10 July 2011

barah ke kanser??

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

penat hoi.. penat penat penat.. ingatkan hari minggu nie dapat la lepak kat rumah. tapi tak dapat jugak. kena bawak tok gi klinik. demam tak baik walau dah dekat seminggu. lepas tu doktor bagitau yang tekanan darah tok naik. 150 bawah 90. tu yang doktor cakap. along tak tau pun macamana nak agak tu. hehe.. kencing manis tok pun naik jugak. 21 apa ntah tu. lagi dua minggu kena pegi klinik tu lagi. sahih la ahad minggu minggu depan along tak boleh nak rehat.

pagi tadi Kak Ida call. dia nak balik sabah hari nie. dan alhamdulillah tengah hari tadi dia dah sampai kat KKIA. dia balik sebab nak tengok mak ngan ayah dia yang tengah sakit. di samping itu, dia nak tengok tok yang dah lama dia tak jenguk. Kak Ida nie kak sepupu along sebenarnya. hehe.. dekat KKIA tadi cu yang ambik dia. esok dia balik Lahad Datu. dan akan stay kat rumah along. berangan la along ada rumah. haha..

oke, cerita pasal title entri tu. tadi along ikut jiran along pegi klinik tu. dia tanya la keadaan maklong macamana. tok pun cerita la. kata yang maklong dah keluar dari hospital. tapi kena pegi cuci luka tu setiap hari. 18haribulan pulak kena masuk semula ke hospital. sekarang doktor tengah kaji sampel daging tu. along pun sebok jugak nak bercerita. along pun cakap la "iya, mau di tengok dulu sakit apa tu. mana tau barah ka? kanser ka? kan pacik?"


"along, kanser dengan barah tu ndak sama ka?" tanya pakcik tersebut.. tersedar akan kesilapan itu, along pun dengan pantas la mengcover keadaan. "eh, sama bah pacik. saya sengaja ja tu. mau tengok pacik tau ka ndak.." 


adoii.. malu sebijik. pengajaran yang along dapat ialah jangan menyampok bila orang tua bersembang. haha


kata bigboss :: esok nak sekolah ke tak?? hehe

2 comments:

Miss Y and Her World said...

ehehehe. ya, barah dan kanser tu sama. kikikiki. comelnye lah kamu ni ;)

Muka Macam Kau? Sorry, Aku Tak Pandang
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

along_wanie said...

ingatkan tak sama. melayu pun sebut kanser. hehe.. erkk. comel?? hiuhh. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...