10 April 2011

hariku bersamanya..

    siapakah?? tettttt!! dengan umie n ciedun la. hari jumaat bersamaan dengan 8april2011. macam biasa la, bangun pagi basuh muka bukak laptop. astro dah 4bulan tak bayo. jadi takleh layan riuh pagi era. hahaha.. then kejutkan si budak ciedun. ajak dia hang-out. busy katanya. tapi sayangnya, alasan anda tidak diterima sistem. hahaha.. then cakap kat dia pukul 8.45pagi aku gerak gi rumah dia. acah jer tu. mau pukul 9pagi jugak aku sampai kat rumah dia. berjalan la budak dua nie pegi tunggu bas. nak drive kereta f1 abah aku tapi lesen pulak takdak. alasan basi lagi. hahaha.. dalam pukul 9.30 gitu bas pun tiba. naik lah budak berdua itu dengan bangganya. sampai ja kat bandar terus gerak ke dewan masyarakat sebab dapat info yang geng uitm ada buat pendaftaran terbuka kat situ. sekali dorang pegi kunak daa. melepas lagi. haishhh.. terpaksa la gerak gi milimewa. tu kira port paling baekk la sebab LD nie mana ada shopping complex ko nak lepak. paling abis pun milimewa jer la. huhu.. then call umie. dia datang milimewa. pusing2 jap lepas tu keluar ikut langkah kaki. ntah ke mana ja bejalan. tup2 sampai kat wisma ramai2. masuk la ke sana. pegi tengok nombor. bukan nombor 4d tapi nombor telefon. alaa, simkad ler. digi punya. walaupun dah ada, gatai jugak kaki nie nak pegi sana. then kakak cashier tu mintak ajar cara pakai selendang macam aku tu. maka jadi la aku cikgu selendang kejap. dah settle ajar, kami keluar. tiba2 rasa macam bangang jer. tak sempat tengok apa pun kat wisma. then pegi makan kat rasareal cafe. motif pegi makan kat situ adalah nak online secara percuma. wi-fi free, laju pulak tu. dah siap order n bayar, pegi la cari port. port yang kurang meyakinkan sebab cermin dia clear. then bukak laptop, buat semakan permohonan ke ipta. perghhh, course yang di pilih memang cun. tak sangka aku boleh pilih course macam tu. lepas tu bukak web kuim sebab nak mohon untuk budak dua tu. then download lagu. dah settle semua, kami pun gerak ler pegi cc kat milimewa. masing2 online mukabuku. aku takpa, online free. korang kena bayar. hahaha.. pukul 3petang keluar sebab nak pegi port lepak aku ngan ciedun. tapi cuaca masih panas ler. jenjalan jap, tersinggah ke deli delite. aku macam biasa la, milo tabur. umie n ciedun order abc orang lemas. lepas tu pegi port kitorang. aku macam biasa akan panjat tembok dan bergambar. umie nak panjat tapi takut. ciedun jangan cakap la. aku yang naik tapi dia yang gayat. hahaha.. then turun ke batu2 kat situ. begambar lagi. dah puas begambar kitorang pun naik la. akiu nak naik senang ja. umie n ciedun yang payah. hehehe.. nak begambar lagi tapi hujan. terpaksa lari pegi ke stesen bas. sampai2 bas pulak takda. then call langgok. balikkkkk!!
  sekian saja post kali inie. aku check-check checkout dulu yer. wassalam :)

p/s :: line broadband kat tempat aku tak menentu so entri blog nie pun tak menentu ler. :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...