28 March 2011

kau memaksa aku dipaksa..


    Perghh!! Agak tak boleh blah tajuk post kali nie. Main paksa2 gitu. Hahaha.. Tapi serius la, aku memang tekanan bila di desak macam nie. Tak tahan wei. Ya la, siapa yang suka dipaksa kan?? Kita pun ada jugak keinginan sendiri. Hei, kita baru kenal yer. Jumpa pun tak dah nak pandai2 paksa aku. Kan aku dah cakap aku fikir dulu. Lagipun parents aku belum tentu akan setuju kalau aku bagitahu. Yang kau pun bawak2 la bersabar. Tak ke mana jugak tu kalau memang dah ditetapkan olehNYA. Sehari sampai dua-tiga kali call. Asyik tanya benda yang sama. Boring la wei. Kalau kau mesej pun benda yang sama jugak kau akan tanya. Adehh, kang aku tolak kang padan muka kau.. Korang jangan salah faham yer. Aku sebenarnya tengah geram dengan seseorang dari sebuah kolej nie. Dia asyik call suruh mendaftar kat kolej dia. Aku bukan la tak mau, tapi tunggu dulu la. Kot2 ada tawaran dari IPG ke, UPSI ke.. Tercapai jugak la nanti cita2 aku nak jadi pendidik. Kalau pun tak ada tawaran dari dorang, aku tengok la tawaran lain. Universiti ke, poli ke.. Oke jugak tu. Kalau dah tak ada pilihan...mungkin aku akan pergi kolej kau tu. Hahaha.. Aku betul kan? Aku ada hak untuk buat pilihan. :)

    Oh ya, aku sebenarnya nak sekeh2 kepala sorang budak nie. Betul2 buat aku tekezut tadi. Nak tau apa ceritanya?? Camnie haa.. petang tadi dalam pukul dua gitu abang amiey mesej aku. Dia suruh call. Ada hal penting katanya. Aku pun call la. Haa, nie perbualan kiteorang tadi.

aku :: Assalamualaikum. Pehal bang?
amiey :: Waalaikumussalam. Dek, abang ada benda nak tanya nie. Jawab jujur tau.
aku :: (aishh, pehal pulak nie??) insyaALLAH saya jawab jujur. Apa dia?
amiey :: Jujur tau?
aku :: Ya bah, jujur. Kenapa?
amiey :: Bagi abang resepi air masak kicap. (dengan nada serius pulak tu. Huh!)
aku :: Hah? (agak terkezut. Aku salah dengar ke?)
amiey :: Resepi air masak kicap. Cepat la. Nak masak nie. (masih la serius)
aku :: Kau oke ka nie bang? Mana ada air masak kicap. (tenang lagi. Kunun la)
amiey :: Takde eh? Ingatkan ada. (gelak macho walaupun hancho)
aku :: Sengalllllllllll.. (hanya itu yang mampu aku katakan)
amiey :: Aku sengal sikit jer. Ko tu sengal banyak dek. Mental!!
aku :: Ko tu bapakk sengal, bapakk mental, bapakk senget. (gelak puas hati)
amiey :: Ek? Ohh. (lagi menunjukkan kesengalannya)
aku :: Dah la. Aku busy. Blah dulu. Assalamualaikum.
amiey :: Wokey boss. Waalaikumussalam.
    Terkono den. Kurang garam sungguh dak fahmi nie. Nasib baik la aku hormat kau. Sebab kau orang tua. Hahaha..
    Wokey la, aku check-check checkout dulu. Wassalam 

p/s :: dalam kesibukan, masih sempat menghitung hari. Esok ,lusa.. Khamis balik LD. Huhayy!!

1 comment:

Nuolatiem :) said...

hahahaahahah...lawak^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...