27 October 2012

ada cinta di hati..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera weii!!

pesli, patik nak ucapkan salam edul adha buat semua muslimin juga muslimat seluruh dunia.. semoga kita semua sentiasa di rahmatiNYA,.. aminn ya Rabb.. raya kali ni patik berada d Serendah.. Setinggi insyaALLAH minggu depan.. hahaha

tulusli, ada cinta dalam hati..
walaupun hanya sekali kita bersua, rasa cinta itu tetap ada..
 tak tahu.. perasaan tu datang tanpa dipaksa, hadir tanpa diduga.. 
perginya pasti tak terasa.. 

tulusli, ada cinta dalam hati..
 aku tahu, mustahil untuk kita bersua lagi.. 
namun aku tetap berharap..
 doaku tak pernah putus.. 
sentiasa ada buatmu sayang..

tulusli, ada cinta dalam hati..
walau kita berada di dunia berbeza..
semangatmu tetap ada..
memberi kekuatan pada diri..
memberi keyakinan untuk melangkah lagi..

tulusli, ada cinta dalam hati..
aku menyayangimu setulus hati..
aku mencintaimu seikhlas hati..
tenanglah dikau di sana..
kerana aku pasti akan menyusulmu jua..

tulusli, ada cinta dalam hati..
buatmu abah yang aku kasihi..

esok, 28oktober2012.. genap 10tahun abah pergi.. cepatnya masa berputar.. dah sepuluh tahun rupanya.. semoga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
  
“Jika mati anak Adam, maka putuslah segala amalnya. Kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, doa anak yang soleh, dan ilmu yang bermanfaat.” (Hadis Riwayat Muslim)

23 October 2012

eh, sape yg merajok ni?

Assalamualaikum.. salam sejahtera...


cuti semester dah bermula!! huhayyy!! hepi gilak.. tapi sedih pun ada jugak.. mana taknya, orang semua dah balik.. aku jugak yg stay sorang-2 kat kolej.. tapi insyaAllah esok aku berangkat pulang ke Kehhel.. dan seterusnya pulang ke Perak.. seminggu lepas tu aku balik semula ke Melaka.. huwarghh!! ape cerr ko ulang alik je ni.. tu la nasib bagi 'anak perantau' macam aku.. haha

nak balik Sabah, jabatan lambat nau bagi tiket.. terpaksa la merempat kat negeri orang buat sementara waktu.. nak balik Kedah aku takut.. kang tak pasal-2 punah harapan aku nak balik Sabah.. tapi yg penting sekarang ni adalah aku nak balik!! haha

okey, kembali ke topik asal.. haha.. lawak jugak bila aku ingat balik cerita pasal ni.. kenangan zaman sekolah dulu.. ingat nak merajok ngan KPK.. dia tegur aku tak layan.. dia belikan makanan aku bagi kat member aku.. dia bawak buku aku, aku jalan selaju yg mungkin.. tapi dua hari lepas tu dia dah tak buat dah.. tegur aku pun tak apatah lagi nak beli makanan n bawak buku..

selidik punya selidik punya selidik.. erk!! dia pulak yg merajok ngan aku.. sengal la KPK ni!! nak aje aku belasah dia tapi karang jatuh lak saham aku sebagai KPRSC.. last-2 dia jugak yg pujuk aku balik bila aku buat tak tahu kat dia.. hahaha.. hebat tak aku? tapi tu kenangan masa sekolah dulu.. sekarang? dia dah bahagia dengan miak pilihan dia.. aku hanya mampu doakan kebahagiaan korang.. korang pun doakan la jugak kebahagiaan aku.. hehe

kata bigboss :: zaman sekolah dulu aku antara pelajar wanted sebab comel sangat.. haha.. abaikan!!

22 October 2012

setelah sekian lama..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

walaweii.. dah lama tak update blog ni kan. bertahun dah kot bersara dari dunia blog ni.. tapi ntah macamana malam ni terasa macam nak update pulak.. url pun dah tukar dah.. dah jadik wanzoulkeef dah sekarang.. ringkasan nama aku la tu. haha

24 January 2012

leave it to Allah..

Assalamualaikum..

