01 January 2012

silence is gold..

assalamualaikum.. salam satu malaysia..

 
senyap.. sunyi.. sepi.. 
orang akan kata ianya amat membosankan.. namun bagi diriku, ia merupakan satu titik inspirasi.. dengan berdiam diri, aku dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas.. dengan berdiam diri, aku dapat mengenal sesuatu dengan lebih tenang.. 

benar, aku kurang berbicara.. aku kurang bersuara.. aku kurang berkata-kata.. kerana aku lebih selesa untuk menjadi pendengar.. aku hanya bersuara bila aku merasakan yang diriku patut untuk bersuara tika itu.. sekiranya tidak, berdiam diri adalah lebih baik..

mungkin akan ada yang mencerca diriku.. mengata tentang diriku.. katalah apa saja.. sombong, berat mulut, angkuh.. apa saja.. aku terima dengan terbuka.. kerana aku lebih kenal akan diriku.. kerana aku lebih tahu akan perihalku..

kata bigboss :: maaf atas penggunaan kata 'aku'. entri pembukaan sedikit 'sengal'.

2 comments:

W.R said...

diam-diam berisi ni hehehe

wanie jiejul said...

w.r :: dah memang berisi pun. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...