11 August 2011

alamak!! dia sudah marah la.

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

siapa dia tu? tetttt!! dia tu doktor le. bukan pakwe a.k.a boipren along. macam biasa la, hari khamis kena pegi deting dengan dia. sekali tadi dia marah daa. sebab minggu lepas tak pegi. serius along lupa pasal appointment tu. ntah apa la yang along ingat. incik ' ' kot. haha

lepas bagi mykad kat kaunter tu, along pegi la duduk kat bangku yang dorang dah sediakan tu. tak sempat nak panas punggung dah kena panggil. then doktor tanya la. ada kurang dah ke sakit along. along kata kepala makin sakit. selalu pening. lepas tu dia kata nak kena inject.

sebelum inject tu kena check tekanan darah dulu. masih lagi rendah. atas normal tapi bawah 30 je. oke, along tak paham pasal tu. dia inject dekat lengan along. sakit? sakit la. jarum tu tajam oke. nie lengan along tengah bengkak nie. ubat tak jalan kot. keras semacam je lengan. macam lengan john cena pun ada. you cant see me??

lepas kena inject sembang2 sat dengan doktor tu. dia kata next week kena datang lagi. tengok la ye, kalau rajin along datang la. hehe.. dah ambik ubat apa semua, along pun keluar la. singgah ke pekan beli barang lepas tu terus balik rumah. nasib baik tadi naik kereta pakcik. kalau along drive sendiri kompem tak balik la sebab tangan tak boleh gerak.

tangan kanan ja yang boleh berfungsi sekarang nie. adeh.. along nak tidoq sat. petang karang nak bangun masak pulak. tu pun kalau larat la. kalau tak along beli ja dekat belakang umah nie. hehe

kata bigboss :: doktor doktor, doktor jangan marah ye. :)

2 comments:

kaizen said...

migrain ke?? nk try jerslin oil x?? kalo berminat leh cntc kat crcrew.002@gmail.com

*ramai dah cube n terbukti berkesan....

wanie jiejul said...

haah, migraine. ada info yg detail tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...