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata.
Mungkin aku .. mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku .. mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu.
I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.
Mungkin kita tak bersama di takdir-Nya,
Tak mengapa asal kau bahagia,
Biar aku .. mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku .. mencintaimu dalam diam atau pun bisu,
I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.
I’m sorry but I love you ..
 
selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita dalam keadaan teruji. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terkeliru. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terluka. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terkilan. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan tahap kesabaran kita menipis. dan selalunya orang yang kita sayang itulah yang hadir bila kita memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan..
 
kata bigboss :: dah lama tak update blog nie.

17 January 2012

benarkah dia?

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia..
 
walawehh!! dah lama along tak update blog.. wikiwiki.. busy bah sekarang.. assignment belambak kot. kot je la.. senonye ade tiga assignment je.. tapi tugasan mingguan tu yang belambak.. nak kena hantar sebelum cuti raya cina.. erk!! esok lusa tu.. tapi tak siap lagi.. mana dengan assignment english dok usha je nie.. aiyaiyaii! steady bohh! pelan-2 kayuh.. haha
tadi along ngan member-2 Fakulti Sastera & Sains Sosial semester satu pegi Seri Negeri, Ayer Keroh.. ada seminar pasal melaka.. 750 Tahun, Melaka Merentas Zaman.. kitorang gerak pada kolej pukul 7.00am.. sampai sana dalam pukul 8.30am gitu.. pastu dalam pukul 9.30am ketua menteri melaka pun sampai.. majlis dirasmikan sekali dengan pelancaran buku Laksamana Cheng Ho..

lepas tu seminar pun start.. sesi satu perbincangan pasal Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka.. dibincangkan oleh Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail (USM), Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM), Dr. Zulkanain Abd. Rahman (UM).. dan dipengerusikan oleh Prof. Emer. Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim.. naib canselor kitorang tu.. haha

petang pulak ada sesi dua dan sesi tiga.. dibincangkan oleh Yahaya Bakar, Dr. Arbaiyah Md. Noor (UM), Prof. Datuk Wira Dr. Abd. Latiff Abu Bakar (UPSI) ngan Dr. Mardiana Nordin (UM).. pukul 4.00pm, majlis selesai.. maka pulanglah semua peserta seminar yang terdiri dari pelbagai golongan.. cehh!

antara yang hadir ialah pelajar-2 MRSM, ILP, Kolej Komuniti, wakil-2 jabatan, guru-2 sekolah.. dan yang tak dilupa, pelajar-2 Kolej Universiti Islam Melaka.. nak jugakkk!! hehe.. gambar takde sebab along tak bawak camera tadi.. ada pun camera member.. dia dah tag kat mukabuku.. kalau nak tengok pegi la usha mukabuku along.. haha

kesimpulannya, melaka telah wujud hampir 750 tahun yang lalu lagi.. bermula pada tahun 1262.. berdasarkan kajian-2 yang dilakukan oleh Jabatan Sejarah Universiti Malaya, itu la yang dinyatakan.. dan sempat dibahaskan tentang subjek sejarah yang menjadi subjek lulus periksa dan diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah.. erk!

kata bigboss :: dah mula hafal lagu Melaka Maju Jaya.. walau hanya JAYA yang kuat dinyanyikan.. :p

wanita

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia..
 
 Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

07 January 2012

7 tahun dah berlalu..

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia..

hari nie 07.01.2012.. wahh!! dah 2012.. siapa sangka along yang dulunya putih melepak kini menjadi seperti manggis yang hitam manis.. oke, bukan tu topik utama akhbar hari nie.. dan along pun bukan nak up pasal topik utama akhbar.. along cuma nak up kisah tujuh tahun lepas.. ya, tujuh tahun lepas..

masa tu along baru darjah enam.. baru lima hari sesi persekolahan bermula.. di hari jumaat yang mendung.. along taknak pegi sekolah.. sebab masa tu arwah wan tengah sakit.. along memang taknak pegi sebab nak jaga arwah wan.. tapi arwah wan cakap pegi la sekolah.. rugi kalau tak pegi.. nanti tak boleh jadi budak pandai..

along pun bersiap la pegi sekolah.. pukul 7.25pagi, along tengah belajar subjek Bahasa Malaysia.. time tu cikgu Sabariah yang mengajar.. kitorang kena buat satu ringkasan cerita leftenan Adnan berdasarkan teks dalam buku.. tengah along dok rangka jawapan, along nampak jiran along lalu.. along kan dok tepi tingkap.. so senang nak usha kat luar..

