12 August 2011

aikk?? dah tukar tarikh ke??

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

pagi jumaat yang indah. time sahur tadi hujan. alhamdulillah, hujan rahmat tu. basah jugak la bumi silabukan yang memang dah lama kekeringan. lepas sahur along plan nak update blog tapi ntah macamana along tertidur pulak tadi. hujan kan.. hehe

lepas mandi tadi along godek2 la web PLKN. kot2 la dah ada info penempatan untuk pelatih baru. tapi takda lagi. mungkin lepas raya baru ada info kot. satu benda yang membuatkan along sedikit mengeluh ialah....

apsal 10september2011 pulak? hari tu kata 17september2011. adehh.. mood raya tak habis lagi kot time tu. open-house pun masih banyak. nak gi beraya ngan member2 lagi. nak pegi rumah mak mertua lagi. ehh, ada ke? takde la. hehe.. kang keluar gosip kat metro lak. hoho

10september2011 tu raya ke berapa ek? kalau nak pegi 25september2011 boleh tak? banyak plan oo raya tahun nie. nak balik semporna lagi, nak terjah rumah otai2 lagi, nak kumpul duit raya lagi. adehh, macam tak puas je bila dah kena masuk kem.

ada yang suruh along tangguh PLKN nie. sorry, along takmo tangguh. kalau along tanggu maknanya along kena join kem tahun 2013. dah tua dah time tu. kena panggil 'ahkak' lak nanti. tamo tamo tamo.. haha

kata bigboss :: menjelang hari raya, berakhirnya puasa. lalala~

1 comment:

amiey said...

mlg sgguh nsib ko...hahaha...jgn jeles,,ak ngn fmly ko g bali ujung taun ni...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...