09 June 2011

along dah kembali..

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  Along dah kembali. hehe.. TERawal dari tarikh yang sepatutnya. semuanya broadband punya pasal la. tetiba pulak oke. hari tu meragam bagai nak rak. la nie bukan main oke pulak. takut kot sebab along cakap along nak pasang streamyx kat rumah nie kalau broadband masih tak oke. haha.. tapi risau jugak nie. kot2 la bil tiba2 melambung. parah pulak nak membayarnya karang. huhu.. oh ya, isnin nie along nak mendaftar kat SMK Agaseh. masuk form-six daa. kalau tak dapat masuk ke SMK Agaseh, along mungkin akan ditransfer ke Kota Kinabalu. ohh tidakk!! along tak mau pindah KK. LD pun oke what? kalau nak transfer pun transfer la ke Tawau ka, Sandakan ka, Semporna ka.. jangan la sampai ke Kota Kinabalu. jauh tu wei. tapi kali nie memang along dah tak main2. nak study betul2 dah. no more pontengponteng. no more lepaklepak. tapi photophoto sentiasa ada. hobi+minat tu. memang tak boleh nak stop. kalau dapat masuk, along akan mula belajar minggu depan jugak. dah banyak tertinggal kot. sambil tu along nak uruskan jugak penyambungan biasiswa along. ada jugak la duit untuk beli buku rujukan nanti.. dah tak jadi nak ambil diploma, tak jadi jugak la nak pegi Kehhel. huhayy!! makna kata banyak masa lagi la along nak bermanja dengan bilik tidur along. hehe..
  Hari tu handphone along masuk hospital lagi. tak tau la dah sembuh ke belum. agaknya dah sembuh sebab dah lebih 2minggu nie. esok along nak pegi jenguk dia. kot2 la dah sembuh. boleh bawak balik rumah. hehe.. eh, sekarang TValhijrah dah ada kat saluran astro kan. channel 114. along selalu nonton Kitab Cinta kat channel tu. layan wo cerita tu. sambil tu along layan jugak drama Nora Elena yang ditayangkan kat TV3 tu. You Saka pun best jugak. lawak ceritanya. banyak dah drama best. sekarang nie tengah tunggu drama Stanza Cinta. mesti best drama tu. nasib baik la tak sambung study jauh2, boleh layan drama2 tu. hehe..
  wokey ler, along check-check checkout dulu. wassalam :)

kata bigboss :: kalau dari dulu buat pilihan kan senang. tak la terbazir masa tu. :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...