29 March 2011

karnival pendidikan MARA.


    Pagi tadi aku bangun awal. Nak berjalan punya pasal. Hahaha.. Lepas tu si Siti Nurul Suaida mesej. Mengasi bangun tidur kunun. Aku lagi awal buss. Hahaha.. Bermesej jap dengan dia pastu pegi mandi. Pestaim mandi awal. Keluar ja dari bilik air terus dapat arahan. “Along, pegi buang sampah!” Bah, pegi la buang sampah lepas pakai baju apa semua. Time mau bersiap mak aku cakap dia mau ikut. Menunggu la lagi si anak nie. Ya la bah, dapat save duit. Hee.. Tup2 dia cakap nda jadi la pulak. Adehh, waste my time aje. Bah, bejalan la menunggu bas di Maimunah. Pastu sampai si Siti. Dapat bas terus la turun terminal wawasan. Jalan kaki pegi CP. Duduk2 cuci mata jap then gerak pi Suria Sabah. Karnival Pendidikan MARA. Asal aku nak balik LD je ada karnival pendidikan. Tengok la hari tu. Karnival Pengajian Tinggi Negara, dorang buat 26-27feb. Kan ke 27 tu aku balik LD. Kali nie pulak 29-30mac. Aku balik LD 31mac. Saja la tu nak bagi banyak barang aku balik LD. Hahaha.. Sampai ja di sana terus la meronda kumpul maklumat. Hobi tu oii. Hahaha.. Tersinggah di booth i-system kolej. Panjang beno ceramah akak tu bagi. Tapi aku kureng minat la perubatan2 nie. Hee.. Pastu jumpa kawan2 Siti. Si Sasha ngan si Ninank. Naa, begylakk la nie. Superduperpowerpuffgurl. Hahaha.. Pastu ronda la di karnival dengan dorang. Tejumpa dengan kakak dari ACMS. Dia tanya kalau ada isi borang time KPTN. Opkos la ada. Time tu semua IPT aku singgah. Then dia tanya kalau ada dapat mesej dari dorang. Aku pun dengan yakin la kata ada. Sebab baru aja pagi tadi ACMS mesej. Dia pun cakap la yang aku dapat tawaran dari dorang. Dia suruh la isi borang pendaftaran. Dah siap isi baru aku perasan yang tu kos perubatan. Aku amek diploma farmasi. Hahaha.. Nanti sapa2 yang nak ubat boleh la datang jumpa aku. Kalau korang yakin la sebab aku tak yakin yang aku boleh hafal nama ubat2 tu. Hahaha.. Ronda2 lagi. Singgah di booth Kolej Universiti Islam Melaka. Tetiba rasa macam berminat nak study kat sini. Amek diploma. Tapi tak sure lagi la. Hehe.. Lepas tu pegi ATIC. Siti mau daftar di sana. Dengar penerangan lagi di situ. Ada la jugak aku isi. Tapi isi je, tak berapa minat dengan kos yang di tawarkan. Keluar dari ATIC, salam2 then jalan pi CP. Siti beli reload. Then naik tingkat 2 beli popcorn ngan love fruit. Dah jadi kegilaan aku love fruit nie. Siti, kalau kat LD nanti aku ketagih siap la ngko. Hahaha.. Pegi wawasan, naik bas, balik. Sampai Maimunah call mak aku. Tak boleh balik, hujan. Mak sampai, hantar Siti pegi rumah dia. Balik singgah jap dekat gerai beli sayap ayam. Sampai rumah terus mandi. Kepala sakit kena hujan.
  Oke la, dah kepala sakit so aku nak tidur. Pagi esok nak jalan jap before mak aku pegi kursus. Wokey la, check-check checkout dulu. Wassalam :)

p/s :: tiket tak beli lagi. adehh..

28 March 2011

kau memaksa aku dipaksa..


    Perghh!! Agak tak boleh blah tajuk post kali nie. Main paksa2 gitu. Hahaha.. Tapi serius la, aku memang tekanan bila di desak macam nie. Tak tahan wei. Ya la, siapa yang suka dipaksa kan?? Kita pun ada jugak keinginan sendiri. Hei, kita baru kenal yer. Jumpa pun tak dah nak pandai2 paksa aku. Kan aku dah cakap aku fikir dulu. Lagipun parents aku belum tentu akan setuju kalau aku bagitahu. Yang kau pun bawak2 la bersabar. Tak ke mana jugak tu kalau memang dah ditetapkan olehNYA. Sehari sampai dua-tiga kali call. Asyik tanya benda yang sama. Boring la wei. Kalau kau mesej pun benda yang sama jugak kau akan tanya. Adehh, kang aku tolak kang padan muka kau.. Korang jangan salah faham yer. Aku sebenarnya tengah geram dengan seseorang dari sebuah kolej nie. Dia asyik call suruh mendaftar kat kolej dia. Aku bukan la tak mau, tapi tunggu dulu la. Kot2 ada tawaran dari IPG ke, UPSI ke.. Tercapai jugak la nanti cita2 aku nak jadi pendidik. Kalau pun tak ada tawaran dari dorang, aku tengok la tawaran lain. Universiti ke, poli ke.. Oke jugak tu. Kalau dah tak ada pilihan...mungkin aku akan pergi kolej kau tu. Hahaha.. Aku betul kan? Aku ada hak untuk buat pilihan. :)

