10 June 2011

tepung cap garam


Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  Nampak kan title post tu? tau tak kenapa along bagi title macam tu? segan pulak nak cerita. hee.. tapi along cerita ja la. hari nie hari jumaat. along memang dah plan nak turun pekan. dari hari rabu lagi along nak turun sebenarnya tapi rasa malas begitu sebati dalam diri. haha.. tup2 tadi pukul 6.30pagi tok kejutkan along. yahoo!! boleh pegi pekan. along sampai kat pekan tadi dalam pukul 8.30pagi la. ajak la dorang tok pegi makan roti canai. tetiba pulak tekak rasa nak makan. masuk la ke satu kedai makan tu. along kalau nak makan roti canai memang tengok orang yang buat tu dulu. then tengok orang yang buat tu oke. along pun order la roti kosong lima. sebab ada enam orang nak makan. yang sorang tu budak kecik jer. sekali roti canai yang dorang buat guna tepung cap garam daa. masin nak mampos. along pun tak lalu nak makan. sebab teringat kat cerita SENARIO. alaa, roti canai peluh tu. haha.. along habiskan 100plus je la. huhu..

kata bigboss :: wujudkah tepung cap garam? kalau tepung cap rama2 tu pernah la aku dengar. :)

09 June 2011

along dah kembali..

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

  Along dah kembali. hehe.. TERawal dari tarikh yang sepatutnya. semuanya broadband punya pasal la. tetiba pulak oke. hari tu meragam bagai nak rak. la nie bukan main oke pulak. takut kot sebab along cakap along nak pasang streamyx kat rumah nie kalau broadband masih tak oke. haha.. tapi risau jugak nie. kot2 la bil tiba2 melambung. parah pulak nak membayarnya karang. huhu.. oh ya, isnin nie along nak mendaftar kat SMK Agaseh. masuk form-six daa. kalau tak dapat masuk ke SMK Agaseh, along mungkin akan ditransfer ke Kota Kinabalu. ohh tidakk!! along tak mau pindah KK. LD pun oke what? kalau nak transfer pun transfer la ke Tawau ka, Sandakan ka, Semporna ka.. jangan la sampai ke Kota Kinabalu. jauh tu wei. tapi kali nie memang along dah tak main2. nak study betul2 dah. no more pontengponteng. no more lepaklepak. tapi photophoto sentiasa ada. hobi+minat tu. memang tak boleh nak stop. kalau dapat masuk, along akan mula belajar minggu depan jugak. dah banyak tertinggal kot. sambil tu along nak uruskan jugak penyambungan biasiswa along. ada jugak la duit untuk beli buku rujukan nanti.. dah tak jadi nak ambil diploma, tak jadi jugak la nak pegi Kehhel. huhayy!! makna kata banyak masa lagi la along nak bermanja dengan bilik tidur along. hehe..
  Hari tu handphone along masuk hospital lagi. tak tau la dah sembuh ke belum. agaknya dah sembuh sebab dah lebih 2minggu nie. esok along nak pegi jenguk dia. kot2 la dah sembuh. boleh bawak balik rumah. hehe.. eh, sekarang TValhijrah dah ada kat saluran astro kan. channel 114. along selalu nonton Kitab Cinta kat channel tu. layan wo cerita tu. sambil tu along layan jugak drama Nora Elena yang ditayangkan kat TV3 tu. You Saka pun best jugak. lawak ceritanya. banyak dah drama best. sekarang nie tengah tunggu drama Stanza Cinta. mesti best drama tu. nasib baik la tak sambung study jauh2, boleh layan drama2 tu. hehe..
  wokey ler, along check-check checkout dulu. wassalam :)

kata bigboss :: kalau dari dulu buat pilihan kan senang. tak la terbazir masa tu. :P

03 June 2011

berhenti seketika..


Assalamualaikum dan salam 1malaysia semua. berdirinya saya di sini bukanlah untuk memberi ucapan tapi sebenarnya takdak kerusi saya nak duduk. Nie taip entri sambil berdiri nie. letih woo. Haha.. takder la, along cuma nak bagitau yang along akan berhenti dari berblogging untuk sementara waktu. Bukan ada masalah apa pun. broadband ajer yang buat hal. Along akan aktif semula selepas 22jun2011. Agak lama jugak la along bercuti rehat. Oh ya, esok along akan balik semporna. makcik along nak kahwin. Kalau korang nak datang, datang la. tapi kalau sesat along tak tanggung. Haha.. along sekarang tengah gugel pasal kolej komuniti tawau. Kot2 la ada dorang tawarkan diploma. Buleh along sambung study kat sana. tak payah nak pi jauh2. Yer dak? Untuk pendaftaran along ke IIC, along dah mintak tangguh. Nasib baik dorang tak marah. Hehe..

kata bigboss :: sekarang tengah online kat cc. nasib baik kena beli air jer. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...