25 June 2011

laa.. baru tau ke?

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  huishh! agak lama jugak along tak update blog nie kan? masuk2 je ke dashboard tadi terus tengok entri2 Uncle Beng. jenuh jugak nak usha. almaklum la, beliau kan rajin update blog. oke, along jeles. haha. dah, stop pasal Uncle Beng yang rajin itu. 

  semalam mak along call. tapi dia call kat nombor tok. then cakap la dengan dia. 
mak : kenapa nombor celcom along tak on?
anak : telefon habis bateri kali. (memang habis bateri pun)
mak : jadi kenapa tak charge? along nie..
anak : nanti la. malas bah.
mak : charge telefon pun malas? bagus along tak payah pakai telefon.
anak : along oke jak. (sambil gelak kiut)
mak : begini la mau ada boyfriend? silap2 boyfriend along carik lain.
anak : eh, bila masa along kata along mau ada boyfriend? masih belajar bah. no need la boyfriend2 tu. (macam cakap ngan member je)
mak : mana2 along la.
tutttttttttttt. perkhidmatan anda telah ditamatkan. terima kasih..


  laa, baru tau ke? kan along nie memang dari dulu lagi malas charge telefon. dalam seminggu mungkin cuma tiga hari telefon along on. kira oke la tu daripada tak on langsung kan? haa, cakap pasal telefon. telefon along yang rosak hari tu tak siap2 lagi. maka dah lebih sebulan nie. perkhidmatan tak cemerlang langsong!

kata bigboss :: tak dapat call aku? email kan ada. harharhar..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...