19 August 2011

kini di Sahabat..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

alhamdulillah, dah sampai Sahabat. tau tak Sahabat tu kat mana? alaa, Felda Sahabat bah. hehe.. pegi rumah pakngah. petang tadi pakngah mai datang ambik. lepas asar la lebih kurang. dah bagi kunci kat jiran, kitorang pun gerak la.

singgah tepi jalan beli ikan, sayur ngan buah. sampai kat rumah pakngah dalam pukul lima gitu. main dengan anak buah. lepas rindu.. hehe.. ziqa malu2 miaww masa mula2 jumpa. biasa la tu. lepas lima minit along yang tak larat nak layan. seronokk!

zikry? badan beketak weii. nanti along upload gambar dorang k. ziqa dah balik dari ambil ucu. k, along nak main dengan dorang. tataa..

kata bigboss :: selamat hari raya!!

celcom ohh maxis..

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

haishh.. dah berapa hari tak update blog. line celcom kat kampung nie jadi chipsmore. kejap ada kejap takda. ehh, bukan kejap. lama takdanya tu. rasa macam nak patah-patahkan aje modem nie. lampu asik liplapliplap. hijau pulak tu. nak tunggu kaler biru? memang tak r.

along rasa nak tukar la. takmo dah pakai celcom nie. nak pakai maxis ke, digi ke. maxis tak tau la elok ke tak sebab kat kampung along nie takde lagi yang guna broadband maxis. digi? better celcom kot sebab jiran along kan guna digi. celcom suka curik line digi. haha

kata bigboss :: entri pendek je.

15 August 2011

saya di sandakan. anda?

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

hari isnin. yeah!! sekolah. selepas enam hari lepak di rumah. hoho.. sampai ke sekolah semua pakat kecoh pasal PLKN. huk alloh, nak mengalau letteww.. dorang yang dok check tu kena dekat tawau ngan semporna. oke, saya jeless dengan anda. hehe


sandakan?? adehh. berharap sangat kena dekat tawau. tup2 sandakan la pulak. tapi takpa la sebab kawan along si nana pun kena kat tempat yang sama. yahoo!! 12september2011 masuk kem. oke la tu. sempat jugak nak pegi beraya. kumpul duit poket sikit sebelum masuk kem. hehe

tak lama lagi cuti raya. lepas raya along dah tak gi sekolah. nak lepak ngan member2. haha.. pemalaih hang along. :p sesetengah orang tak suka nak pegi PLKN tapi along pulak suka. sebab along berpeluang. tak semua pelajar dapat join PLKN nie. rugi kalau tak dapat. :p

kata bigboss :: 12september2011 - 02disember2011 perghh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...