31 July 2011

sayangi kereta kamu!!

assalamualaikum dan salam satu malaysia..

macam biasa la, hari ahad hari tips. hehe.. kali nie along nak bagi tips kereta. well, dah ramai orang yang mampu memiliki kereta sekarang. macam along, along ada dua bijik kereta. tapi kereta RC je la. tak tau? kereta remote control la. budak sabah panggil kereta kawalan. hehe.. hobi bah main kereta RC. sanggup pegi main di tawau. haha.. k la, nie ada beberapa tips kereta yang along dapat dari majalah Dara.com. lets check!

Langkah menjaga enjin kereta. 
  • servis kenderaan mengikut perjalanan. normal 5000km la. takkan setakat 50km dah nak pegi servis. gilo ko apo? haha
  • panaskan enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan. ini bagi mengelakkan berlakunya geseran di dalam enjin.
  • selalu memeriksa air di dalam radiator. dan tangki simpanan semasa enjin kenderaan di dalam keadaan sejuk.
  • periksa keadaan air bateri.

Tip membeli kereta terpakai. 
  • harga kenderaan tersebut.
  • keadaan kereta dalam keadaan yang baik.
  • selamat dipandu.
  • periksa 'body' kenderaan (bukan kereta potong).
  • pastikan enjin dan 'gearbox' dalam keadaan yang baik.
  • periksa 'brake' dan 'suspension'.
  • periksa rekod kenderaan di JPJ.
  • pastikan 'chasis' kenderaan dalam keadaan yang baik.
  • kalau beli kereta sorong terpakai, sila abaikan tip ini.

6 tip menjaga tayar kereta.
  • periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
  • membuat 'aligment' dan 'balancing' setiap 20000km.
  • elakkan brek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
  • pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  • pastikan skru tayar tidak terlalu ketat dan dipasang dengan betul.
  • jangan biarkan tayar lebih muatan.

Tip menjaga warna kereta.
  • letakkan kenderaan di tempat yang berbumbung. elakkan meletak di tempat yang panas.
  • sentiasa mencuci kenderaan apabila berada dalam keadaan yang kotor.
  • 'polish' kenderaan 3bulan sekali.

kata bigboss :: kalau nak beli kereta sorong, abaikan tips nie.
kata bigboss lagi :: lama tak makan sup 'gearbox'. haha

3 comments:

nurdani said...

tips yang sangat2 diperlukan sebab selalunya wanita tak ramai yang ambil tahu hal ni. macam saya jugak.haha. tapi demi keselamatan dan tak nak menyusahkan sesiapa, better kena belajar dan buktikan perempuan pun pandai bab kereta ni.bukan tahu pandu je

Tuan Hijau said...

tips nie semua angah da taw...

nie tips angah lak...

http://angahshark.blogspot.com/2011/04/tips-penjagaan-radiator-dengan-baik.html

kaizen said...

b4 beli kete 2nd hand tu check lantai kete ade bocor ke x...

latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban : Camera Paling CANGGIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...