26 June 2011

nak ngorat ke??


Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  Oke, along nak kongsi sikit dengan korang nie. along nak kongsi tips untuk memulakan perkenalan. sesuai untuk wanita. sebab lelaki sekarang dah pandai jual mahal kan? juga sesuai untuk lelaki sebab wanita laaaaaaaagi jual mahal. oke, bukan jual mahal la. pemalu sebenarnya. hati dah berkenan tapi malu pulak nak cakap. takut kena reject kot. tapi apa salahnya mencuba. tak rugi pun. kot2 la berpeluang. oke, jom kita mulakan.

Buat Homework
*pastikan korang kenal dirinya. bukan sekadar nama, umur dan tempat kerjanya. korang kena la ambil tahu tentang aktiviti kegemarannya dan tempat yang dia selalu lepak. semua nie dapat membantu korang. kot2 la korang ada jodoh, mesti dia happy dengan usaha korang.

Bangkitkan Memori
*korang selalu terserempak dengan dia? kalau betul la kan, ini memang peluang keemasan korang. bagi sikit aura korang kat dia. titik beratkan soal imej dan penjagaan diri. tapi ingat, jangan sampai terdedah aurat korang. bahaya dah tu.

Beranikan Diri
*kalau korang terserempak dengan dia lagi, korang try la tegur. tapi dengan cara sopan la. bagi salam dulu. no respon? jangan risau. dia segan lagi kot. ye la, first time korang tegur kan?

Lebih Sensitif
*kali pertama keluar date dengan dia? oke, jangan puji anggota badan dia. kang dia ingat korang nie GS pulak. korang tanya la khabar dia. cakap dengan sopan k. jangan gabrah sangat. korang cerita pasal hobi dia yang korang dah kaji tu.

Pesona Misteri
*jangan bagitau pasal diri korang dengan lengkap. berpada-pada dan biar dia mencari jawapan. ala2 teka-teki gitu. konon2 korang nak cabar dia la.

Beri Perhatian
*fokus pada setiap perbualan. dan balas secara spontan jika perlu. korang kena jawab dengan yakin supaya dia tau yang korang nie seorang yang berilmu dan susah untuk di tipu.

Tak Mudah Putus Asa
*dia tolak pelawaan korang? takpa. korang relaks dulu. jangan desak dia. pastikan yang korang dan dia masih boleh bersahabat. kalau memang dia jodoh korang, jangan risau. dia pasti milik korang.

  Oke, tips tu along dapat dari majalah Dara.com. tapi along dah ubah ayat dia sikit2. along teringat satu ayat yang berbunyi..
“kalau kita sayangkan seseorang tu, lepaskan dia. kalau dia kembali pada kita maka dia adalah milik kita. jika tak, relakanlah pemergiannya..”
Ayat nie agak popular jugak la. bila member2 along putus cinta, ayat nie la diorang akan dengar. haha.. oke, tak ada niat nak berjiwang malam nie. tapi tadi terbelek majalah tu. along pun share la dengan korang. nanti along up lagi tips2 yang lain k.

kata bigboss :: selamat berjaya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...