game. tak tau la kenapa. hahaha .:D
  haa, yang 'apa ntah tu' aku memang tak ingat apa bendanya. sebab aku khusyuk main DSLR tu. sempat jugak la aku belagak jap. thanks ya abang kedai sebab layan saya merepek kat kedai boss abang. nanti saya datang beli. 


  oke la, aku check-check checkout dulu. wassalam . :)


p/s :: sama-samalah kita doakan kesejahteraan mangsa2 tsunami di jepun. dan kita yang selamat, ambil iktibar dari apa yang berlaku. :)

11 March 2011

merepek sebentar bersama along..

  oke semua. pengumuman penting!! tapi takde la penting sangat. hehe.. mulai 12mac2011, blog ini akan di update dua hari sekali. bukan apa, buat masa sekarang nie susah sikit nak bukak laptop. eh, bukan laptop,, blog nie. laptop hari-hari bukak sebab nak siapkan karya terbaru aku. oh ya, aku sekarang tengah runsing nie. runsing memikirkan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan. bila agaknya akan diumumkan ye? 14mac atau 23mac?? apapun, aku risau dengan result aku. lagi-lagi subjek Prinsip Perakaunan. aku memang tak boleh angkat subjek tu, tapi pihak sekolah berkeras jugak suruh ambil. bila di ingat balik sejarah perjalanan SPM aku nie, aku rasa panas je. geram dowh.. mana taknya, aku ada dapat tawaran ke Sekolah Teknik. cadangnya nak ambil Elektronik(Komputer) kat sana. tapi family tak bagi pegi pulak. terpaksa la aku sekolah kat Silabukan. masuk kelas 4seroja. ambil 10 subjek. bahasa melayu, bahasa inggeris, sains, matematik, sejarah, pendidikan islam, kesusasteraan melayu, prinsip perakaunan, ekonomi asas dan tasawwur islam. awal-awal lagi aku dah cakap yang aku tak boleh angkat subjek akaun, tapi cikgu cakap boleh. try dulu. setiap kali exam, subjek mate n akaun mesti failed. aku dah cakap, aku lemah dalam bab nie. tapi nak jugak suruh kan. haa.. tingkatan 4 n tingkatan 5, result exam aku memang teruk. selalu aja dapat top20. orang lain top10. ish3.. tapi ada benda yang aku suka. bila subjek english, aku selalu dapat markah yang agak memuaskan. hee.. time peperiksaan percubaan, keputusan aku gak oke la jugak. first time dapat masuk top10. satu benda yang tak best bila dapat top10 ialah cikgu-cikgu mula menaruh harapan. adehh, tu yang buat aku lemah semangat tu. dekat-dekat nak SPM tu, aku mula fokus. study mate dengan cikgu kelas lain sebab aku tak paham apa yang cikgu kelas aku ajar. Alhamdulillah, aku paham apa yang cikgu tu ajar. selain tu aku sempat jugak ulangkaji dengan sepupu aku yang belajar dekat SMK Tungku. lagi senang. paham sebab cara dorang mudah. untuk subjek akaun pulak aku belajar dengan cikgu Hanizah. siukk oii. boleh main dengan si hensem lagi. haha.. 


p/s :: kan best kan kalau doraemon tu betul2 ada.. :P


  next post :: kenangan-kenangan di sk silabukan dan smk silabukan..

09 March 2011

so syokkkkkkkk !!

