09 May 2011

kisah dan cerita di temuduga..


seperti yang kita sedia maklum, 7mei2011 baru2 nie along menghadiri temuduga maktab. so post kali nie along nak ceritakan tentang pengalaman along semasa temuduga.
  pagi tu along bangun awal sebab nak iron baju apa semua. along memang spisis yang gilaa2 sikit. baru aja celik mata lampu pulak terpadam. tau apa maksudnya? black-out lah. pegi cari lighter dan nyalakan lilin. lepas tu pegi masak air. nak mandi, mana tahan kalau air hujan ja. sejuk tahap gaban tu. lepas mandi pegi iron baju. jadi orang dulu2 jap. letak seterika atas dapur gas. iron la baju. dah settle iron apa semua along pegi la rumah iwan. sebab dah cakap yang kitorang nak tumpang dia pegi SMK Tungku. pukul 6.30 kami gerak dari kampung. sampai tungku dekat jam 8.00. orang memang dah ramai time tu. sebab nie adalah temuduga terbuka. isi borang maklumat diri, lepas tu kena beratur lagi sebab dewan penuh. tunggu giliran untuk ambil INSAK. kitorang ambil ujian pukul 9.50 dan habis pada pukul 10.20. 135 soalan jawab dalam masa 30minit. tapi alhamdulillah along dapat selesaikan dalam masa 25minit. lepas tu pegi temuduga berkumpulan. along satu bilik dengan ciedun n jurahman. bersama sepuluh orang lagi pelajar dari sekolah lain. pertama sekali kitorang di minta untuk memperkenalkan diri dalam bahasa inggeris. lepas tu kena jawab soalan. time nie memang gegep(gagap+gugup) la. tapi along dapat jawab dan bagi jawapan yang meyakinkan. round ketiga kitorang di minta untuk menceritakan tentang kejayaan kitorang dalam tahun 2009-2010. last round kitorang di minta untuk menceritakan tentang cikgu yang kitorang sanjung dan mengapa kitorang sanjung dengan cikgu tu. along pilih cikgu Tieew Sor Wai. sebelum keluar tu along sempat jugak sembang dengan penemuduga kitorang. kitorang selesai temuduga dalam pukul 1.00 gitu. tapi kitorang adalah orang yang terakhir balik sebab kereta lambat sampai.
  wokey ler, along check-check checkout dulu. wassalam :)

kata bigboss :: interview dah settle jadi sekarang berdoa ja la supaya lulus dalam interview tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...