dia pegi jumpa cikgu Sabariah, bagitau yang dia nak bawak balik along sebab Pak Lah meninggal.. masa tu kaki along memang menggigil habis.. patut la hati meronta takmau pegi sekolah, rupanya arwah wan benar-2 pergi tinggalkan along pagi tu.. mujur along sempat salam arwah wan sebelum along pegi sekolah..

dalam perjalanan balik ke rumah tu, along basah kuyup.. sebab hujan, jiran along pulak bawak motor gi amek along.. sampai rumah, along terus mandi.. salin baju dan terus pegi baca Yaasin.. masa tu rumah memang penuh.. makcik along yang dekat Perak call kat rumah.. along jawab tapi along tak bagi tau benda sebenar.. along bagi tok yang cakap..

sepanjang hari tu, cuaca mendung dan bumi disirami dengan titisan-2 air hujan.. lepas solat jumaat, arwah wan dibawa ke tanah perkuburan islam untuk dikebumikan.. melihat arwah wan dimasukkan ke liang lahat, along sedih.. sebab along tau lepas nie along dah tak ada wan lagi.. orang yang along anggap sebagai ayah along.. orang yang memanjakan along sejak dari kecil.. orang yang memberi sepenuh kasih sayang kepada along..

balik dari tanah perkuburan, keluarga ayah tiri along sampai.. dorang bagitau yang kat tempat dorang pun ada orang meninggal.. dan orang yang meninggal itu adalah datuk along.. pedih rasa hati bila kehilangan kedua-dua orang datuk pada hari yang sama.. tiada lagi tempat untuk along menumpang kasih seorang ayah.. walaupun along jumpa datuk along hanya dua-tiga kali..

sehingga ke hari nie, along terdengar suara arwah wan ajar along mengaji.. terdengar panggilan mesranya.. arwah wan suka panggil along dengan nama 'adek'.. dia tak pernah panggil along dengan nama along.. arwah wan ajar along macam-2.. dia ajar along tangkap ikan, pikat burung, buat atap nipah, mengaji, tulis jawi.. macam-2 la.. 

kata bigboss :: semoga wan dan atok ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. aamin..

05 January 2012

shoot the photoshoot..

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia..


yezza!! gambar member-2 kelas along untuk semester satu nie.. best kan? ada enam orang je dak laki dalam kelas nie.. selebihnya mosti la gegurl.. nie bukan gambar yang di'snap' oleh abang photog, nie gambar yang kak achu snap guna camera cabuk along.. after touch-up, jadi la macam nie.. haha

gambar-2 yang abang photog tu snap akan di haplod bila dah dapat soft-copy dia.. cehh, rojak je bahasa.. mentang laaaa.. haha.. siapa rasa diri dia tererr, cer cari along kat mana dalam gambar nie.. sapa jumpa along bagi kitkat.. hehe

kata bigboss :: happy gilerr time potosut tadi.. :D

03 January 2012

musafir di bumi cinta..

assalamualaikum.. salam satu malaysia..

Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah
Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya
Barangkali ini bukan tempat terakhir
Aku harus terbang pergi dalam derita..

Di saat ini ketika ini
Mana temanku dulu memayungku
Hati bersedih sekelip mata
Hilang semuanya sebatang kara

Baru kini aku sedar letak diriku
Musafir lara berkelana dalam ujian
Aku musafir
Di bumi cinta
Yang sedang luka bergelora
Tanpa perlindungan di lambung badai
Di pukul resah entah kemana

Aku ini bukan malang bukan terbuang
Sebenarnya aku dalam persimpangan jalan hidupku
Ku berdoa pengakhiran hidup biar tenteram
Walau telah jenuh
Aku lewati onak ranjau lembah bara
Datang dan pergi terjatuh, tersadung lalu bangkit semula
mencariNya

Kepadamu
Padamu jua
Aku berserah
Oh..Tuhanku

kata bigboss :: Musafir Rawan by Fitri Haris..