  hari nie 08.03.2011 aku turun KK dengan kawan aku si Siti Nurul Suaida. jam 9 pagi abah huda hantar aku pegi bus-stop SK Kepayan. lepas tu dia cakap mesej si siti sebab takut aku menunggu sendiri. siti cakap pegi rumah dia. jadi abah huda hantar la aku pegi rumah dia di ganang. siap ja dia terus kami keluar. nda kasi mati tv lagi tu. hahaha. aku cerita part yang best jak la. kami pegi main game di CP. main timbak-timbak buss. hahaha. terbang duit 10ringgit. lepas tu main lagi. 10ringgit lagi terbang. pastu kami pegi todak-todak yang dekat hotel hyatt tu. kena belanja ice-cream lagi oleh kawan siti. lupa aku nama budak tu. aril ka alil tu. hahaha. lucu tu budak. nda lurus sebut 'R'. hahaha. uishh, mengutuk pulak aku. sorry.. lepas tu dapat call dari orang rumah. di suruh pegi CP. tapi kami masih lagi begambar-gambar di todak tu. hujan turun baru kami pegi CP. pegi lagi main game. tapi kali nie 5ringgit ja terbang. hehe.. kesiukan bah menimbak. haha. dekat jam 5 petang tu kena ambil dah aku dengan siti. bejalan la kami dengan family ku pegi karamunsing. lepas beli telefon, kami pegi makan. alamak, KFC lagi. boring dowh. kalau makan kat Nasi Ayam Singapura oke jugak. nie KFC. adehlaa. haha.. lepas hantar siti balik rumah, abah huda balik pegi lawas. dapat lagi duit. yahoo! haha..




  oh ya.. ada pulak nie aku mau cerita nie. pasal Budak Selayang. hehe.. hari tu dia ada call aku. aku pun jawab la. lepas tu dia cakap "dont speak. just hear what I wanna say." aku pun diam ja la. tapi dalam hati... haha. lepas tu aku dengar bunyi gitar. sah! budak nie nak nyanyi lagi. korang pernah dengar lagu Maaf Dari Hati nyanyian Sofaz? haa, lagu tu la yang dia nyanyi. nie lirik lagu tu. 

Puisi kasih yang kita ukir
Untukmu dan juga untukku
Masih tertulis tetap dihatiku
Walaupun sudah lama berlalu

Cinta kita masih segar dalam ingatan
Aku terlena dikala aku merinduimu
Memori cinta kita takkan ku lupakan
Terasa sentiasa bersamamu

[Korus]
Maafkan aku kerna tak telus
menduakan cinta hati sucimu
andainya aku bisa kembali
kan ku setia untuk selamanya

Usah kau risau setia cintaku
Kerna ku tahu kamu yang terbaik
Takkan bisaku bezakan dirimu
Kerna dirimu hanya untukku


  lepas dia nyanyi aku terus kasi off telefon aku. bukan apa, aku malas bah mau layan dia. bersyukur la sebab aku dah maafkan dia. tapi nak terima dia kembali tu memang tak la. bimbang sejarah lama berulang kembali. cukup la sekadar berkawan. andai ada jodoh antara kita, ada la tu. :)

  ouh ya, aku sekarang tengah tulis cerita baru. Cinta Fotografi tajuknya. nantikan cerita tersebut di sini ya. nak tahu sinopsis cerita tu? tunggu next post ya.
  oke la, aku check-check checkout dulu. wassalam

p/s :: Cinta Fotografi?? ehem-ehem, ade ape-ape maksud ke? jeng3..

01 March 2011

sorry dear .:(


    hmm .aku sedih la wei .handphone kesayangan aku dah tak ada .bukan hilang ,tapi mak aku ambil .huwaaaaaaaaaaaaa .aku sayang handphone tu oke .walaupun sekadar handphone sakkal-sakkal tapi dia dah banyak berjasa kat aku .lagipun handphone tu banyak sentimental value bah .ya la ,ak start pakai handphone tu tahun 2008 .dah dekat 3-4 tahun tu .tadi masa nak bagi aku rasa ragu-ragu jugak .tapi dah tak ada pilihan .aku terpaksa padam semua mesej-mesej yang ada kat situ .banyak mesej oke .mana yang aku mo simpan ,aku simpan .tadi memadam sampai 2000++ .banyak jugak kan .hahahaha .tapi yang paling aku tak maw padam adalah mesej dari si Pertapa Gatal .sebabnya aku suka baca mesej-mesej dia .hilang stress aku terus .hahaha .tapi sekarang dah takda .hmm ..takpa la ,nanti aku tengok gambar dia ja la .muka Pertapa Gatal comell oke .psst2 ,nanti belanja aku makan .aku dah puji ko nie .hahahaha .nak taw lebih tentang Pertapa Gatal ??tunggu next post yer .aku nak check-check checkout dulu nie .wassalam :)


p/s :: i miss you . :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...