17 June 2011


Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  Huihh! lama gila tak update blog. semalam along demam. langsung tak boleh bangun. telan panadol 12bijik, akhirnya lega la jugak. tapi selsema masih ada. tekak pun masih sakit. oke, along dah nak masuk form-six. letih dowh mengatur segala benda tadi.

  Mana taknya, tempat bayar yuran lain2. yuran sekolah bayar kat pejabat am, yuran PIBG kena bayar dengan cikgu apa ntah tadi tu. yuran koperasi pulak bayar kat cikgu Penny. pening kepala dok cari cikgu2 yang berkaitan. dah selesai semua urusan pembayaran, kena pegi ambil buku pulak. adoii, along dah tak larat dah. demam2 jalan bawah panas terik pulak. settle semua sekali, along turun lagi ke LD. pegi Toko Buku Sabah beli pen sebatang. balik rumah! lega rasa bila dah naik. ganti baju then update blog.

  Along agak kurang faham dengan sistem sekolah baru along nie. kalau sekolah along dulu senang ja. yuran bayar kat satu tempat . borang SMM pulak isi kat bahagian penjaga ja. sebab along memang dok dengan tok. maklumat  mak tak perlu dah nak isi. yang nie kena isi semua. adoii! Letih bro. tapi apa boleh buat, dah syarat dorang macam tu. turutkan aje le. kang tak dilayan kang tak boleh masuk pulak. 

  tadi along berselisih dengan dak amiey. tertanya2 jugak apa hal dia datang LD nie. nak call tapi along ingat hari nie hari jumaat. sure dia pegi solat. handphone pulak mesti dia tak bawak. tup2 dalam pukul 1.30petang amiey call. nak ajak lepak katanya. err, sorry bro. aku dah sampai rumah la. along tanya kat dia kenapa datang LD. rupanya dia kawankan Fakhrul. bakal abang ipar Fakhrul masuk wad. amiey kata kesian jugak dekat abang khai. ye la, selalu dia tolong kitorang. pegi ronda2 Tawau hari tu pun dia yang belanja. makan, minum, hotel. siap kasi duit poket lagi. 

kata bigboss :: semoga abang khai cepat sembuh. aamin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...