02 January 2012

miss you guys..

assalamualaikum.. salam satu malaysia..


nie gambar lama sebenarnya.. gambar tahun 2010.. tahun along duduki peperiksaan SPM.. nie la kawan-2 kelas along.. kelas 5semarak.. perghh!! gahnye nama kelas kitorang.. hehe.. ada lagu pulak tu..
semarak impian
segunung harap di pulang
usah diragukan keupayaan diri

 nie pulak gambar kawan-2 PLKN along.. tak semua along dapat masukkan sebab line slow..

2011 dah berlalu.. meninggalkan banyak coretan dalam diari hati.. suka, duka, tangis, tawa.. semua ada.. tak satu pun yang tertinggal.. melengkapkan lagi rencah kehidupan seorang insan.. memberikan ketabahan dan kekuatan kepada diri..

januari - april 2011 :: along stay kat Kota Kinabalu.. biasa la budak-2 lepasan SPM, semua nak cari kerja.. tapi along tak.. along saja ja dok rumah mak.. menghabiskan beras dea.. hehe.. tiap-2 minggu along akan turun ke bandar Kota Kinabalu bersama bestfriend along dak ct..
april - september 2011 :: kembali semula ke tempat along dibesarkan.. Lahad Datu.. sempat pegi Semporna untuk menyaksikan sambutan regatta lepa-2.. bulan Jun, along masuk ke SMK Agaseh bagi menyambung tingkatan enam.. rekod baru tercipta di mana along cuma hadir dua hingga tiga hari seminggu.. dapat surat amaran sebab tak siapkan kerja sekolah.. gilerr nakal aku time tu.. sebab memang taknak masuk.. tapi terpaksa ikut kehendak keluarga..

september - oktober 2011 :: along ke Kem PLKN Bagai Budi Resort, Sandakan.. yeah!! the best memory ever.. walaupun along cuma sempat berada di kem selama lebih kurang empat minggu, along tetap suka.. sebab along dapat ramai kawan.. along dapat pelajari banyak benda baru.. oktober 2011, along putuskan untuk berhenti dari tingkatan enam.. tiada halangan dan tiada paksaan.. alhamdulillah.. 23 oktober, along berangkat ke Penang.. mak kena tukar ke penjara seberang perai.. follow aje la.. tiket free.. haha

oktober - disember 2011 :: hidup di Penang memang boring.. sebab along takde member nak outing.. asik terperap je kat rumah.. dah ler takde tv, harap radio je la jadi penyampai maklumat.. kalau tak memang kompem la along hidup umpama dalam gua.. sebab taktau apa-2 berita semasa.. bila mak cuti, kitorang balik kedah.. the best part is berbasikal di waktu petang.. hobi tu.. haha

disember - sekarang :: 12 disember, along mendaftar sebagai pelajar baru di salah sebuah kolej di Melaka.. diploma kaunseling jadi pilihan along.. dah hampir sebulan berada di Melaka, dah banyak jugak duit yang keluar.. biasalah, pelajar baru memang macam tu.. sewaktu minggu haluan siswa, kitorang bernasib baik sebab tak kena raging dengan senior.. 

kata bigboss :: nie baru ringkasan.. kalau lebih detail mau patah jari along menaip.. hehe

01 January 2012

silence is gold..

assalamualaikum.. salam satu malaysia..

 
senyap.. sunyi.. sepi.. 
orang akan kata ianya amat membosankan.. namun bagi diriku, ia merupakan satu titik inspirasi.. dengan berdiam diri, aku dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas.. dengan berdiam diri, aku dapat mengenal sesuatu dengan lebih tenang.. 

benar, aku kurang berbicara.. aku kurang bersuara.. aku kurang berkata-kata.. kerana aku lebih selesa untuk menjadi pendengar.. aku hanya bersuara bila aku merasakan yang diriku patut untuk bersuara tika itu.. sekiranya tidak, berdiam diri adalah lebih baik..

mungkin akan ada yang mencerca diriku.. mengata tentang diriku.. katalah apa saja.. sombong, berat mulut, angkuh.. apa saja.. aku terima dengan terbuka.. kerana aku lebih kenal akan diriku.. kerana aku lebih tahu akan perihalku..

kata bigboss :: maaf atas penggunaan kata 'aku'. entri pembukaan sedikit 'sengal'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...