Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

11 July 2011

tip beraya di rumah sahabat..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

along saja bagi tips pasal raya. kan tak lama lagi umat islam akan berpuasa. lepas tu kompem la raya kan. kalau dah raya mesti nak pegi zoo kan? eh, pegi rumah keluarga dan sahabat handai. dan ada yang pegi open-house wakil rakyat. nie along nak bagi tip nie. korang amalkan la ye. baik untuk kesihatan jugak.

mintak izin dulu
- sebelum korang berkunjung ke rumah dia mintak la izin dulu. korang call la dia. kalau malas nak bercakap korang sms je. kalau prepaid takde korang guna la alternatif lain. macam burung merpati. haha
jangan bawa rombongan
- mentang-mentang la open-house korang pakat bawak satu kampung la. baekk punya ajak. cer korang bayangkan kalau makanan yang di sediakan tuan rumah tak cukup. sebab kerabat korang ramai sangat. tak ke haru??
bertemu tuan rumah
- seeloknya korang pegi la jumpa tuan rumah. salam dengan seluruh ahli keluarga dia. kot2 la tercalon jadi menantu. kan ke elok tu??
jaga penampilan
- pakai la pakaian yang sesuai. kan hari raya, so baik korang pakai baju kurung. sopan sikit kan. jangan pulak pakai pakaian yang spisis tak cukup kain. masalah pulak nanti.
jangan gelojoh
- makan dengan sopan oke. walaupun korang dah kebulur, sopan la sikit. jangan jadi bahan umpatan orang lain.
menjaga masa
- jangan la dok lama sangat kat majlis orang. cukup la setengah jam hingga sejam. 
tips nie di datangkan khas dari majalah Dara.Com.

kata bigboss :: yeay, puasa. dalam hati (yeay, raya..)

04 July 2011

kekasihku tak ambil peduli...

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  sepatutnya along up entry nie malam tadi. tapi kampung along black-out pulak. notebook memang sah2 takda bateri. so along tebus balik dengan menge-upkan (bm down) entri tu pagi nie. 

  korang mesti tensen kan bila dapat kekasih yang 'sengal'?? apa benda yang korang buat dia macam no feeling je. sampaikan korang terlantar kat hospital pun dia cuma cakap korang demam biasa. geram kan? so, macamana kita nak tangani kekasih spisis sengal nie? tinggalkan je atau ada cara lain? ada cara sebenarnya. jom layan!!

*berbicara dari hati ke hati
  - selalunya spisis macam nie susah sikit nak bawak bincang. sebab dalam kepala otak dorang penuh dengan perkara lain. tapi cara yang terbaik adalah bawak dia bincang. pastikan dia denagr apa yang korang cakap. kalau boleh suruh dia ulang ayat korang. 

*buat dia cemburu
  - cara nie senang tapi risiko tinggi la. tapi dengan cara nie kompem dia akan buka mata seluas luasnya lepas tengok apa yang jadi. korang upah la member korang untuk jadi kekasih gelap. rajin2 kan diri keluar ngan kekasih gelap korang tu. kalau boleh gi lepak kat tempat kekasih korang tu. kompem dia akan terbakar la.

*kad dengan kata sindiran
  - korang pernah bagi hadiah kat dia tanpa sebab tak? kalau tak pernah elok sangat la tu. cuba korang bagi hadiah kat dia. plus kad ye. nanti kat atas kad tu korang tulis la sikit kata2. mesti dia terkejut tahap cipan jumpa tenuk. 


kata bigboss :: hari nie busy sikit. assignment banyak tak siap. esok dah nak hantar. adoii..

26 June 2011

nak ngorat ke??


Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  Oke, along nak kongsi sikit dengan korang nie. along nak kongsi tips untuk memulakan perkenalan. sesuai untuk wanita. sebab lelaki sekarang dah pandai jual mahal kan? juga sesuai untuk lelaki sebab wanita laaaaaaaagi jual mahal. oke, bukan jual mahal la. pemalu sebenarnya. hati dah berkenan tapi malu pulak nak cakap. takut kena reject kot. tapi apa salahnya mencuba. tak rugi pun. kot2 la berpeluang. oke, jom kita mulakan.

Buat Homework
*pastikan korang kenal dirinya. bukan sekadar nama, umur dan tempat kerjanya. korang kena la ambil tahu tentang aktiviti kegemarannya dan tempat yang dia selalu lepak. semua nie dapat membantu korang. kot2 la korang ada jodoh, mesti dia happy dengan usaha korang.

Bangkitkan Memori
*korang selalu terserempak dengan dia? kalau betul la kan, ini memang peluang keemasan korang. bagi sikit aura korang kat dia. titik beratkan soal imej dan penjagaan diri. tapi ingat, jangan sampai terdedah aurat korang. bahaya dah tu.

Beranikan Diri
*kalau korang terserempak dengan dia lagi, korang try la tegur. tapi dengan cara sopan la. bagi salam dulu. no respon? jangan risau. dia segan lagi kot. ye la, first time korang tegur kan?

Lebih Sensitif
*kali pertama keluar date dengan dia? oke, jangan puji anggota badan dia. kang dia ingat korang nie GS pulak. korang tanya la khabar dia. cakap dengan sopan k. jangan gabrah sangat. korang cerita pasal hobi dia yang korang dah kaji tu.

Pesona Misteri
*jangan bagitau pasal diri korang dengan lengkap. berpada-pada dan biar dia mencari jawapan. ala2 teka-teki gitu. konon2 korang nak cabar dia la.

Beri Perhatian
*fokus pada setiap perbualan. dan balas secara spontan jika perlu. korang kena jawab dengan yakin supaya dia tau yang korang nie seorang yang berilmu dan susah untuk di tipu.

Tak Mudah Putus Asa
*dia tolak pelawaan korang? takpa. korang relaks dulu. jangan desak dia. pastikan yang korang dan dia masih boleh bersahabat. kalau memang dia jodoh korang, jangan risau. dia pasti milik korang.

  Oke, tips tu along dapat dari majalah Dara.com. tapi along dah ubah ayat dia sikit2. along teringat satu ayat yang berbunyi..
“kalau kita sayangkan seseorang tu, lepaskan dia. kalau dia kembali pada kita maka dia adalah milik kita. jika tak, relakanlah pemergiannya..”
Ayat nie agak popular jugak la. bila member2 along putus cinta, ayat nie la diorang akan dengar. haha.. oke, tak ada niat nak berjiwang malam nie. tapi tadi terbelek majalah tu. along pun share la dengan korang. nanti along up lagi tips2 yang lain k.

kata bigboss :: selamat berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...