    Oh ya, aku sebenarnya nak sekeh2 kepala sorang budak nie. Betul2 buat aku tekezut tadi. Nak tau apa ceritanya?? Camnie haa.. petang tadi dalam pukul dua gitu abang amiey mesej aku. Dia suruh call. Ada hal penting katanya. Aku pun call la. Haa, nie perbualan kiteorang tadi.

aku :: Assalamualaikum. Pehal bang?
amiey :: Waalaikumussalam. Dek, abang ada benda nak tanya nie. Jawab jujur tau.
aku :: (aishh, pehal pulak nie??) insyaALLAH saya jawab jujur. Apa dia?
amiey :: Jujur tau?
aku :: Ya bah, jujur. Kenapa?
amiey :: Bagi abang resepi air masak kicap. (dengan nada serius pulak tu. Huh!)
aku :: Hah? (agak terkezut. Aku salah dengar ke?)
amiey :: Resepi air masak kicap. Cepat la. Nak masak nie. (masih la serius)
aku :: Kau oke ka nie bang? Mana ada air masak kicap. (tenang lagi. Kunun la)
amiey :: Takde eh? Ingatkan ada. (gelak macho walaupun hancho)
aku :: Sengalllllllllll.. (hanya itu yang mampu aku katakan)
amiey :: Aku sengal sikit jer. Ko tu sengal banyak dek. Mental!!
aku :: Ko tu bapakk sengal, bapakk mental, bapakk senget. (gelak puas hati)
amiey :: Ek? Ohh. (lagi menunjukkan kesengalannya)
aku :: Dah la. Aku busy. Blah dulu. Assalamualaikum.
amiey :: Wokey boss. Waalaikumussalam.
    Terkono den. Kurang garam sungguh dak fahmi nie. Nasib baik la aku hormat kau. Sebab kau orang tua. Hahaha..
    Wokey la, aku check-check checkout dulu. Wassalam 

p/s :: dalam kesibukan, masih sempat menghitung hari. Esok ,lusa.. Khamis balik LD. Huhayy!!

27 March 2011

i miss you =.="


Ehem2, miss kat saper tu? Tettttt!! hahaha. I miss my sahabat la. Dah lama tak jumpa. Dekat empat bulan tak lepak sama2. Memang rindu gylaa la kan?? Tapi takpa, tak lama lagi jumpa la tu. Aku kan dah nak balik Lahad Datu. Yeehaa!! Lahad Datu, here I come!! Tak sabar nak pegi sekolah. Eh, sekolah lagi ker?? Tak la, aku pegi ambil result SPM jer. Agak ketinggalan kan aku nie? Orang semua dah ambil, yang aku baru nak ambil. Hahaha.. Tapi bukan aku sorang jer yang tak ambil lagi. Member baekk aku c Ciedun pun sama. So, kiteorang dah plan baekk punyer nak pegi ambil 1april2011 nanti. Kenapa 1april? Sebab hari jumaat. Hahaha. Tak la, sebab aku balik Lahad Datu 31mac2011. Macam biasa la, flight 1.20pm. Sepatutnya aku balik 29mac2011 tapi 30mac tu mak aku ada kursus, tak jadi la aku balik. Esok bersamaan dengan hari isnin, aku tak ke mana2. Dok rumah jer nonton tv. Lusa bersamaan dengan hari selasa, aku plan nak turun KK. Kira last day aku turun la. Sebab hari rabu tu memang teramat sangat pasti la aku tak dapat ke mana2. Then hari khamis, aku balik Lahad Datu. Jumaat pulak pegi ambil result. Perghh!! Teratur jugak plan aku nie yer. Hahaha.. Balik dari sekolah nanti macam biasa la, pegi bandar lagi. Bandar ker Lahad Datu tu? Bandar kot. Hahaha.. Lepak dekat tepi laut sat sambil tangkap gambar. Memang syok la kan sebab tu memang hobi aku dengan Ciedun. Tiap2 minggu lepak tepi laut sambil makan roti a-one minum 100plus. Tu aku la, Ciedun minum soya jer. Dia tak pandai minum minuman isotonik. Hahaha..

1st Edition ft Aizat ~ Perpisahan Ini
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mesti ramai yang dah tau lagu nie kan?? Aku suka gylaa lagu nie. Memang layan la orang cakap. Aku dedicate lagu nie buat semua member2 sekolah aku, cikgu2 aku, dan yang paling utama adalah untuk siblings aku iaitu budak2 Rakan Lepak Sebaya. Siblings kiteorang ada 9orang aje.
1. yantz_rls
2. amieza_rls
3. qia_rls
4. umie_rls
5. suaida_rls
6. myra_rls
7. zue_rls
8. ayyan_rls
9. ciedun_rls
Rinduu korang sangat2 wei. Ntah bila la kita semua dapat berkumpul macam dulu..
p/s :: andai dapat ku undurkan putaran dunia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...