04 May 2011

semporna marii!!


  yeay!! semporna marii.. 23april2011, tarikh yang istimewa buat member baekk along iaitu si budak umie. tau kenapa? sebab hari tu adalah birthday dia. yang lagi syok tu bila along n ciedun bawak dia pegi semporna. kebetulan time tu acara regatta lepa2 diadakan di sana. setibanya di semporna, kitorang terus pegi ke booth jabatan pertanian yang buat pameran kat floating. bukan nak tengok pameran pun, pegi jumpa aunty nanang ja. lepas simpan barang kat kereta, kitorang pegi ronda2 floating. dapat tengok perahu berhias. hebat wo. siap ada orang main gamelan kat dalam tu. tak ketinggalan orang mengalai. mengalai yer, bukan mengilai. mengalai nie salah satu tarian masyarakat bajau. lepas jalan2 kat floating, kitorang pun balik rumah. bukan rumah kat LD tapi rumah kat Semporna. rehat2 kejap, lepas tu naik atas minum petang. selesai minum petang kitorang stay kat bilik ja. lepas makan malam kitorang pun keluar. aunty nanang bawak kitorang pegi padang. tapi sebelum tu kitorang sempat singgah ke pasar malam. perghh!! sesak gilaa. macam semut hurung gula. nasib baekk ada penunjuk arah. tak jugak kitorang sesat. tau sapa penunjuk arah kitorang?? mesti la si orang tua lan. dia kan tinggi, so senang nampak dia. hahaha.. lepas jalan2 kat pasar malam, kitorang pegi padang. tengok orang nyanyi. kebanyakan yang nyanyi time tu artis tempatan. yang top pun zainal abidin ja la. alaa, yang nyanyi lagu Hijau tu. regatta lepa2 malam tu di akhiri dengan persembahan bunga api. agak meriah jugak la walaupun tak seberapa. lepas tu uncle azmi belanja air sirap. sirap jer?? sekadar basahkan tekak. oke la tu. kitorang sampai rumah malam tu lebih kurang pukul12.00 la. balik rumah kitorang tak terus tido. sembang2 sampai pukul 2pagi. lepas tu baru tido. bangun pagi, gosok gigi. tapi tak mandi sebab aunty nanang janji nak bawak kitorang pegi mandi laut. hee.. sampai ja uncle azmi kitorang terus bertolak ke laut. naik hilux dok kat belakang. memang syok gilaa r. sampai kat laut, along tak melengahkan masa. terus masuk dalam air. al-maklum ler, dah bertahun rasanya tak mandi laut. hahaha.. then pegi tampi-tampi tapi tak dapat mandi sebab ada TYT kat sana. so balik la. cuci badan then rehat2 kejap. pukul 1.00pm, stay kat luar rumah. sembang2 dengan makcik kecik, makan2 keropok, minum air kelapa. tanpa sedar, dah pukul 2.30pm. aunty nanang balik rumah. dia suruh siap sebab dah nak balik. tapi along tak puas lagi... nak tak nak kena kata nak jugak. siyes cakap la, hati along tertinggal kat semporna. nak pegi ambil balik. tapi tak tau bila. rasanya dalam bulan nie along akan pegi semporna lagi. nak jelajah semporna. :)
wokey ler, along check-check checkout dulu. wassalam 

nota bigboss :: mabul, mataking, sipadan.. banyak lagi bah tapi lupa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...