16 May 2011

selamat hari guru..


  teringat waktu sekolah dulu. bila tiba hari guru, sibuk la cari hadiah. beli itu, beli ini. tapi tak semua cikgu dapat. bajet ciput. time hari guru mesti muka nie ada buat persembahan. masa sekolah rendah, lagu nie memang top pada hari guru.

Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh

Bermula ABC sampai Z
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar

Berkat kesabaran guru bijaksana
Memberi pelbagai petunjuk
Hari demi hari kami pun mengerti
Pelajaran nilainya tinggi

Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah ini ucapan kami
Terima kasih cikgu
Sambutlah ini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU..


  Bila dah naik sekolah menengah, lagu pun bertukar. Masa nie banyak lagu sebab tiap2 tahun wajah along n the geng buat persembahan. ada dikir barat, sajak n nyanyian. Lagu yang top pulak lagu nie la.

Mulanya di sini
Mulanya di sini
Ku kenal erti
Kerlipan mata indah
Tulus hatimu mesra

Kau yang ku sanjung
Kau yang ku sanjung
Yang ku sayangi
Baktimu ku abadikan
Di persada mulia dunia

Guru
Kaulah permata ku
Menyinari kehidupanku
Di sini bermula duniaku
Ku kenang selamanya
Selamanya

Malam semakin kelam
Sinar mentari tiada lagi
Kenangan di waktu silam
Masih lagi wujud di sini

Cikgu
Maaf di pinta
Andai kami telah bersalah
Jasamu tidak di lupa
Tetap di kenang sepanjang zaman

  Rasa rindu nak pegi sekolah. jumpa cikgu2. Belajar dalam kelas, lepak kat kantin..

kata bigboss :: dulu masa sekolah asyik ponteng kelas, sekarang dah habis sekolah sibuk pulak nak masuk kelas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...