24 January 2012

leave it to Allah..

Assalamualaikum..

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata.
Mungkin aku .. mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku .. mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu.
I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.
Mungkin kita tak bersama di takdir-Nya,
Tak mengapa asal kau bahagia,
Biar aku .. mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku .. mencintaimu dalam diam atau pun bisu,
I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.
I’m sorry but I love you ..
 
selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita dalam keadaan teruji. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terkeliru. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terluka. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan kita terkilan. selalunya orang yang kita sayang itulah yang membuatkan tahap kesabaran kita menipis. dan selalunya orang yang kita sayang itulah yang hadir bila kita memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan..
 
kata bigboss :: dah lama tak update blog nie.

17 January 2012

benarkah dia?

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia..
 
walawehh!! dah lama along tak update blog.. wikiwiki.. busy bah sekarang.. assignment belambak kot. kot je la.. senonye ade tiga assignment je.. tapi tugasan mingguan tu yang belambak.. nak kena hantar sebelum cuti raya cina.. erk!! esok lusa tu.. tapi tak siap lagi.. mana dengan assignment english dok usha je nie.. aiyaiyaii! steady bohh! pelan-2 kayuh.. haha
tadi along ngan member-2 Fakulti Sastera & Sains Sosial semester satu pegi Seri Negeri, Ayer Keroh.. ada seminar pasal melaka.. 750 Tahun, Melaka Merentas Zaman.. kitorang gerak pada kolej pukul 7.00am.. sampai sana dalam pukul 8.30am gitu.. pastu dalam pukul 9.30am ketua menteri melaka pun sampai.. majlis dirasmikan sekali dengan pelancaran buku Laksamana Cheng Ho..

lepas tu seminar pun start.. sesi satu perbincangan pasal Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka.. dibincangkan oleh Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail (USM), Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM), Dr. Zulkanain Abd. Rahman (UM).. dan dipengerusikan oleh Prof. Emer. Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim.. naib canselor kitorang tu.. haha

petang pulak ada sesi dua dan sesi tiga.. dibincangkan oleh Yahaya Bakar, Dr. Arbaiyah Md. Noor (UM), Prof. Datuk Wira Dr. Abd. Latiff Abu Bakar (UPSI) ngan Dr. Mardiana Nordin (UM).. pukul 4.00pm, majlis selesai.. maka pulanglah semua peserta seminar yang terdiri dari pelbagai golongan.. cehh!

antara yang hadir ialah pelajar-2 MRSM, ILP, Kolej Komuniti, wakil-2 jabatan, guru-2 sekolah.. dan yang tak dilupa, pelajar-2 Kolej Universiti Islam Melaka.. nak jugakkk!! hehe.. gambar takde sebab along tak bawak camera tadi.. ada pun camera member.. dia dah tag kat mukabuku.. kalau nak tengok pegi la usha mukabuku along.. haha

kesimpulannya, melaka telah wujud hampir 750 tahun yang lalu lagi.. bermula pada tahun 1262.. berdasarkan kajian-2 yang dilakukan oleh Jabatan Sejarah Universiti Malaya, itu la yang dinyatakan.. dan sempat dibahaskan tentang subjek sejarah yang menjadi subjek lulus periksa dan diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah.. erk!

kata bigboss :: dah mula hafal lagu Melaka Maju Jaya.. walau hanya JAYA yang kuat dinyanyikan.. :p

wanita

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia..
 
 Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...