25 July 2011

jawapan :: kenali si dia melalui warna

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

oke, along up jawapan untuk kuiz psiko semalam. tapi along tak ping entry nie k. along nak cepat. nak rehat sebab along tak sehat. oke, jom terjah.

1. ungu :: dia seorang yang kuat memburu kejayaan. pemikirannya lebih banyak positif. jadi jangan terlalu curiga bila berjauhan. mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegagalan.

2. biru :: dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. terlalu mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.

3. merah :: dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. jangan cabar emosinya, nanti dia berani buat sesuatu yang tak terduga.

4. hijau :: dia seorang yang tenang dan tak banyak kerenah. dia juga seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda.

5. kuning :: dia seorang yang ceria. dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi.

6. hitam :: dia seorang yang amat protokol tetapi emosional dan mudah menangis. dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.

7. coklat :: dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.
8. putih :: dia seorang yang amanah. jangan menyakiti hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.

oke, dah settle. korang usha la ek. tataa n assalamualaikum..

kata bigboss :: demam datang lagi. =.="

3 comments:

Unknown said...

yeah unggu :D

cik pip said...

pink xada?
tapi xminat pun pink..

saja nak tahu..hehe..
hwee~~

wanie jiejul said...

pink tak masuk carta la cik pip. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...