25 December 2011

rindu saya eh?

assalamualaikum dan salam satu malaysia..


dulu masa kecik-2 kan, along selalu tengok bulan bintang.. tiap-2 malam mesti keluar gi tengok.. even malam tu takde bulan bintang, along tetap keluar tengok langit malam.. dan sampai sekarang along suka tengok langit malam.. kalau tak tengok along rasa rindu..

sampai ke satu saat di mana along terpaksa tinggalkan sahabat baik along, along cakap kat dia "Win, karang kalau kau rindu aku.. kau tengok la langit malam.. sebab aku pun ada sama masa tu.." Syazwina, sahabat along yang sama-2 buat jahat masa belajar silat..

bila bulan penuh, kitorang selalu terleka.. leka dengan keindahan ciptaan yang Esa.. sampai pukul tiga pagi kitorang masih duduk menghadap langit.. sorang kat kedah sorang lagi kat sabah.. jarak yang jauh namun masih dapat memandang bulan yang sama..

kini, Win dah tak ada.. along pandang langit malam tanpa teman.. tiada lagi perebutan untuk mendapatkan bintang paling terang.. tiada lagi teman untuk mengira berapa banyak jumlah bintang.. tiada lagi teman untuk sama-2 nyanyi lagu Aku dan Bintang.. 

kata bigboss :: hanya aku dan bintang, yang terindah.. :)

23 December 2011

take it or leave it..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

p/s :: gambar nie mampu menceritakan segalanya..

kata bigboss :: ku masih tertanya-tanya.. adakah itu yang sebaiknya?

22 December 2011

khas buatmu teman..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..



Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..

Aku terlihat insan yang keliru,
Air yang deras mencermin wajahku,
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…

Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering 
menghibur dengan gurauan…

 
Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mulam mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir…
Whoaaa.....hoaaaa...

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat  bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan….

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat  bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa,
Di hatiku………

kata bigboss :: rindu sangat-2 dekat member PLKN.. walaupun kita cuma dapat bersama selama 3minggu4hari, kita dapat belajar macam-2 tentang kehidupan.. miss all of you... T_T

saya sayang awak!!

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

 Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah...
Aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta...


kata bigboss :: layan gilerr lagu nie.. :)

wajah baru..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

perghh!! lama gilerr kot along tak jejakkan jari ke belog buruk along nie.. dah bersawang sana sini.. jenuh jugak nak bersihkan.. taadaa!! belog along dah berwajah baru.. tapi takde la cantik sangat macam belog korang.. belog along simple-2 je.. asalkan boleh jadi tempat luahan hati dah cukup la.. uhukuhukk

agak lama jugak kan along menyepi.. almaklum la, baru-2 nie along busy dengan minggu haluan siswa.. ecehh, dah jadi siswa ler youu.. tapi perangai tetap tak matang.. macam budak tadika pun ade.. ish-3, sabo je lahh.. along sekarang study kat Melaka.. ambik diploma je..

minggu depan kitorang dah start study.. risau jugak nie sebab barang-2 tak beli lagi.. pen ade sebatang je kot.. memang takde persediaan langsong nak sambung study nie.. tapi dalam hati memang dah niat nak belajar yer.. siap nekad nak dapat anugerah dekan wa cakap luu.. 

esok kitorang takde aktiviti.. jumaat pulak ade perjumpaan dengan fakulti.. nak bagi jadual kot.. petang tu budak-2 melaka memang dah plan nak balik kampung.. nampak gayanye along sorang je la yang tak balik.. ye la, kampung kat sabah nak balik cemane? sengal ape cuti tiga hari nak balik..

kata bigboss :: kesulitan hari ini adalah kemudahan untuk hari esok.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...