11 June 2011

05062011


Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  Haa, korang tau tak apa makna nombor2 kat title entry kali nie?? tau? tak tau? oke, biar along bagitau. tu adalah tarikh perkahwinan makcik along. majlis perkahwinan nie diadakan di rumah nenek along iaitu di Kampung Bukit Lalang, Semporna. thats why la along balik kampung 4jun2011 hari tu. oke, along tak mau cerita pasal perjalanan along ke Semporna. along nak cerita pasal hari perkahwinan tu. seawal pukul 4pagi, pengantin perempuan akan dimandikan. di iringi dengan bunyi-bunyian dari alat muzik ‘gulintangan’. majlis akad nikah diadakan di masjid Bukit Lalang pada pukul 2petang. selepas akad nikah, pengantin akan di iring pulang ke rumah pengantin perempuan. pada waktu malam, majlis pemotongan kek diadakan. tidak dilupakan acara mengalai dan karaoke. malam tu along bertugas sebagai penyusun air ja. hehe.. bila dah agak kurang tetamu along pun duduk la tengok pengantin. sama cantik sama padan wo. ciedun pulak? dok pandang abe ‘lampek’. sorry der, TERtaip la pulak. haha.. pakcik along sempat ajak along mengalai. siap sebut nama guna mikrofon. sumpah cuak gila. dah la badan keras macam ice-cube. saja ja kata lagu tu. pasai apa along kalau orang tak ramai buleh ja nak mengalai. haha.. selesai ja majlis terus naik atas membuta. esoknya dah nak balik. jeng jeng jeng.. tapi tak jadi balik. haha.. nah, along sertakan sedikit gambar kahwin makcik along.

                            terima mas kahwin kot. :)


                     cincin disarung ke jari manis. ailaikk! :)


                            salam tangan suami. :)

              dahi isteri dikucup tanda kasih dan sayang. :)


                                  gambar kenangan. :)


p/s :: imej kurang memuaskan. maaf yer. :)

tu jer gambar yang along ada. tak sempat nak copy dari photographer. yang nie pun bukan along yang snap. tak tau sapa. tup2 dah ada kat kamera along. magic kot. hehe.. :D

kata bigboss :: bila la aku dapat guna Nikon D5100 nie?? huhu..

1 comment:

fahmi_amiey said...

wei,kawin ak nti ko jd photographer tau.siap ko klau ko xmau. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...