12 April 2011

nak cari kayu.. nak cari kayu.. :D


    errr.. bukan nak cari kayu, tapi nak cari kerja. sementara tunggu tawaran ke IPT, aku rasa baik aku pegi keja. dapat jugak la cari pengalaman di samping dapat menambah duit poket aku. tapi aku tak tau la nak keja kat mana. kalau area LD, nak keja apa? jaga kedai kasut? keja kedai henpon? jadi sukuriti? erkk, sukuriti? mesti best kan. dapat guna walkie-talkie. “ejen 006, ejen 006. panggilan dari ejen 007. seorang pencuri hati berjaya di kesan. bertindak segera” hahaha.. kalau area Fajar, boleh keja apa? keja kedai roti? kedai runcit? keja kedai komputer? ailaikk keja kedai komputer. sebab nanti boleh dapat diskaun kalau nak beli barang. lagipun aku cadang nak beli laptop. nak sambung study payah bila guna notebook. dulu2 takpa la sebab sekolah lagi. hehehe.. kalau area Perdana, keja apa yang boleh? keja kat TBS? keja kat Hikmah? Servay tak bukak lagi. takkan nak keja bengkel? tapi oke jugak tu. dapat la aku belajar cara repair kereta. huu.. tiba2 aku teringat dekat kakak yang jual burger depan D-Mart Taman Aman 3 tu. sekarang dia dah tak jual burger kat situ. aku nak ambil alih boleh? jual burger. ALONG’S BURGER. perghhhh! best2. tapi den tak reti la nak buat burger tu. upah orang boleh tak? hehehe..
  err, dah lewat la. aku check-check checkout dulu yer. wassalam :)

p/s :: kau boleh kata apa yang kau suka,
         sebab aku buat apa yang aku suka,
        dan aku buat bukan untuk suka-suka.

10 April 2011

hariku bersamanya..

    siapakah?? tettttt!! dengan umie n ciedun la. hari jumaat bersamaan dengan 8april2011. macam biasa la, bangun pagi basuh muka bukak laptop. astro dah 4bulan tak bayo. jadi takleh layan riuh pagi era. hahaha.. then kejutkan si budak ciedun. ajak dia hang-out. busy katanya. tapi sayangnya, alasan anda tidak diterima sistem. hahaha.. then cakap kat dia pukul 8.45pagi aku gerak gi rumah dia. acah jer tu. mau pukul 9pagi jugak aku sampai kat rumah dia. berjalan la budak dua nie pegi tunggu bas. nak drive kereta f1 abah aku tapi lesen pulak takdak. alasan basi lagi. hahaha.. dalam pukul 9.30 gitu bas pun tiba. naik lah budak berdua itu dengan bangganya. sampai ja kat bandar terus gerak ke dewan masyarakat sebab dapat info yang geng uitm ada buat pendaftaran terbuka kat situ. sekali dorang pegi kunak daa. melepas lagi. haishhh.. terpaksa la gerak gi milimewa. tu kira port paling baekk la sebab LD nie mana ada shopping complex ko nak lepak. paling abis pun milimewa jer la. huhu.. then call umie. dia datang milimewa. pusing2 jap lepas tu keluar ikut langkah kaki. ntah ke mana ja bejalan. tup2 sampai kat wisma ramai2. masuk la ke sana. pegi tengok nombor. bukan nombor 4d tapi nombor telefon. alaa, simkad ler. digi punya. walaupun dah ada, gatai jugak kaki nie nak pegi sana. then kakak cashier tu mintak ajar cara pakai selendang macam aku tu. maka jadi la aku cikgu selendang kejap. dah settle ajar, kami keluar. tiba2 rasa macam bangang jer. tak sempat tengok apa pun kat wisma. then pegi makan kat rasareal cafe. motif pegi makan kat situ adalah nak online secara percuma. wi-fi free, laju pulak tu. dah siap order n bayar, pegi la cari port. port yang kurang meyakinkan sebab cermin dia clear. then bukak laptop, buat semakan permohonan ke ipta. perghhh, course yang di pilih memang cun. tak sangka aku boleh pilih course macam tu. lepas tu bukak web kuim sebab nak mohon untuk budak dua tu. then download lagu. dah settle semua, kami pun gerak ler pegi cc kat milimewa. masing2 online mukabuku. aku takpa, online free. korang kena bayar. hahaha.. pukul 3petang keluar sebab nak pegi port lepak aku ngan ciedun. tapi cuaca masih panas ler. jenjalan jap, tersinggah ke deli delite. aku macam biasa la, milo tabur. umie n ciedun order abc orang lemas. lepas tu pegi port kitorang. aku macam biasa akan panjat tembok dan bergambar. umie nak panjat tapi takut. ciedun jangan cakap la. aku yang naik tapi dia yang gayat. hahaha.. then turun ke batu2 kat situ. begambar lagi. dah puas begambar kitorang pun naik la. akiu nak naik senang ja. umie n ciedun yang payah. hehehe.. nak begambar lagi tapi hujan. terpaksa lari pegi ke stesen bas. sampai2 bas pulak takda. then call langgok. balikkkkk!!
  sekian saja post kali inie. aku check-check checkout dulu yer. wassalam :)

p/s :: line broadband kat tempat aku tak menentu so entri blog nie pun tak menentu ler. :P

07 April 2011

06april2011


    pagi tadi aku bangun awal sebab nak ke hospital. bukan sebab aku sakit tapi ambil ubat untuk tok aku. balik dari hospital aku singgah bandar. belanja barang rumah sikit. aku ringkaskan cerita sebab ada certain part tak boleh diceritakan. tettttt!! hahaha.. aku pegi dewan jumpa dorang umie n miedun. time tu aku ngan ciedun. sembang2 jap, then pegi makan. makan kat rumah atokk aka KFC. aku ngan umie pegi order, ciedun n miedun pulak pegi cari port. time aku ngan umie order makanan memang gylaa berabis la. kejap nak yang tu, kejap nak yang nie. dah settle order n bayar, kitorang pun menjejak kasih la cari budak yang dua lagi tu. first tu dorang amek tempat kat hujung. Sekali meja goyang daa. pindah tempat ler. nasib baekk tak makan lagi. kalau tak... hahaha.. kitorang stay kat rumah atokk sampai tangan naik pucat. punya rancak sembang. maklum ler, hampir empat bulan tak jumpa. suara jangan cakap la, bila dah empat orang bergabung sure kebaboooooom. then pegi bayar bill astro umie. kecoh dowh kat maybank. hahaha.. pegi milimewa jap on9 fb. terbang rm3.50. galak sangat nak on9 kan. tapi takpa la, hepi dowh on9 ngan member2. dah puas on9 kitorang naik atas jap. alamakk, dorang kira stok la. takleh la nak ushaa2 ‘kakak halkum’. hahaha.. then pegi fanika sebab miedun nak beli barang. aku plan nak bawak umie ngan miedun pegi tempat aku ngan ciedun selalu lepak. tapi jam dah menunjukkan waktu, terpaksa la lupakan. kitorang berpisah dekat stesen bas silabukan. tataa my bff. hari jumaat nie kita hang-out lagi yer. aku bawak pegi tempat aku ngan ciedun selalu lepak petang2 sambil makan angin. hahaha..
  wokey ler, aku check-check checkout dulu. wassalam :)

p/s :: layan lagu aishiteru. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...