17 January 2012

benarkah dia?

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia..
 
walawehh!! dah lama along tak update blog.. wikiwiki.. busy bah sekarang.. assignment belambak kot. kot je la.. senonye ade tiga assignment je.. tapi tugasan mingguan tu yang belambak.. nak kena hantar sebelum cuti raya cina.. erk!! esok lusa tu.. tapi tak siap lagi.. mana dengan assignment english dok usha je nie.. aiyaiyaii! steady bohh! pelan-2 kayuh.. haha
tadi along ngan member-2 Fakulti Sastera & Sains Sosial semester satu pegi Seri Negeri, Ayer Keroh.. ada seminar pasal melaka.. 750 Tahun, Melaka Merentas Zaman.. kitorang gerak pada kolej pukul 7.00am.. sampai sana dalam pukul 8.30am gitu.. pastu dalam pukul 9.30am ketua menteri melaka pun sampai.. majlis dirasmikan sekali dengan pelancaran buku Laksamana Cheng Ho..

lepas tu seminar pun start.. sesi satu perbincangan pasal Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka.. dibincangkan oleh Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail (USM), Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM), Dr. Zulkanain Abd. Rahman (UM).. dan dipengerusikan oleh Prof. Emer. Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim.. naib canselor kitorang tu.. haha

petang pulak ada sesi dua dan sesi tiga.. dibincangkan oleh Yahaya Bakar, Dr. Arbaiyah Md. Noor (UM), Prof. Datuk Wira Dr. Abd. Latiff Abu Bakar (UPSI) ngan Dr. Mardiana Nordin (UM).. pukul 4.00pm, majlis selesai.. maka pulanglah semua peserta seminar yang terdiri dari pelbagai golongan.. cehh!

antara yang hadir ialah pelajar-2 MRSM, ILP, Kolej Komuniti, wakil-2 jabatan, guru-2 sekolah.. dan yang tak dilupa, pelajar-2 Kolej Universiti Islam Melaka.. nak jugakkk!! hehe.. gambar takde sebab along tak bawak camera tadi.. ada pun camera member.. dia dah tag kat mukabuku.. kalau nak tengok pegi la usha mukabuku along.. haha

kesimpulannya, melaka telah wujud hampir 750 tahun yang lalu lagi.. bermula pada tahun 1262.. berdasarkan kajian-2 yang dilakukan oleh Jabatan Sejarah Universiti Malaya, itu la yang dinyatakan.. dan sempat dibahaskan tentang subjek sejarah yang menjadi subjek lulus periksa dan diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah.. erk!

kata bigboss :: dah mula hafal lagu Melaka Maju Jaya.. walau hanya JAYA yang kuat dinyanyikan.. :p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...