06 May 2011

pusing pusing pusing..


salam pagi jumaat semua. along ada berita gembira nie. nak tau apa dia?? pagi tadi dalam pukul lapan gitu along dapat call dari aunty aida. dia bagitau yang along dapat temuduga maktab. then aunty aida tanya along nak temuduga kat mana, lahad datu atau semporna. along pun tanya la bila temuduga kat semporna. aunty aida kata 9mei2011. adehh, bertindih pulak dengan tarikh lapor diri ke tingkatan enam. so, along pilih temuduga kat SMK Tungku ja la. temuduganya esok. memang nervous gilaa la. satu apa pun tak ready lagi nie. korang doa2 la supaya along lulus temuduga esok. uncle hashim cakap kena banyak baca pasal kementerian pelajaran malaysia. err, nak baca apa ya?? hahaha.. esok pulak nak pakai kasut apa? kata kak ju kasut mesti bertutup kat depan dan ada tumit sekurang-kurangnya dua inci. along mana ada kasut macam tu.. apa2 pun, tawakal ajer ler.
 wokey ler, along check-check checkout dulu. wassalam :)

nota bigboss :: UPU tak dapat kita try IPG. kalau IPG pun tak dapat baekk ambil form-six jer la.

04 May 2011

semporna marii!!


  yeay!! semporna marii.. 23april2011, tarikh yang istimewa buat member baekk along iaitu si budak umie. tau kenapa? sebab hari tu adalah birthday dia. yang lagi syok tu bila along n ciedun bawak dia pegi semporna. kebetulan time tu acara regatta lepa2 diadakan di sana. setibanya di semporna, kitorang terus pegi ke booth jabatan pertanian yang buat pameran kat floating. bukan nak tengok pameran pun, pegi jumpa aunty nanang ja. lepas simpan barang kat kereta, kitorang pegi ronda2 floating. dapat tengok perahu berhias. hebat wo. siap ada orang main gamelan kat dalam tu. tak ketinggalan orang mengalai. mengalai yer, bukan mengilai. mengalai nie salah satu tarian masyarakat bajau. lepas jalan2 kat floating, kitorang pun balik rumah. bukan rumah kat LD tapi rumah kat Semporna. rehat2 kejap, lepas tu naik atas minum petang. selesai minum petang kitorang stay kat bilik ja. lepas makan malam kitorang pun keluar. aunty nanang bawak kitorang pegi padang. tapi sebelum tu kitorang sempat singgah ke pasar malam. perghh!! sesak gilaa. macam semut hurung gula. nasib baekk ada penunjuk arah. tak jugak kitorang sesat. tau sapa penunjuk arah kitorang?? mesti la si orang tua lan. dia kan tinggi, so senang nampak dia. hahaha.. lepas jalan2 kat pasar malam, kitorang pegi padang. tengok orang nyanyi. kebanyakan yang nyanyi time tu artis tempatan. yang top pun zainal abidin ja la. alaa, yang nyanyi lagu Hijau tu. regatta lepa2 malam tu di akhiri dengan persembahan bunga api. agak meriah jugak la walaupun tak seberapa. lepas tu uncle azmi belanja air sirap. sirap jer?? sekadar basahkan tekak. oke la tu. kitorang sampai rumah malam tu lebih kurang pukul12.00 la. balik rumah kitorang tak terus tido. sembang2 sampai pukul 2pagi. lepas tu baru tido. bangun pagi, gosok gigi. tapi tak mandi sebab aunty nanang janji nak bawak kitorang pegi mandi laut. hee.. sampai ja uncle azmi kitorang terus bertolak ke laut. naik hilux dok kat belakang. memang syok gilaa r. sampai kat laut, along tak melengahkan masa. terus masuk dalam air. al-maklum ler, dah bertahun rasanya tak mandi laut. hahaha.. then pegi tampi-tampi tapi tak dapat mandi sebab ada TYT kat sana. so balik la. cuci badan then rehat2 kejap. pukul 1.00pm, stay kat luar rumah. sembang2 dengan makcik kecik, makan2 keropok, minum air kelapa. tanpa sedar, dah pukul 2.30pm. aunty nanang balik rumah. dia suruh siap sebab dah nak balik. tapi along tak puas lagi... nak tak nak kena kata nak jugak. siyes cakap la, hati along tertinggal kat semporna. nak pegi ambil balik. tapi tak tau bila. rasanya dalam bulan nie along akan pegi semporna lagi. nak jelajah semporna. :)
wokey ler, along check-check checkout dulu. wassalam 

nota bigboss :: mabul, mataking, sipadan.. banyak lagi bah tapi lupa..

along di ekori??


  err.. along di ekori?? haa, betul la. kejadian nie berlaku dalam awal bulan empat hari tu. nak dijadikan cerita, along ngan member baekk along si budak ciedun nie turun ler ke bandar LD. Yo la, boring dok rumah kan. nak la jugak keluar cuci2 mata sat. pagi tu macam biasa la, jam 8.30am dah pegi tunggu bas. orang takdak kereta, kena la naik bas kalau nak pegi mana2. sampai kat bandar kitorang pun melilau la sana sini. tak beli apa pun. bajet memang ciputt gilaa. agenda utama pun nak cuci mata ja kan. so duit tak banyak pun takpa. hahaha.. dah takdak tempat kitorang nak pusing, kitorang naik la pegi milimewa. (budak LD kalau tak tau apa benda milimewa nie memang kerekk r.) ronda2 tingkat satu, takda benda apa yang menarik. naik pegi tingkat dua, pun takda apa gak. so nak la naik pegi tingkat nie. nak naik pegi tingkat tiga nie kena simpan barang. time tu aku bawak beg galas. so kena simpan gak. aku taknak simpan. bahayess wo. barang berharga banyak kat dalam. nie dialog aku dengan makcik sekuriti kat situ.
  along :: macikk.. macikk jaga bagus2 beg saya nie. macam2 ada nie.
  macikk :: apa jugak ada dalam beg mu nie nak?
  along :: laptop, kamera, telefon, dompet.. (siap buat muka mintak kaki)
  macikk :: eh, bawak naik la nak. ndak apa jugak tu.
  along :: boleh macikk?? terima kasih.. (dengan wajah berseri2)
  macikk :: iya nak. sama2.
kitorang pun naik la dengan bangganya. sampai atas ja aku rasa pelik. apsal aku rasa macam ada orang ikut aku nie?? secret admirer ker? berangan bro!! hahaha.. bila dah rasa rimas tu, kitorang pun try la toleh ke belakang. yess, betul. kitorang di ekori. tanpa melengahkan masa, kitorang turun ke bawah. fuhh!! lega.. dah boring main kejar2 kitorang gerak pulak ke wisma ramai2. ayat yang sama aku ulang kat pakcik sekuriti kat situ. dannn, lepas. tengah syok berjalan tiba2 perasaan time kat milimewa datang lagi. adehh, sapa pulak yang dok ngekor kitorang nie?? haa, korang tau tak sapa yang ekori along?? bukan secret admirer tapi sekuriti. hahaha.. mungkin dorang curiga kot. dah la bawak beg naik atas. tapi along tak mencuri oke. muka innocent macam nie kata pencuri. tak hagak2 dowh.
wokey ler. along check-check checkout dulu. wassalam :)

nota bigboss :: kalau taknak orang suspek korang, jangan la buat benda yang
                        mencurigakan. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...